Wednesday, June 15, 2011

Hadiah GA Dah Sampai

Semalam, balik2 keje tengok2 ada parcel baru sampai. Rupanya dari Kak Aton blog Singgah Aton. Seperti sedia maklum, sempena ulangtahun perkahwinan beliau, beliau telah buat GA dan saya memenangi hadiah tempat ketiga. Ini merupakan kali kedua saya memenangi GA setelah memenangi GA yang dianjurkan Kelly's Life suatu ketika dulu. Mungkin rezeki kali saya dan hadiahnya juga merupakan warna yang saya minati iaitu seakan2 warna oren. Apa yang menarik, kesemua hadiah ini merupakan hasil kerta tangan Kak Aton sendiri. Bersama sekali, Kak Aton titipkan kerongsang yang dibuatnya sendiri dan siap pesan untuk ibu saya..hehehe... Ribuan terima kasih kepada Kak Aton atas hadiah yang sungguh bermakna. Semoga persahabatan ini kekal selamanya.

Link
2 helai sarung bantal sulam

hiasan dinding sulam reben

dan kerongsang hasil kerjatangan Kak Aton

No comments:

Post a Comment