Salam sejahtera semua....
Sudah seminggu lamanya saya tidak bersiaran ke sini, dek kerana urusan kerja saya yang amat sebok. Petang ni, barulah dapat saya buat n3 mengenai koleksi peribadi saya. Kepada yang bertanya mengenai almari antik di dalam n3 sebelum ni, saya dah jawab soalan2 anda i ruangan komen dan shoutbox....hehehe...
Kali ni bukanlah mengenai pinggan mangkuk antik tetapi apa yang saya nak ceritakan adalah koleksi acuan kuih yang ada dalam simpanan saya. Ianya merupakan warisan keluarga saya dimana ianya merupakan milik moyang terdahulu saya (ibu kepada moyang saya atau senang cerita moyang perempuan ayah saya...hehehe). Acuan kuih ni dah lama ada dalam simpanan saya dimana saya mengutipnya daripada sisa runtuhan rumah ibu moyang saya pada tahun 1997. Ketika itu saya berada didalam darjah 4 tetapi naluri saya sudah menyayangi barang2 lama ni. Ketika rumah ibu moyang saya itu diruntuhkan, banyak barang2 yang berterabur di atas tanah dan saya sempat mengutip banyak barang2 lama yang masih saya simpan sehingga sekarang, salah satunya adalah beberapa biji acuan kuih ini. Sekarang tapak rumah tersebut pun dah dijadikan garaj kereta.
Acuan kuih ni dperbuat daripada tembaga merah. Saya mencucinya dengan air asam jawa bagi mengeluarkan kekotoran yang melekat. Mungkin suatu ketika dulu ianya digunakan untuk membuat kuih ketika raya. Nak tanya sape pun saya tak tahu kerana anak ibu moyang saya dan cucunya semua dah meninggal...yang ada generasi ayah saya iaitu cicitnya, piutnya dan piatnya saja...hehehe.... ok jom sama2 kita tengok gambar2 di bawah...selamat menjamu mata....
teringat buat biskut raya guna acuan bentuk2 ni..balik kampung, kena cari nih..
ReplyDeleteSalam Ezany,
ReplyDeleteRaya taon ni leh la buat biskut raya guna acuan ni ye. Sambil bakar biskut, boleh mengimbau kenangan2 lama..cewah..jgn hangus udah la ye..
Laa..lupa plak ezany ni dak jantan...tak reti buat biskut raya kot...hehehe..
salam zany..
ReplyDeletesungguh awal minat tu tumbuh..syabas dik..teruskan usaha & misi menyelamat untuk tatapan generasi akan datang.. ;)
to antik2unme
ReplyDeletehehehe....blk kg cari la kak..blh smpan wat koleksi..hehee
to kak rafidah
hehehe..tu la, klu buat kuih guna acuan ni nmpk klasik kan...hhaha..
sy mmg xreti buat kuih..makan kuih tau la..hahah
to kak yatt
hehehe..ape blh buat...dah awal minat tu menjelma..hehehe...
thanks ye kak