Wednesday, September 29, 2010

Bertandang Di Rumah Kak Shas

Assalamualikum dan salam sejahtera semua....
dah lama rasanya tak buat n3 baru, entah la, lepas je raya ni, rasa macam malas yang teramat sangat, so bagi tak menjadikan blog saya ni bersawang, saya gagahkan jugak buat n3 yang baru.

Seperti yang dah kita baca sebelum ni, kak shas dan kak nannie pun dah buat n3 beraya kitorang ni, hari ni saya menyusul..hehe, tapi gambar saya copy dari blog kak nannie dan blog kak shas je, sebab masa saya datang rumah kak shas tu, batery kamera dah kong...lupa nak charge, so tak boleh nak buat ape2...hehe

Raya yang ke 3 lalu, saya berpeluang beraya di rumah kak shas bersama2 kak nannie... dah lama kenal kak shas tapi raya yang ke 3 ni lah saya berpeluang untuk ke rumahnya walaupun jarak rumah saya dengan rumah kak shas tak berapa jauh pun. sebelum ni hanya jumpa kak shas kat ML dan di rumah mak mertua kak shas je..bila sampai di rumah kak shas memang seronok sangat tengok koleksi kak shas, selain daripada tu saya dapat borak2 dengan suami kak shas kerana yang best nya saya dapat bertutur dalam dialek bahasa rawa kerana suami kak shas juga daripada keturunan melayu rawa dan kampung kami hanya sebelah menyebelah je...hehehe

Bila dah sampai rumah kak shas, ape lagi, jalan2 cuci mata tengok koleksi kak shas yang amat mengancam...masakan yang kak shas jamukan untuk kami pun memang sedap sangat, tambah2 pulak masa tu saya belum makan apa2 lagi..hehe...terima kasih kak shas kerana sudi jemput saya datang rumah ye.

Kepada kak shas dan kak nannie, saya harap persahabatan kita ni kekal sehingga ke akhir hayat dan saya pohon 1000 kemaafan jika sepanjang perkenalan kita saya ada buat salah dan silap. Senang2 datang la rumah saya pulak ye...





No comments:

Post a Comment