Monday, July 19, 2010

Teko Aladin Bunga Gandum For Sale




CONDITION AMAT BAIK, BELUM PERNAH DIGUNAKAN (SEPERTI DALAM GAMBAR)
RM NETT TIDAK TERMASUK POS
ADA BEBERAPA BIJI
BOOKING 3 HARI SAHAJA

ALL 7 PCS SOLD

TAMBAH RM13 UNTUK COURIER, RM8 UNTUK POS BIASA.

JIKA BERMINAT SILA SMS/HUBUNGI SAYA 0175606196.

Friday, July 16, 2010

Rama-rama Jepun

Salam di hari Jumaat, penghulu segala hari...

Hari ni tiba pula giliran si rama-rama jepun ni untuk menonjolkan diri.
Set ni saya dapat secara berasingan tetapi di tempat yang sama. Mula2 nyonya tu kata " mau ka cawan japan? tapi dalam cawan ada amoi punya gambar, tapi mahai sikit ooo.." saya pun suruh la si nyonya tu pergi ambil, dia pun pergi la korek kat loteng atas kedai dia. Skali terkeluar la 7 biji cawan ML rama-rama jepun ni dan 4 biji piringnya. Itu je yang jumpa kata nyonya tu. Saya pun bantailah ambil jugak. Ingatkan mahal sangat lah nyonya tu nak jual, sebaliknya tidak...hehehe...harga mampu milik oleh semua golongan...hehee..
Selang 3-4 hari, nyonya call, "itu teko japan set sudah jumpa, mari amik". Bukan amik je ye, kene bayar jugak...hehee...sesampainya saya ke kedai tu, memang seronok giler saya sebab sebiji teko aladin gemok dan sebiji sugar pot rama-rama jepun ada depan mata. Saya pun ambil la jugak walau harga yang ditawarkan jauh lebih mahal dari biasa. Dapatlah saya lengkapkan set rama-rama jepun ni. Sejujurnya, saya miliki set ini dengan harga yang murah, jika dikira, tidak sampai RM80 pun. Yang ada pada saya sebiji teko, 7 biji cawan ML, 4 biji piring cawan dan sebiji sugar pot. Yang perlu saya cari, 3 biji piring cawan, creamer jar dan piring kuih kalau ada. Sesiapa ada terjumpa set sebegini, contact saya ok.


Set rama-rama jepun yang saya ada dalam simpanan saya.

Teko aladin gemuk yang sungguh memikat hati...hehee

Sugar pot...

Cawan ML yang sangat cantik, tapi sayang piringnya tak cukup. Beberapa biji janda.


Close-up motif pada teko. 2 eko rama-rama dan tumbuhan. Walaupun motif corak yang simple tetai tetap menambat hati saya.

Geisha pada dalam cawan. Agaknye tak tenteram kot roh geisha tu...sume orang duk tayang je dia slalu...

Cop mohor pada bawah set ini.....imoto HHP...kalau tak silap cop begini berasal dari Jepun.


Sampai disini saja n3 saya kali ni....jumpa lagi...
Selamat Menjamu Mata

Thursday, July 15, 2010

Tureen Wild Roses

Salam Sejahtera

Tu lah, kalau dah datang penyakit rajin ni, asik gatal je tangan nak menaip nak buat n3...hehehe..kerja pun dah settle petang2 camni...kalau dah datang penyakit malas tu pulak, mau seminggu baru update blog...

Oklah mengarut pulak lebih. Apa yang saya nak kongsikan adalah tureen wild roses yang saya dapat di Memory Lane....bila terpandangkan bunga dia, rasa berkenan la pulak. Apa lagi, rembat je la walaupun harganya boleh tahan la....dah minat kan, jangan berkira....hahaha... Tureen ni berbentuk bulat. Sebelum ni pun ramai blogger dah buat n3 tureen wild roses ni, antaranya kak chemp, kak yatt, kak sue dan beberapa blogger lagi. Ok tanpa membuang masa jom kita tengok gambar kat bawah ni....


Pandangan dari tepi....tureen ni agak besar juga saiznya, 8" mangkuk dan 8.5" penutup.

Pandangan dari atas...bunga yang penuh meliar.

Close-up bunga rosnya...cantikkan??

Tureen apabila dibuka.


Sebelum ini juga, saya pernah buat n3 mengenai tureen wild roses juga tetapi berbentuk bujur dan bersaiz besar iaitu 10" mangkuk dan 10.5" penutup. Kepada yang tertinggal bolehlah klik disini.

Sampai disini saja, jumpa lagi di n3 akan datang. Selamat Menjamu Mata.

Si Bujang Ros Kobis

Salam sejahtera semua...
malam tadi, lepas je mandi, tetibe mood rajin datang...ape lagi, selongkar la kotak-kotak isi pinggan mangkuk kat dalam bilik stor, sekali terjumpa la 2 biji cawan bujang ros kobis atau cabbage rose ni. Saya sendiri pun dah lupe yang saya ada 2biji cawan macam ni...maklum la, makin muda, makin terlupa..hahaha...
Apa lagi saya pun snap la gambar oleh kerana kerajinan yang melampau, kalau datang penyakit malas tu, menengok pinggan mangkuk pun nak termuntah....hahahah...
2 biji cawan bujang ni saya dapat di Memory Lane juga sekitar tahun 2004....harga masa tu pun murah yang amat. RM0.50 je sebiji...mesti ada yang tak pecaya kan?? hahah, tapi itulah realitinya...tapi sekarang ni, jangan harap la nak dapat harga macam tu lagi kat Memory Lane...paham2 je la...permintaan semakin tinggi...hehe..
Cawan ni pun amat tebal, sesuailah statusnya yang bujang..hehee...ok jom layan gambar kat bawah....Selamat Menjamu Mata.....


Wednesday, July 14, 2010

Memori Ros Kobis

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.
Rasanya dah ramai yang buat n3 mengenai set ros kobis ni atau lebih dikenali cabbage rose diantara blogger. Antaranya yang dah buat n3 cabbage rose ni kak yatt, cik mat, kak sue, kak chah dan ramai lagi yg tak dapat saya sebutkan.
Bila saya terpandangkan set cabbage ros ni, ianya mengembalikan kenangan silam saya dizaman kanak-kanak dipertengahan tahun 1990an. Dimana setiap kali berkunjung ke rumah arwah datuk dan nenek saya disebelah bapa, makanan dan minuman pastinya dihidangkan didalam pinggan dan teko ros kobis ini. Ketika itu, hanya bapa saudara saya yang bujang ketika itu, tinggal dirumah pusaka itu kerana nenek dan datuk saya telah lama meninggal dunia iaitu nenek meninggal pada tahun 1967 manakala datuk pada tahun 1986.
Pada penghujung tahun 2004 dimana saya baru menamatkan SPM saya telah mencari semula set ros kobis ini dirumah peninggalan nenek dan datuk yang sudah lama kosong, bapa saudara pun telah lama berpindah ke rumah lain. Yang saya jumpa hanyalah sebiji teko bulat dan berdozen-dozen pinggan makan dan pinggan lauk ros kobis ini, kuantitinya memang banyak kerana menurut ayah ianya dibeli oleh nenek, Allahyarhamah Sawiyah Hj. Salleh untuk kegunaan kenduri-kendara serta disewakan kepada orang kampung untuk digunakan ketika kenduri. Malangnya, cawan-cawannya yang pernah digunakan suatu ketika dulu saya tak jumpa, tak tahulah dimana letaknya, nak kata pecah tak juga, adik beradik ayah pun tak da yang ambil...ada la kot tersorok celah-celah mana...hehehe.
Bagaimanapun kalau dah dikatakan rezeki tak kan ke mana kan, pada awal tahun ini, saya berjaya menemui cawan mulut lebar cabbage ros ni di Memory Lane sebanyak 5 set. Jadilah untuk melengkapkan set ini.
Cabbage Ros ini bukan saja meninggalkan kenangan buat saya tetapi juga buat ayah saya serta adik beradiknya dimana menurut ayah set cabbage ros ini memang digunakan keluarganya sejak ayah saya kecil lagi.
Oklah jom kita tengok gambar di bawah....


Antara set cabbage rose yang ada dalam simpanan saya, sebiji teko bulat, 5 set cawan mulut lebar dan beberapa pinggan makan dan pinggan lauk, serta piring kuih kecil.

Teko bulat Cabbage rose peninggalan nenek, Allahyarhamah Sawiyah Hj.Salleh.

5 set cawan mulut lebar dari Memory Lane@Loken..

Cawan mulut lebar yang anggun...hehee

Beberapa biji pinggan makan dan pinggan lauk, ada banyak lagi dirumah nenek tapi beberapa biji saja yang dapat saya ambil untuk menjimatkan ruang rumah...

Ok sampai dini saja, jumpa lagi di n3 akan datang..Selamat menjamu Mata....

Monday, July 12, 2010

Kenangan Exit Gopeng

Salam sejahtera....


Hujung bulan yang lepas telah menemukan saya dengan otai pinggan mangkuk antik, sape lagi kalau bukan kak yatt yang cantik molek, comei lote dari Yatt Precious...hehehe.. Pertemuan ini merupakan pertemuan yang pertama setelah hampir setahun mengenali kak yatt. Kebetulan kak yatt balik ke kampungnya di Penang dan kami berjumpa di Exit Tol Gopeng, kebetulan barang2 kak yatt ada pada saya dan kak yatt pun nak bagi barang hasil barter kami. Dalam suasana hujan yang renyai2 sempat juga kami ambil gambar...hehehe...baju pun basah2 skit. Mengenali kak yatt, beliau merupakan seorang insan yang amat baik pada saya, mudah mesra, dan tidak kedekut untuk berkongsi hobi dengannya..


Hasil barter dengan kak yatt....sebiji mug wild roses, 2 biji mug carnation biru dan sebiji teko white sakura pemberian ikhlas dari beliau...


Mug wild roses hasil barter dengan kak yatt...cantik sangat.

2 biji mug carnation biru juga barter dengan kak yatt

Sebiji teko mini pemberian ikhlas beliau...trima kasih kak..saya hargai semuanya...cantik sangat2...saya suke...kalau ada extra lagi, campak sini ye....hahahah

Kepada kak yatt, kalau ada yang kekurangan harap maaf ye, nanti kalau ada rezki kita jumpa lagi di lain waktu...

Join GA Danisyakiffli's

Salam semua.... yang ni pulak saya nak join GA kak sya dari blog Danisyakiffli's sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke-2....
Kepada kak sya, saya doakan semoga jodoh akak berkekalan sehingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dah berbahgia selalu...amin...
untuk maklumat lebih lanjut bolehlah ke blog kak sya dan klik disini.


ok yang di bawah ni pulak adalah syarat-syarat penyertaannya :-


1) Mesti menjadi follower

2) Linkkan blog http://danisyakiffli.blogspot.com dalam blog list masing-masing

3) Buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog ini dalam entry tersebut (http://danisyakiffli.blogspot.com/)

4) Create satu ucapan untuk anniversary kak sya dalam n3 masing-masing.

5) Jangan lupa tinggalkan "comment" dalam entry dan juga link .comment di shoutbox tidak diambil kira ..

6) Tarikh mula penyertaan dari 6 Julai 2010 sehingga 31 Julai 2010..

7) Penyertaan GA ini hanya untuk blogger di Malaysia sahaja..

8) Peserta yang bertuah akan dipilih secara rawak oleh hubby kak sya...dan peserta bertuah hanya seorang sahaja..

hadiah akan dipos kepada pemenang minggu pertama bulan Aug nanti...

ok rasa-rasanya dah penuhi syrat kot...harap2 ada la luck saya...hehehe...

Saturday, July 10, 2010

Join G.A. Kelly's Life

Salam sejahtera kepada semua....
Harini saya nak join G.A. yang dianjurkan oleh kak Kelly dari blog Kelly's Life. Untuk maklumat lebih lanjut boleh lah ke blog kak kelly dan klik disini.
Orang lain dah lama join, saya barulah nak join...hehehe. Maklum la, takda kesempatan...hehehe.
ok untuk syarat2 G.A ni dan hadiah2 nya bolehlah bacanya di bawah...
jom sama2 kite memeriahkan G.A. ni...


Hadiah pertama :
Set Ros Hitam ( Teko & 6 cawan + piring )
Piring bujur bunga kangkung & ros merah putih OC


Hadiah kedua :
Set Ros warna-warni ( Teko & 6 cawan + piring )
Pinggan bujur ( 2 )


Hadiah ketiga :
Set ceramic ( Teko & 4 cawan + piring )
Teko sakura
Piring bulat ( ros pink )

Syarat - syarat nya : )

Terbuka kepada follower blog Kelly's Life yang kat Malaysia saja

Iklankan / buat N3 mengenai Give Away ni kat blog masing2 supaya ramai lagi kawan - kawan boleh join

Jangan lupa linkkan Kelly's Life dalam blog
Dan tinggalkan komen dalam N3 ni...komen kat Cbox tak diambil kira

Nama, no h/p dan alamat untuk dihubungi sekiranya berjaya dalam Give Away ini

Hadiah misteri buat referral yang paling banyak disebut oleh pemberi komen

Hadiah misteri untuk peserta pertama yang meninggalkan komen di N3 ini


Ok dah baca syarat2 kan....apa lagi joinlah...hehehehe....bye2

Wednesday, July 7, 2010

Acuan Kuih Moyang Terdahulu....

Salam sejahtera semua....
Sudah seminggu lamanya saya tidak bersiaran ke sini, dek kerana urusan kerja saya yang amat sebok. Petang ni, barulah dapat saya buat n3 mengenai koleksi peribadi saya. Kepada yang bertanya mengenai almari antik di dalam n3 sebelum ni, saya dah jawab soalan2 anda i ruangan komen dan shoutbox....hehehe...
Kali ni bukanlah mengenai pinggan mangkuk antik tetapi apa yang saya nak ceritakan adalah koleksi acuan kuih yang ada dalam simpanan saya. Ianya merupakan warisan keluarga saya dimana ianya merupakan milik moyang terdahulu saya (ibu kepada moyang saya atau senang cerita moyang perempuan ayah saya...hehehe). Acuan kuih ni dah lama ada dalam simpanan saya dimana saya mengutipnya daripada sisa runtuhan rumah ibu moyang saya pada tahun 1997. Ketika itu saya berada didalam darjah 4 tetapi naluri saya sudah menyayangi barang2 lama ni. Ketika rumah ibu moyang saya itu diruntuhkan, banyak barang2 yang berterabur di atas tanah dan saya sempat mengutip banyak barang2 lama yang masih saya simpan sehingga sekarang, salah satunya adalah beberapa biji acuan kuih ini. Sekarang tapak rumah tersebut pun dah dijadikan garaj kereta.
Acuan kuih ni dperbuat daripada tembaga merah. Saya mencucinya dengan air asam jawa bagi mengeluarkan kekotoran yang melekat. Mungkin suatu ketika dulu ianya digunakan untuk membuat kuih ketika raya. Nak tanya sape pun saya tak tahu kerana anak ibu moyang saya dan cucunya semua dah meninggal...yang ada generasi ayah saya iaitu cicitnya, piutnya dan piatnya saja...hehehe.... ok jom sama2 kita tengok gambar2 di bawah...selamat menjamu mata....






Tag From Kak Ayu

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua....

Harini saya cuma nak jawab soalan2 tag daripada Kak Ayu dari Ayu Little Cottage...dah lama sebenarnye kak ayu tag saya ni tapi harini baru berkesempatan...hehehe...maaf ye kak....Terima kasih bebanyak la sudi tag saya ye...ok saya jawab ye....



soklan yang diberi...

1.aDaKaH aNdA hApPy SeKaRaNg?

Ye, saya happy di samping family saya yang amat memahami diri saya ini...hehee

2.kEnApA aNdA rAsA hApPy?

sebab segala kesulitan saya dapat atasi dengan banyak memohon kepada Allah....selain itu, apa yang saya impikan, seringkali tercapai..hehehe

3.aPaKaH yAnG bOlEh MeMbUaTkAn AnDa HaPpY?

senyuman daripada keluarga saya...heheh...then, klu saya unhappy, tengok je koleksi antik, terus jadi happy...hehehe

4.pErNaH aNdA mEnErImA tAg?

banyak kali dah..hehehe

5.nYaTaKaN wArNa YaNg AnDa SuKa?

coklat, kuning, merah

6. bErItAhU 9 oRaNg YaNg AnDa TaG..

maaf, saya nak menderhaka....semua yg sudi baca tag ini, saya tag kan pula kepada kalian ye...hehee



ok lah, rasa-rasanya saya dah jawab semua kan..hehee....ok, kawan2 yang lain, silalah buat juga ye..hehehe....bye2....