Thursday, October 6, 2011

Bertandang Ke Rumah Abang Taj

Hari Raya dah pun beberapa hari lalu melabuhkan tirai tapi saya baru nak cerita pasal beraya saya..hehe..ape boleh buat, kekangan masa dan mood malas melanda diri. Bulan Raya yang lepas saya berkesempatan bertandang ke rumah rakan blogger yang otai pinggan mangkuk lama iaitu Abang Taj, untuk ke blognya boleh klik disini. Boleh dikatakan banyak kali juga abang Taj menjemput saya bertandang ke rumahnya, alhamdulillah bulan raya tahun ini saya berpeluang menjejaki ke rumahnya. Sebelum2 ni saya hanya melihat hiasan dalaman rumah abg taj didalam majalah Anjung Seri, Impiana dan Impiana Apartment. Kali ini saya sendiri berpeluang ke kediamannya. Sedari dari majalah lagi saya mengkagumi hiasan dalaman rumah abang Taj yang begitu cantik dihias dengan pelbagai barangan lama terutamanya pinggan mangkuk lama. Mengenali beliau, beliau adalah seorang yang peramah dan suka berceloteh dan suka berkongsi pengalaman. Masakan abang taj juga boleh tahan, sedap2 kuih muih yang dihidangkan...hehe..tanpa membuang masa, lihatlah gambar2 dibawah...




















Dan saya tidak pulang dengan tangan kosong, dengan baik hatinya abang Taj memberi saya beberapa biji pelita dan 2 buah celepa. Terima kasih yang tak terhingga buat abang Taj atas layanan dan buah tangan. Semoga persahabatan akan kekal buat selamanya...insyaAllah...

2 comments: