Thursday, March 4, 2010

Mana Tangkainya??

Salam sejahtera semua...
Mana tangkainya?? hehe mesti kawan2 pelik kan dengar nama tajuk n3 saya kalinya... sebenarnya tajuk tu memang ada kaitan dengan ape yang saya nak kongsikan ni...
Tureen ni kalau diperhatikan dengan mata kasar memang kita tak nampak pun apa2 sebarang kekurangan yang ada padanya tetapi hakikatnya sebenarnya tureen ni pun OKU jugak...hehe.. Pehatikan pada penutupnya, sebenarnya tangkainya dah patah, iaitu tangkainya yang berupa seperti bulatan. Tak tahu lah mana perginya..masa beli pun memang dah tak ada dan orang yang menjualnya pun cakap masa ambil tureen ni memang dah tak da tangkai...lama tureen ni duk berdiam kat gerai peniaga tu sampailah satu masa saya membelinya. Pada mulanya memang saya tak berminat untuk membeli sebab tangkainya dah tak da tapi bila lama diperhatikan tureen ada tarikannya yang tersendiri dan dilihat pada rekabentuknya memabg tureen ni dah lama usianya dan peniaga tu pun menawarkan harga yang berpatutan kepada saya.. OK lah jom sama2 kita layan gambar....


Pandangan hadapan tureen..berkaki dan mempunyai tangkai yang menarik..corak bunganya nampak klasik.

Pandangan atas tureen...perhatikan bahagian tengah2 tureen yang patah tangkainya...

Tureen apabila dibuka penutupnya

Mangkuk dan tutupnya...

Close up pada tangkai tureen


Ok sampai di sini saja n3 saya kali ni...jumpa lagi.. selamat menjamu mata....

1 comment:

  1. salam zany..
    kalau jumpa tombol kat penutup tureen xtra yang lain..cuba buat plastic surgery tengok..hehehe..
    apapun nampak sungguh klasikk tureen nie..pemegang dia pun unikk..syabassss dik..

    ReplyDelete