Tuesday, August 3, 2010

Kesinambungan Warisan Nenda.....

J&G Meakin Jade merupakan set meakin yang paling saya suka, walaupun hanya hijau polos tetapi ia tetap menawan hati saya untuk menyimpannya. Tambahan pula set ini merupakan warisan keluarga saya di mana merupakan milik nenda saya dan nenda saya berikan kepada saya untuk disimpan memandangkan beliau memahami hobi saya ini. Dalam pada itu juga, beberapa item J&G Meakin Jade ini ada juga yang saya perolehi dari kedai antik dan Memory Lane yang saya beli untuk 'spare part' mana lah tau kot2 jika ditakdirkan pecah, ada penggantinya...hehehhee. Set warisan keluarga saya ini saya perolehi dalam keadaan baik kecuali tekonya yang mempunyai kesan kecoklatan memandangkan set ini sudah sekian lama terperap didalam stor rumah nenda saya. Memandangkan adik-beradik ibu saya tidak meminati barangan lama, maka dengan sukarelanya set ini menjadi milik saya...hehehe...Baru-baru ini juga blogger seperti Kak Aida MN, Kak Aina dan beberapa blogger lain ada membuat n3 mengenai J&G Meakin Jade ini. Bolehlah ke blog mereka untuk mencuci mata.
OK tanpa membuang masa jom kita lihat gambar-gambar di bawah....



Teko gedebab yang melecun walaupun terdapat kesan kecoklatan pada badan teko, berpadanlah dengan usianya yang sudah lebih melewati 50 tahun.

Chocolate Pot dari Memory Lane. Satu-satunya yang saya dapat di ML, yang lain diwarisi dari keluarga.

6 biji cawan dan 5 biji piring cawan. Lagi sebiji piring cawan dah selamat menyembah lantai ketika sesi membasuh....

Set cawan yang menawan, terutama piring cawannya yang mempunyai lekuk2.

Creamer jar gravy boat....

Sugar Bowl....

Tureen jade...sesuai untuk hidangan berkuah atau tempat nasi tambah bagi orang Melayu.

Platter 3 saiz 14", 12.5" dan 11".

Piring leper@ piring kuih 3 saiz 8", 7" dan 6".


Pinggan mungkum untuk pinggan makan dan pinggan lauk.

Pinggan mungkum bersaiz 9" dan 8".


Sekian saja n3 hari ni...jumpa lagi di n3 akan datang.
Selamat Menjamu Mata

Monday, August 2, 2010

Extra Item For Sale

PINGGAN MUNGKUM PINK & YELLOW ROSES (PINGGAN LAUK)
BELUM PERNAH DIGUNAKAN
SAIZ 8"
RM50 UNTUK 5 BIJI TAK TERMASUK POS
SOLD


MANGKUK TUREEN TRIPLE ROSESE (TIADA PENUTUP)
SAIZ 10" (SAIZ BESAR)
GAMBAR SEPERTI DI BAWAH
RM50 TAK TERMASUK POS
SOLD





MANGKUK MINUM TEH/MANGKUK LOMPANG BUNGA BAKUL MERAH
RM20 UNTUK 6 BIJI TAK TERMASUK POS
TINGGI 2.5", BUKAAN MULUT 3"
GAMBAR SEPERTI DI BAWAH

TEKO BULAT TWIN ROSES
SAIZ BESAR
GAMBAR SEPERTI DI BAWAH
RM70 TAK TERMASUK POS

JIKA BERMINAT SILA SMS/HUBUNGI SAYA 0175606196.TQ

Friday, July 30, 2010

Buluh Betong Emas

Aduhai, kenapa la minggu ni saya rasa malas yang amat sangat nak buat kerja. Bila tengok je drawing rasa nak muntah tapi bila tengok blog rasa nak senyum lebar selebarnya lah pulak...hahhahah. Untuk mendatangkan semangat saya untuk bekerja saya sajikan buluh betong emas ni untuk tatapan umum....hehehe....nama buluh betong di ambil dari n3 kak yatt yang lepas. Boleh klik disini. Motif yang terdapat pada set ni adalah pokok buluh dan beberapa ekor burung yang bebas berterbangan dan menggunakan 100% warna emas.


Teko bulat bersaiz agak besar dari mak cik zaitun@zaitun antique corner.

Teko mini dari apek.

5 set cawan mulut lebar. 3 set merupakan peninggalan arwah nenek disebelah abah manakala 2 set lagi beli dengan makcik zaitun.


6 set cawan shape bulat dari kedai nyonya.


Mug bertutup yang mempunyai motif yang sama. Baru-baru ni saya ada membuat n3 mengenainya.

Sekian saja untuk tatapan hari ini.
Selamat Menjamu Mata

Thursday, July 29, 2010

My Baby Tureen

Hari ni yang saya nak tunjukkan adalah baby tureen ni kenapa saya panggil baby tureen?? sebab saiznya yang amat kecil, lebih kecil dari sebiji sugar pot. Selanjutnya boleh tengok kat gambar bawah. Tureen ni lebih kurang awal tahun ni saya dapat di Memory Lane, masa tu nasib saya baik, saya dapat dengan harga RM3 je tureen ni, menjadikannya tureen yang paling murah saya dapat. Pernah saya lihat di kedai antik, tureen kecil sebegini dijual mencecah harga RM120. Terkejut saya. Menurut nenda saya, Hajah Esah Nasution, dahulunya tureen kecil sebegini dibeli secara dozen iaitu 6 biji atau 12 biji. Ia biasanya digunakan untuk menghidangkan sup kepada tetamu yang datang. Misalnya jika dalam satu-satu masa tu tetamu datang dan dihidangkan makanan tengahari dan salah satu menu adalah sup, maka tureen kecil sebegini akan disertakan sekali untuk kemudahan tetamu makan dan mengambil sup. Menurut nenda, semasa dia di zaman remaja dulu, moyang ada tureen kecil sebegini sebanyak 6 biji digunakan untuk tetamu yang datang tapi sekarang ni, batang hidung tureen tu pun saya tak nampak...hahahaha...


Gambar di bawah perbezaan saiz antara tureen dan sugar pot. Cuba anda perhatikan. Memang kecil kan. Saiznya 4" mangkuk dan 4.5" penutup.

Pandangan atas tureen, corak sebegini biasanya tidak mendapat tempat dikalanagan collector pinggan mangkuk antik, tapi pada saya ia tetap menawan kalbu....hehe..

Motif pada tureen....bunga ros yang timbul, dikemaskan dengan warna emas, oren, biru dan hijau.

Tureen apabila dibuka. Walau simple dipandang mata, tetapi bernilai di mata saya.

Sekian saja n3 kali ini. Jumpa lagi.
Selamat Menjamu Mata

Wednesday, July 28, 2010

Koleksi Mug Antik

Salam sejahtera semua.
Hari ni saya nak kongsi pula koleksi mug bertutup lama yang ada dalam simpanan saya. Sebelum ni kak yatt, kak aton pun pernah buat n3 khas untuk mug bertutup antik/lama ni dan ada juga blogger lain yang pernah buat n3 mengenai mug bertutup ini. Dalam koleksi saya tak ada lah banyak sangat, yang ada cumalah 6 biji mug bertutup yang berlainan corak dan bunga. Saya dapat di merata-rata tempat, kedai antik, barter, kedai 2nd, dan memory lane, dari yang semurah-murah harga sampailah yang semahal-mahal harga. hehee
ok jom sama-sama kita layan gambar kat bawah.....

Barisan kehormat koleksi mug bertutup antik saya. Mug VCR, Wild Roses, Bunga Kangkung, Buluh Emas, dan White Sakura yang mempunyai corak berbeza.

Mug Wild Roses hasil barter saya dengan kak yatt. Bentuknya memang cantik.

Yang ni merupakan mug yang paling saya suka. Mug VCR yang saya dapat tergolek di kedai recycle@kedai 2nd. Harganya pun RM1 je....jangan terkejut...klu RM1 nak beli kacang putih pun tak lepas kan....hahahhaa. tapi itu dulu, kalau sekarang pergi di kedai recycle@kedai 2nd tu lagi, pinggan mangkuk antik, jangan tanya harga, memang melambung tinggi. Dorang pun dah tau nilainya.

Mug Bunga Kangkung yang paling mahal saya dapat iaitu di kedai antik. Masa tu dah excited sangat, tanpa fikir panjang terus beli. Lepas dari tu saya tengok kat Memory Lane, Blog dan kedai antik yang lain, memang jauh lebih murah....rasa nyesal lak..hehee...tapi apepun yang penting hati tetap puas milikinya....

Yang special nya mug bunga kangkung ni adalah pada penutupnya terdapat juga corak bunga kangkung....susah nak dapat penutup yang mempunyai bunga diatasnya.

Ini pula mug buluh emas yang saya dapat di Memory Lane baru-baru ini. Harga yang ditawarkan pun mampu milik, apa lagi, rembat je la....

Dan yang ini, 2 biji mug white sakura yang mempunyai corak bunga sakura yang berbeza antara satu sama lain. Cuba perhatikan, pasti akan jumpa perbezaan corak keduanya walau sekali imbas nampak sama.

Juga terdapat corak bunga pada kedua penutupnya. Corak pada penutup juga berbeza antara satu sama lain.

1st mug...bunga sakura putih yang amat cantik pada mata saya.

2nd mug...coraknya bunganya lebih sarat berbanding di atas.


Sekian saja n3 saya pada kali ini. Jumpa lagi di n3 akan datang.
Selamat Menjamu Mata

Tuesday, July 27, 2010

Single Big Roses

Salam sejahtera semua...
Kini tibalah giliran si single big roses pula untuk menanyangkan diri. Set single big roses ni dah lama saya simpan, cuma tekonya saja baru saya miliki daripada eis antique. Dalam set ni yang saya ada sebiji teko bulat besar, sebiji teko mini, 6 set cawan mulut lebar, 1 set cawan bentuk biasa, 1 set cawan tangkai kerawang dan sebiji pinggan mungkum 8". Kesemuanya saya dapat di merata-rata tempat. Tekonya dah lama cari sampailah saya jumpa di blog abg eis dan harganya memang mampu milik...hehee...ok jom kita layan gambar tanpa membuang masa.


Antara set single big roses yang ada dalam simpanan saya.

2 biji teko, teko bulat besar dan teko mini.

Teko bulat bersaiz besar dari eis antique.

Teko mini dari Memory Lane@Loken

6 set cawan mulut lebar yang sangat cantik mata memandang.

Cawan mulut lebar fresh dari kedai nyonya.

Cawan mirip cawan bujang dari wan penang.

Cawan tangkai berlekuk dari wan penang.
Satu-satunya pinggan mungkum 8" dari kedai 2nd.

Sampai disini saja n3 single big roses, dah tak tau nak goreng apa lagi.
Selamat Menjamu Mata.

Join GA Kak Ayu Little Cottage


Salam sejahtera semua....
kali ni saya nak join GA kak ayu pulak dari blog ayu little cottage sempena besday dan anniversary nya. to kak ayu, hepy besday and hepy anniversary 15th... kepada semua rakan2 blogger, pembaca blog, saya jom kita semua join GA ni. Hadiah seperti kat gambar atas tu dan nak tahu lebih detail hadiahnye nanti baca kat bawah ni ye. Sesiapa nak join GA ni bolehlah ke blog kak ayu dengan klil disini.

kat bawah ni pulak adalah syarat2 penyertaannya :


1 - Sapa-sapa pun boleh join...
maknanye saya pun boleh join lah ni...klu opah saya nak join pun blh....hahaha

2 - LINK kan ler http://ayulittlecottage.blogspot.com/ di blog anda...
dah link pun....hehee

3 - Pastu..TAG kengkawan untuk join GA ini...the more..the merrier!!
(klu boleh tempeklah GA nih kat blog memasing...bru leh ramai yg join..)
dah tempek kat blog pun ni..hehee....saya tag kepada semua follower blog saya untuk join GA ni...biar ramai yg join..hehe

4 - Pastu...Leave a comment in this n3...
ok dah leave pun...

4 - Pastu kene Jawab soalan nih dalam comment anda :~

Jika anda mendapat quilt bag ini nanti, apa yang anda akan masukkan kedalam beg tersebut dan kemanakah anda akan bawanya?
(what kind of question???)
kalau saya dapat beg tu tak kan saya nak bimbit bawak jalan2 kot...kang terbeliak pulak bijik mata org tengok sy bawak beg pompuan..hahaa...tp klu dapat saya bg kat adik perempuan saya dan suruh die bawak segala gajet die...hehe



dan yang kat bawah ni adalah hadiah2nya...:-
~ Quilt bag (sweet roses)
~ 2 pieces my handmade deco plate
~A big Lavender cup n saucer ( including flower on top..so sweet..)
~ 6 triangle doilies ( U can choose the colour)



GA Bermula pada (1:27AM) 23RD JULY 2010 till 20TH AUGUST 2010

Friday, July 23, 2010

TEKO ALADIN SEASHEL HIJAU PUCUK PISANG



BERBEZA WARNA HIJAU DENGAN YANG PERNAH SAYA JUAL SEBELUM INI.
WARNA HIJAU PUCUK PISANG SEPERTI DALAM GAMBAR
CONDITION CANTIK, BELUM PERNAH DIGUNAKAN
RM80 SEBIJI TIDAK TERMASUK POS
ADA BEBERAPA BIJI
3 BIJI SOLD
ADA 2 BIJI LAGI


HUBUNGI/SMS SAYA JIKA BERMINAT 0175606196