Wednesday, July 14, 2010

Memori Ros Kobis

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.
Rasanya dah ramai yang buat n3 mengenai set ros kobis ni atau lebih dikenali cabbage rose diantara blogger. Antaranya yang dah buat n3 cabbage rose ni kak yatt, cik mat, kak sue, kak chah dan ramai lagi yg tak dapat saya sebutkan.
Bila saya terpandangkan set cabbage ros ni, ianya mengembalikan kenangan silam saya dizaman kanak-kanak dipertengahan tahun 1990an. Dimana setiap kali berkunjung ke rumah arwah datuk dan nenek saya disebelah bapa, makanan dan minuman pastinya dihidangkan didalam pinggan dan teko ros kobis ini. Ketika itu, hanya bapa saudara saya yang bujang ketika itu, tinggal dirumah pusaka itu kerana nenek dan datuk saya telah lama meninggal dunia iaitu nenek meninggal pada tahun 1967 manakala datuk pada tahun 1986.
Pada penghujung tahun 2004 dimana saya baru menamatkan SPM saya telah mencari semula set ros kobis ini dirumah peninggalan nenek dan datuk yang sudah lama kosong, bapa saudara pun telah lama berpindah ke rumah lain. Yang saya jumpa hanyalah sebiji teko bulat dan berdozen-dozen pinggan makan dan pinggan lauk ros kobis ini, kuantitinya memang banyak kerana menurut ayah ianya dibeli oleh nenek, Allahyarhamah Sawiyah Hj. Salleh untuk kegunaan kenduri-kendara serta disewakan kepada orang kampung untuk digunakan ketika kenduri. Malangnya, cawan-cawannya yang pernah digunakan suatu ketika dulu saya tak jumpa, tak tahulah dimana letaknya, nak kata pecah tak juga, adik beradik ayah pun tak da yang ambil...ada la kot tersorok celah-celah mana...hehehe.
Bagaimanapun kalau dah dikatakan rezeki tak kan ke mana kan, pada awal tahun ini, saya berjaya menemui cawan mulut lebar cabbage ros ni di Memory Lane sebanyak 5 set. Jadilah untuk melengkapkan set ini.
Cabbage Ros ini bukan saja meninggalkan kenangan buat saya tetapi juga buat ayah saya serta adik beradiknya dimana menurut ayah set cabbage ros ini memang digunakan keluarganya sejak ayah saya kecil lagi.
Oklah jom kita tengok gambar di bawah....


Antara set cabbage rose yang ada dalam simpanan saya, sebiji teko bulat, 5 set cawan mulut lebar dan beberapa pinggan makan dan pinggan lauk, serta piring kuih kecil.

Teko bulat Cabbage rose peninggalan nenek, Allahyarhamah Sawiyah Hj.Salleh.

5 set cawan mulut lebar dari Memory Lane@Loken..

Cawan mulut lebar yang anggun...hehee

Beberapa biji pinggan makan dan pinggan lauk, ada banyak lagi dirumah nenek tapi beberapa biji saja yang dapat saya ambil untuk menjimatkan ruang rumah...

Ok sampai dini saja, jumpa lagi di n3 akan datang..Selamat menjamu Mata....

2 comments:

  1. salam zany..
    wowwwweeeeee..cantiknya mulut lebar tu..cik mat kata ML bongkok..hehehe..sebab lebih rendang..rare tu dikkk..adoiiiii lawanyaaaa.. ;)

    ReplyDelete
  2. to kak yatt
    wsalam kak...oh yeke...ML bongkok ke namanye..hehe..sy mmg perasan yg shape die xsama mcm ML yg biasa kite tgk tu..hehhe..apepun thanks ye 4 info..

    ReplyDelete