Monday, May 30, 2011

Tiffin Ayan/Enamel @ Mangkuk Tingkat @ Sia'


Tiffin, mangkuk tingkat, sia' itu antara nama2 selalu kita dengar, bagaimanapun, ianya merujuk kepada 1 benda yang sama, sebutan nama saja berlainan. Dikalangan masyarakat Melayu, kebanyakannya hanya dipanggil mangkuk tingkat atau sia'. Tiffin/mangkuk tingkat/sia' ini antara yang menarik dibuat koleksi dan menjadi kegilaan pengumpul2 pinggan mangkuk lama mahupun pengumpul barangan antik. Ape yang saya ada dalam koleksi hanyalah mangkuk tingkat/tiffin/sia' ayan atau enamel saja. Menarik pada saya untuk dibuat koleksi. Satu demi satu berjaya bertambah dalam koleksi. Cukuplah setakat apa yang ada ni.


Yang ini dari Japan, antara bentuk yang jarang dilihat dan jarang ditemui. pemegang daripada kayu. Alhamdulilah, dapat dengan harga yang amat berbaloi walaupun dari penjual barangan antik. Diameter mangkuk 4".


Dari china, pemegang hanya aluminium dan merupakan antara keluaran lama. ada 2 saiz yang berlainan dalam koleksi iaitu diameter mangkuk 7" dan 6"


Yang ini jenis bercorak, diameter 6". Bagaimanapun tiada pemegang, sesiapa yang ada, dan terjumpa boleh jual pada saya.


Ini bukanlah dari ayan, tapi dari aluminium, menarik perhatian saya untuk disimpan kerana saiznya yang kecil, hanya diameter 3" dan tinggi hanya 5".

Sekian saja untuk tatapan kali ini, jumpa lagi.

2 comments:

  1. Assalam...awk tau x KT mne kilang yg buat mgkUK tingkt nie..yg dlm msia...klo tau bole cntc sy 0175542034-amyra..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam amyra..berminat boleh contact sy 013-403 6047 @ follow ig yattliciousdessert. sy ada menjual mangkuk tingkat classic.tq

      Delete