Saturday, January 8, 2011

FOR SALE : CAWAN BUJANG WHITE SAKURA

CAWAN BUJANG WHITE SAKURA
RM UNTUK 3 BIJI
TAK TERMASUK POS

SOLD

BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196


FOR SALE : TUREEN ROSA CINDARELLA

TUREEN ROSA CINDARELLA
CONDITION CANTIK
RM TAK TERMASUK POS

SOLD

BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196.





FOR SALE " OVAL PLATTER ROSA CINDARELLA

OVAL PLATTER ROSA CINDARELLA
CONDITION CANTIK
SAIZ BESAR, 14.5"
RM TAK TERMASUK POS

SOLD

BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196.


Friday, January 7, 2011

Sehari Di Kelly's Castle

Assalamualakum dan salam sejahtera semua....kali ni tak da cerita2 atau jualan2 pasal antik. Tak sempat nak ambil gambar, so n3 je la ape2 gambar yang ada kat dalam folder pc ni. Abaikan saja seorang model yang terdapat dalam gambar2 dibawah....Hari ni nak cerita lah sikit pasal Kelly's Castle atau Istana Kelly yang terletak di Jalan Gopeng - Batu Gajah, Perak, secara tak langsung boleh lah promote tempat2 yang boleh dilawati kat negeri Perak....hehehe...dari rumah saya Kelly's Castle ni hanya 15 minit perjalanan saja.

Menyorot sejarah Kelly's Castle ini, ia telah dibina oleh seorang saudagar berbangsa Scotland iaitu William Kellie Smith yang datang ke Malaya pada tahun 1890 tanpa sebarang harta dan datang meneroka hutan2 kira2 seluas 360 hektar disekitar Lembah Kinta terutama sekitar Batu Gajah, Perak. Seterusnya Kellie Smith membuka perniagaan getah dan bijih timah dan merupakan pemilik syarikat Kinta Kellas Estate dan Kinta Kellas Tin Dredging Company, seterusnya menjadi seorang saudagar yang kaya raya di Lembah Kinta pada masa itu, memandangkan ketika itu, aktiviti perlombongan bijih timah amat rancak disekitar Lembah Kinta. Setelah kaya raya, Kellie kembali semula ke tanah airnya dan mengahwini perempuan Scotland yang bernama Agnes pada tahun 1903. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Helen dan seorang anak lelaki bernama Anthony.

Kellie berhasrat membina sebuah mahligai yang ingin dihadiahkan kepada isterinya tanda cinta dan sayangnya kepada isteri dan anak-anaknya. Maka, proses membina Kelly's Castle dijalankan dan beratus2 pekerja dari Madras,India dibawa untuk membina Kelly's Castle kerana Kellie berhasrat membina istananya berkonsepkan senibina Madras dan barang2 pembinaan juga diimport dari India. Tidak lama selepas itu, beratus-ratus pekerja yang membina istana tersebut mati akibat sejenis virus dan pembinaannya berhenti seketika.

Setelah kerja-kerja pembinaan dihentikan akibat ramai buruh yang mati, pembinaanya terpaksa diberhentikan buat sementara. Kellie kembali semula ke Scotland pada tahun 1926 untuk melawat isteri dan anak-anaknya. Malangnya Kellie meninggal dunia di tanah airnya akibat penyakit pneumonia. Selepas itu, Isteri Kellie tidak berhasrat menyambung semula kerja2 pembinaan istana tersebut dan segala harta Kellie di Malaya dijual isterinya. Bermula dari itu, Kelly's Castle hanya dibiarkan begitu saja sehingga Jabatan Pelancongan Perak mengambil inisiatif untuk dijadikan tempat pelancongan.


Pandangan hadapan Kelly's Castle yang tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Dipercayai, jika bangunan ini siap sepenuhnya, ianya lebih indah dari Taj Mahal. Ia juga terletak di hadapan Sungai Kinta yang mengalir dihadapan Istana Kellie ini.


Kelly's Castle yang mempunyai lebih dari 10 buah billik, rumah pekerja dan orang gaji, court tennis, dan tempat mengadakan parti bagi meraikan tetamu2 yang hadir. Di Istana Kelly ini juga terdapat terowong bawah tanah yang menghubungkan Kelly's Castle ini dengan kuih Hindu yang terletak beberapa kilometer dari Kelly's Castle ini.


Tingkat 3 Kelly's Castle...walaupun gayat sempat lagi berposing....hehee


Dari tingkat paling atas Kelly's Castle nampak pandangan jalanraya Gopeng-Batu Gajah. Tiada sebarang penghadang pada tingkat ini...dipercayai cadangan tempat untuk mengadakan parti bagi meraikan tetamu2 yang datang.


Tangga untuk naik ke atas. Juga terdapat menara lif, iaitu cadangn Kellie yang ingin membina lif di istananya, dan jika siap, ia merupakan lif pertama yang dibina di Malaya ketika itu.


Sebuah koridor di tingkat bawah...terletak dibelakang istana kellie.....ada pihak yang mendakwa pernah terlihat lembaga dan kelibat Tuan Kellie lalu lalang di koridor ini....maklum lah, bangunan ni burpuluh2 tahun tinggal begitu saja sebelum dijadikan pusat pelancongan.




Bangunan bercat kuning itu merupakan bangunan yang menempatkan dapur, rumah orang gaji dan tukang kebun, bagaimanapun, ia tidak sempat disiapkan sepenuhnya.



Gambar dari luar bahagian dapur Kelly's Castle.


Tangga yang terdapat di bahagian bangunan dapur.



Pandangan belakang Kelly's Castle.


Dibelakang tu merupakan menara lif Kelly's Castle ini...menara setinggi 5 tingkat.


Pokok mati yang terdapat di kawasan halaman Kelly's Castle ini....dipanggil 'pokok beruang' kerana terdapat bentuk yang menyerupai muka seekor beruang pada batang pokok tersebut.


Seingat saya ketika kecil, bangunan Kelly's Castle ini memang dibiarkan tinggal semak samun dan dipenuhi hutan belantara. Sesiapa saja yang melaluinya pasti berasa seram dan takot, sehinggalah sekitar pertengahan tahun 1990an ianya dijadikan kawasan pelancongan. Jika hendak ke UiTM kampus Seri Iskandar, dari Selatan atau Utara tanah air, keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan, pasti akan melalui Kelly's Castle ni. Jika ada yang berhasrat, bolehlah datang berkunjung ke sini.....Jumpa lagi....

Thursday, January 6, 2011

Koleksi Wet Roses

Salam sejahtera semua.....dah habis jualan Parkson Ria, hari ni jom kita lihat koleksi peribadi saya pulak...hehehe...yang nak dikongsikan cuma set yang seciput, yang menjadi kegilaan ramai peminat PML, tak lain tak bukan Wet Roses. Wet Roses ni boleh dikatakan antara set PML yang rare dan payah nak jumpa walaupun sebiji piringnya saja. Koleksi saya ni pun dah setahun saya dapat tapi yang ada cume sebiji teko bulat sepasang cawan bentuk A, sepasang cawan sesiku dan sebiji piring kuih. Itu saja yang ada buat masa ni. Kalau ada rezeki, teringin nak menambah set aladdin, itu pun kalau terjumpa.


Ini saja yang ada dalam simpanan saya buat masa ni. Susah sangat nak jumpa suku sakat wet roses ni. Kalau ada sebiji pun dah dikira bertuah badan.


Close up bunga wet roses....memang cantik, padanlah ramai yang memburunya...


Teko bulat wet roses....pada saya, teko bulat wet roses ni lah yang paling susah nak ditemui....jarang2 skali kita lihat, kebanyakan yang kita lihat teko aladdin...yang ni pun kira tuah saya dapat di Loken pertengahan tahun lepas, walaupun dah datang agak lewat pukul 10 lebih tapi teko ni masih ada lagi kat gerai penjual di Loken...mungkin collector lain terlepas pandang kot...rezeki saya..hehee



Cawan bentuk A yang saya dapat di kedai nyonya...hanya ada sepasang saja, jenuh nyonya cari tapi ada sepasang ni je..jadilah...



Cawan bentuk siku..hadiah dari peniaga di Loken...ada sepasang saje pun...bunganya lebih besar dan terang.


Dan piring kuih 8" yang baru2 ni saya dapat di kedai 2nd....walaupun agak lusuh tapi masih cantik untuk dibuat koleksi.



Sekian saja untuk tatapan kali ini, jumpa lagi di lain n3.

FOR SALE : CAWAN SINGLE BIG ROSES

CAWAN MULUT LEBAR SINGLE BIG ROSES
2 PASANG RM

SOLD

TAK TERMASUK POS
BERMINAT SILA HUBUNGI/SMS 0175606196


FOR SALE : TEKO DAN MUG JACOB'S

TEKO JACOB'S SEBIJI RM15
MUG JACOB'S SEBIJI RM10
ADA BEBERAPA BIJI

MUG SOLD OUT
TEKO MASIH ADA LAGI 2 BIJI

HARGA TAK TERMASUK POS
BERMINAT, SILA HUBUNGI/SMS 0175606196

Tuesday, January 4, 2011

FOR SALE : SET CAWAN PINK CHINA

SET CAWAN PINK CHINA
WARNA SAMA MCM MEAKIN ROSA
RM60 UNTUK 6 PASANG
TAK TERMASUK POS

6 BOOKED
ADA 12 PASANG LAGI

BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175616196.



FOR SALE : GELAS BERKAKI

GELAS BERKAKI
RM50 UNTUK 5 BIJI
TAK TERMASUK POS

BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196.

Monday, January 3, 2011

Koleksi Pertama 2011

Salam sejahtera kepada semua pembaca...rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2011 kepada semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan yg diredhai-Nya. Saya pasti, semua orang mempunyai azam yang baru di tahun baru ini, pada saya azam tahun lepas banyak yang telah tercapai dah ada juga yang masih belum tercapai, apapun di tahun baru, dengan azam baru sama2 lah kita mendidik diri kita lebih baik dari yang sebelum ini.

Sempena tahun baru ini juga, saya kongsikan sebiji hasil rembatan pertama saya di tahun 2011 iaitu sebiji tureen yang pada saya bentuknya amat menarik. Tureen ni saya beli pada 1.1.2011 lalu. Sebelum ni Kak Yatt ada n3 tureen yang sama bentuk macam ini, kalau nak tengok boleh n3 disini.


Bentuk yang menarik perhatian saya, harganya pun mampu milik walau telan air liur juga.


Kombinasi warna biru, merah jambu, kuning dan hijau pada motif bunga-bungaan.


Pandangan dari atas.


Apabila dibuka.


Sekian saja untuk tatapan kali ini. Selamat menjamu mata.