Monday, March 8, 2010

BULUH EMAS PENGGANTI WARISAN NENDA...

Salam sejahtera semua....
Kak Yatt, Cik Mat dan blogger2 yang lain dah lama n3 set buluh emas ni tapi hari ini barulah dapat saya nak berkongsi set buluh emas ni kepada semua di mana set ni merupakan antara set yang saya sayang skali dan saya berusaha mencarinya sedaya upaya...alhamdulillah, walaupun tak seberapa nak complete tapi saya berjaya juga mencari dan mengumpulnya.. Ini kerana set ini mengembalikan nostalgia dan ingatan saya kepada zaman kanak-kanak saya dimana nenda saya di sebelah ibu mempunyai set ini pada ketika dulu. Masih teringat di ingatan saya sewaktu kecil, di rumah nenda, apabila tiba waktu minum petang, nenda akan hidangkan kami cucu-cucu minum teh 'o' panas menggunakan cawan dan teko buluh emas ni dan dipakai sebagai basahan hari2 untuk minum petang. Manakala lepat labu dihidangkan didalam piring kuih buluh emas ini sebagai santapan minum petang. Tapi sayang, disebabkan peredaran zaman set buluh emas kepunyaan nenda itu, satu persatu musnah dan akhirnya pupus dalam simpanan.

Oleh sebab itulah saya berusaha sedaya upaya untuk mencari set ini walau di mana saja. Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya milikinya. Terima kasih yang tak terhingga kepada kak ryana yang dah banyak membantu saya untuk memiliki set ini, tak lupa juga abang ismail, nyonya, kak khaty penang dan kedai 2nd yang banyak membantu saya memiliki set ini. Ok jom sama2 kita layan gambar...dan tak lupa juga, n3 ini saya dedikasikan buat semua mereka-mereka yang telah banyak berjasa kepada saya untuk mendapatkan set ini.

Set ini merupakan jenis set yang sama yang pernah dimiliki nenda...tetapi corak pada cawan dan teko berlainan sedikit. Set ini saya cuma ada 6 biji piring kuih, teko, sugar pot, creamer jug dan 2 set cawan.


Set mini dengan teko aladin langsing. Saya cuma ada teko aladin langsing, sugar pot, creamer jug dan sebiji cawan mini tanpa piring.


6 biji piring kuih dari kak ryana.


Teko dari abang ismail


Creamer jug dari kak ryana.


Sugar pot dari abang ismail


2 set cawan dari kak ryana.



Geisha pada dalam cawan.


Teko aladin langsing dari kedai 2nd


Sugar pot mini dari kak khaty.


Creamer jug dari kedai 2nd.

Sekian saja coretan saya untuk set buluh emas ini..selamat menjamu mata.

FOR SALE


SET MEAKIN JADE HIJAU NI DI HANTAR OLEH KAWAN SAYA MERUPAKAN SEORANG RUNNER UNTUK DI LETGO. MEMANDANGKAN SAYA MEMPUNYAI SET INI YANG LENGKAP DARIPADA WARISAN KELUARGA, SO SET NI YANG KAWAN SAYA HANTAR NI SAYA NAK LET GO KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT. CONDITION AMAT BAIK DAN TIADA CRACK. CUMA ADA SEDIKIT KESAN KECOKLATAN PADA DALAM TUREEN..ADAT LAH PINGGAN MANGKUK ANTIK EXSPECIALLY MEAKIN, MEMANG TAK SAH KALAU TAK ADA RETAK 1000 ATAU KESAN COKLAT. KALAU NAK 100% BERSIH SANGAT PERGILAH KILANG BUAT SENDIRI. TAPI JAUH LA NAK KENE PERGI KILANG J&G MEAKIN KAT ENGLAND PULAK. TAK SEMPAT NAK BAWAK BALIK KE MALAYSIA DAH RANAP KAT DALAM FLIGHT.HEHEHE

SET NI MENGANDUNGI :

1 BIJI TUREEN
1 BIJI PINGGAN BUJUR 14.5"
1 BIJI PINGGAN BUJUR 12.5"
6 SET CAWAN DAN PIRING
1 BIJI CREAMER JUG GRAVY BOAT (TIADA DALAM GAMBAR)

SILA SMS UNTUK PERTANYAAN HARGA.

SOLD

SESIAPA YANG BERMINAT SAHAJA SILA HUBUNGI SAYA 017-5606196

Saturday, March 6, 2010

For Sale

TEKO BUNGA PADI
RM80
SOLD

PINGGAN MUNGKUM VCR 9"
3 BIJI RM45
SOLD

PINGGAN MAKAN PEONIES 9"
2 BIJI RM30
SOLD

SET BULUH PERAK
6 BIJI PIRING CAWAN
6 BIJI PIRING KUIH 6"
RM90
SOLD

TUREEN CELESTE BIRU
RM160

ORIGINAL SETERIKA ANTIK TEMBAGA
RM190

Friday, March 5, 2010

BEKAS BASUH TANGAN

Sudah menjadi lumrah adat kita orang Melayu menggunakan tangan untuk menjamah makanan dan sebelum menyentuh makanan juga sudah semestinya kita membasuh tangan terlebih dahulu agar kita dapat menjamah makanan dengan tangan yang bersih.
Itulah yang ingin saya ceritakan dalam n3 kali ini iaitu bekas basuh tangan. Gambar di atas merupakan 2 jenis bekas basuh tangan yang digunakan keluarga di sebelah bapa saya sejak tahun 1950-an lagi. Kedua-dua bekas ini saya ambil dari rumah pusaka keluarga bapa saya dan menurut bapa kedua-dua bekas basuh tangan itu digunakan keluarganya untuk menjamu makanan untuk dipakai hari-hari, manakala bekas basuh tangan untuk tetamu yang datang akan saya n3 akan datang. Ok jom sama-kita layan gambar terlebih dahulu.



Bekas ini saya tak tahu nak panggil apa, ada sesetengah masyarakat menggunakannya sebagai piring wajik/dodol dan juga bekas basuh tangan. Tetapi keluarga bapa saya menggunakannya sebagai bekas basuh tangan sejak sekian lama lebih 50 tahun yang lalu.
Bekas ini apabila dipisahkan....piring leper dan mangkuk.

Dan yang kedua, juga merupakan bekas basuh tangan yang digunakan keluarga bapa saya sebelum menjamu makanan...ianya mempunyai kaki yang berwarna jernih dan bahagian mangkuk yang berwarna putih dan mempunyai lingkaran merah jambu. Bekas yang serupa macam ini juga digunakan keluarga bapa saya untuk tetamu yang datang tetapi mempunyai lekuk-lekuk, berbiku-biku pada bahagian bibirnya.(nanti saya akan n3).



Itu saja cerita saya kali ni..jumpa lagi..bye2....

P/S : Harini tak taulah kenape nak gunakan bahasa formal....hahaha. Em, lagi satu, saya dah beransur sihat, sape2 yang ada beli barang saya akan pos esok ya...

Thursday, March 4, 2010

Mana Tangkainya??

Salam sejahtera semua...
Mana tangkainya?? hehe mesti kawan2 pelik kan dengar nama tajuk n3 saya kalinya... sebenarnya tajuk tu memang ada kaitan dengan ape yang saya nak kongsikan ni...
Tureen ni kalau diperhatikan dengan mata kasar memang kita tak nampak pun apa2 sebarang kekurangan yang ada padanya tetapi hakikatnya sebenarnya tureen ni pun OKU jugak...hehe.. Pehatikan pada penutupnya, sebenarnya tangkainya dah patah, iaitu tangkainya yang berupa seperti bulatan. Tak tahu lah mana perginya..masa beli pun memang dah tak ada dan orang yang menjualnya pun cakap masa ambil tureen ni memang dah tak da tangkai...lama tureen ni duk berdiam kat gerai peniaga tu sampailah satu masa saya membelinya. Pada mulanya memang saya tak berminat untuk membeli sebab tangkainya dah tak da tapi bila lama diperhatikan tureen ada tarikannya yang tersendiri dan dilihat pada rekabentuknya memabg tureen ni dah lama usianya dan peniaga tu pun menawarkan harga yang berpatutan kepada saya.. OK lah jom sama2 kita layan gambar....


Pandangan hadapan tureen..berkaki dan mempunyai tangkai yang menarik..corak bunganya nampak klasik.

Pandangan atas tureen...perhatikan bahagian tengah2 tureen yang patah tangkainya...

Tureen apabila dibuka penutupnya

Mangkuk dan tutupnya...

Close up pada tangkai tureen


Ok sampai di sini saja n3 saya kali ni...jumpa lagi.. selamat menjamu mata....

FOR SALE

SET KEK WA HITAM
1 BIJI TEKO BULAT
4 BIJI CAWAN BUJANG KOPITIAM
3 BIJI PINGGAN MUNGKUM KECIL SAIZ 5" (MANGKUK SAMBAL)
3 BIJI PINGGAN MUNGKUM SEDERHANA SAIZ 6"
3 BIJI PIRING KUIH LEPER SAIZ 6"
1 BIJI MANGKUK NASI TAMBAH
3 BIJI PINGGAN MUNGKUM SAIZ 9" (PINGGAN MAKAN





SET SAKURA KELABU MERAH
6 BIJI CAWAN OVER J TANPA PIRING
1 BIJI SUGAR POT
1 BIJI CREAMER JAR
SOLD




UNTUK PERTANYAAN HARGA SILA SMS SAYA 0175606196 (ZANY) . HARGA YANG DINYATAKAN NANTI ADALAH TETAP DAN TIDAK TERMASUK POSTAGE. HARAP MAKLUM. TQ

Wednesday, March 3, 2010

BUNGA BAKUL MERAH

Salam sejahtera....
Semalam bercerita mengenai set bunga bakul biru..hari ni saya nak kongsikan set bunga bakul merah.
Pada mulanya saya rasa tak suka sangat pada set ni, tak tau lah kenapa, tapi lama kelamaan tengok kak ryana colect dan bebrapa blogger lain pun ada, saya jadi suka pulak....hehe..dari sebiji mangkuk sup sampailah beranak pinak set saya ni...
Paling banyak, hasil barter dengan kak ryana..thanks ye kak..dan tak lupe hasil barter dengan mak cik hanis gallery antik..Ok lah jom sama2 kita layan gambar... mood x sehat masih ada lagi..hehehee


Keluarga bunga bakul biru saya...

Teko hasil barter dengan kak ryana...jauh perjalanan merentasi Laut China Selatan lagi...
Merasa jugak la teko ni naik kapal terbang..hahaha

6 set cawan from my lovely nyonya...hahaha


Sudu hasil juga hasil barter dengan kak ryana..bagaimanapun, sebijik sudu ni terbelah dua dalam perjalanan ke semenanjung....nasib baik boleh gam balik...hehehe

Mangkuk2 sup/bubur hasil kedai second hang..

Dan akhir sekali pinggan bujur 4 beradik hasil barter dengan kak ryana manakala yang belakang sekali tu hasil barter dengan makcik hanis...



Ok sampai sini saja...selamat menjamu mata...bye2

FOR SALE

SET CAWAN MEAKIN JADE HIJAU
ADA 6 SET
RM130 UNTUK 6 SET NETT
SOLD

JUGA TERDAPAT TUREEN MEAKIN JADE HIJAU. ADA SEBIJI SAJA.
RM160


PINGGAN MUNGKUM 5 ROSES SAIZ 9 INCI
ADA 4 BIJI
RM18 SEBIJI NETT
2 BIJI BOOKED
ADA 2 BIJI LAGI
SOLD

TEKO WHITE SAKURA
ADA SEBIJI
RM70


JUG RETRO BIRU
ADA 2 BIJI
RM45 SEBIJI
SOLD

GELAS BERTANGKAI RETRO COKLAT
ADA 4 BIJI
RM10 SEBIJI


GELAS LENTIK RETRO COKLAT
ADA 5 BIJI
RM8 SEBIJI




HARGA TIDAK TERMASUK POSTAGE.. SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI SAYA 0175606196 ZANY. TQ

Tuesday, March 2, 2010

BUNGA BAKUL BIRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Rasa rindu pada kawan2 blogger disebabkan dah lama saya tak berkongsi koleksi...sebenarnye keadaan kesihatan saya masih tidak begitu baik lagi, oleh kerana terasa bosan yang amat sangat saya gagahkan diri untuk membuat n3 juga walaupun berada dalam keadaan moody disebabkan kesihatan dan ditambah pula dengan macam2 masalah dan kerenah yang perlu saya pikul. Saya mintak maaf, dalam keadaan saya sekarang ni saya tak boleh nak jawab panggilan telefon rakan2 semua...bagi saya masa untuk tenangkan fikiran..harap dapat berhubung melalui sms sahaja...terima kasih...

Oklah harini saya nak berkongsi dengan rakan2 koleksi bunga bakul biru, tengok kak yatt buat n3 bulan lepas, saya pun terasa nak buat jugak dek kerana saya suka set ni yang begitu simple dan tidak sarat dengan bunga-bungaan. Oklah jom sama2 kita layan gambar, saya pun tak nak cerita panjang lebar lagi...


Set bunga bakul biru yang ada dalam simpanan saya..semuanya saya dapat daripada tempat yang berlainan..

Teko hasil pembelian dengan abang din. Dah lama cari akhirnya jumpa jugak kat dalam iklan mudah.my

4 biji cawan hasil dari kedai second hand...walau tak da piring cawan tapi boleh tumpang pada piring kuih kecik ni..
Pandangan dengan lebih jelas lagi cawan mulut lebar ni

Mangkuk sos juga dari kedai second hand
Dua jenis sudu yang berlainan saiz juga diperolehi dari tempat yang sama...
Dan akhir sekali senduk hasil pembelian dengan abang din.

Pinggan bujur saiz 12" dari cik tun

Keluarga pinggan bunga bakul saya....




Ok sampai sini saja..selamat menjamu mata...bye2

Monday, March 1, 2010

ATTENTION !!!

Attention to all my lovely customers..

sSaya mintak maaf banyak2 tak dapat nak poskan barang2 anda dalam jangka masa yang terdekat kerana keadaan kesihatan saya yang tidak menentu dan tidak sihat...Insyaallah dalam minggu ini juga saya cuba untuk poskan semua barang2 anda...barang2 anda sudah di 'packing'. cuma belum di pos sahaja..terima kasih