Tuesday, March 2, 2010

BUNGA BAKUL BIRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Rasa rindu pada kawan2 blogger disebabkan dah lama saya tak berkongsi koleksi...sebenarnye keadaan kesihatan saya masih tidak begitu baik lagi, oleh kerana terasa bosan yang amat sangat saya gagahkan diri untuk membuat n3 juga walaupun berada dalam keadaan moody disebabkan kesihatan dan ditambah pula dengan macam2 masalah dan kerenah yang perlu saya pikul. Saya mintak maaf, dalam keadaan saya sekarang ni saya tak boleh nak jawab panggilan telefon rakan2 semua...bagi saya masa untuk tenangkan fikiran..harap dapat berhubung melalui sms sahaja...terima kasih...

Oklah harini saya nak berkongsi dengan rakan2 koleksi bunga bakul biru, tengok kak yatt buat n3 bulan lepas, saya pun terasa nak buat jugak dek kerana saya suka set ni yang begitu simple dan tidak sarat dengan bunga-bungaan. Oklah jom sama2 kita layan gambar, saya pun tak nak cerita panjang lebar lagi...


Set bunga bakul biru yang ada dalam simpanan saya..semuanya saya dapat daripada tempat yang berlainan..

Teko hasil pembelian dengan abang din. Dah lama cari akhirnya jumpa jugak kat dalam iklan mudah.my

4 biji cawan hasil dari kedai second hand...walau tak da piring cawan tapi boleh tumpang pada piring kuih kecik ni..
Pandangan dengan lebih jelas lagi cawan mulut lebar ni

Mangkuk sos juga dari kedai second hand
Dua jenis sudu yang berlainan saiz juga diperolehi dari tempat yang sama...
Dan akhir sekali senduk hasil pembelian dengan abang din.

Pinggan bujur saiz 12" dari cik tun

Keluarga pinggan bunga bakul saya....




Ok sampai sini saja..selamat menjamu mata...bye2

1 comment:

  1. salam zany..
    cantik bakul biru..lebih2 lagi dapat pulak cawan mulut lebar tu..jelesss akak tengokk..hehe..
    rehat banyak2 & jangan lupa ubat & banyak minum air..

    ReplyDelete