Tuesday, August 3, 2010

Kesinambungan Warisan Nenda.....

J&G Meakin Jade merupakan set meakin yang paling saya suka, walaupun hanya hijau polos tetapi ia tetap menawan hati saya untuk menyimpannya. Tambahan pula set ini merupakan warisan keluarga saya di mana merupakan milik nenda saya dan nenda saya berikan kepada saya untuk disimpan memandangkan beliau memahami hobi saya ini. Dalam pada itu juga, beberapa item J&G Meakin Jade ini ada juga yang saya perolehi dari kedai antik dan Memory Lane yang saya beli untuk 'spare part' mana lah tau kot2 jika ditakdirkan pecah, ada penggantinya...hehehhee. Set warisan keluarga saya ini saya perolehi dalam keadaan baik kecuali tekonya yang mempunyai kesan kecoklatan memandangkan set ini sudah sekian lama terperap didalam stor rumah nenda saya. Memandangkan adik-beradik ibu saya tidak meminati barangan lama, maka dengan sukarelanya set ini menjadi milik saya...hehehe...Baru-baru ini juga blogger seperti Kak Aida MN, Kak Aina dan beberapa blogger lain ada membuat n3 mengenai J&G Meakin Jade ini. Bolehlah ke blog mereka untuk mencuci mata.
OK tanpa membuang masa jom kita lihat gambar-gambar di bawah....



Teko gedebab yang melecun walaupun terdapat kesan kecoklatan pada badan teko, berpadanlah dengan usianya yang sudah lebih melewati 50 tahun.

Chocolate Pot dari Memory Lane. Satu-satunya yang saya dapat di ML, yang lain diwarisi dari keluarga.

6 biji cawan dan 5 biji piring cawan. Lagi sebiji piring cawan dah selamat menyembah lantai ketika sesi membasuh....

Set cawan yang menawan, terutama piring cawannya yang mempunyai lekuk2.

Creamer jar gravy boat....

Sugar Bowl....

Tureen jade...sesuai untuk hidangan berkuah atau tempat nasi tambah bagi orang Melayu.

Platter 3 saiz 14", 12.5" dan 11".

Piring leper@ piring kuih 3 saiz 8", 7" dan 6".


Pinggan mungkum untuk pinggan makan dan pinggan lauk.

Pinggan mungkum bersaiz 9" dan 8".


Sekian saja n3 hari ni...jumpa lagi di n3 akan datang.
Selamat Menjamu Mata

4 comments:

  1. salam Zany,

    Cantiknya set meakin jade ni teringin akak nk tengok depan mata sebab akak tak pernah jumpa lagi set ni color hijau selalu warna pink n biru je . hari ahad lepas masa kt amcorp akak ada tgk tureen color hijau ni kt meja abg Kairol cantik gitu. Bertuahnya zany ada cukup set la dgn pring mcm2 saiz n oval platersnya syabas dik...

    ReplyDelete
  2. Salam Zany,

    cantek..cantek...syabbas inspector sahabb...hehe..Ni yg buat akk tak sabor nak buat lintasan hormat koleksi meakin jade akak jugak...tapi, bab nak bagi depa posing tu yg buat maleh tu..

    ReplyDelete
  3. to kak nannie
    wsalam kak...set meakin hijau ni mmg cantik kak...mmg yg hijau ni payah kita nak jumpa berbanding biru dan pink. insyaallah klu ada rezki akak nanti, dapatlah akak collect meakin hijau pulak...oh abg kairol ada jual ye tureen nye...klu harga ditawarkan ok, akak beli lah...simpan sikit2...thanks ye kak

    ReplyDelete
  4. to kak rafidah
    wsalam kak...
    thanks ye kak...ape lg kak..kuarkan la anak beranak jade akak tu..jgn bg die terperuk lama2 nti merajuk die..hehee...mmg bab posing tu la yg leceh.,..kene tgu time rajin la kak...heeeheee

    ReplyDelete