Monday, January 3, 2011

Koleksi Pertama 2011

Salam sejahtera kepada semua pembaca...rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2011 kepada semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan yg diredhai-Nya. Saya pasti, semua orang mempunyai azam yang baru di tahun baru ini, pada saya azam tahun lepas banyak yang telah tercapai dah ada juga yang masih belum tercapai, apapun di tahun baru, dengan azam baru sama2 lah kita mendidik diri kita lebih baik dari yang sebelum ini.

Sempena tahun baru ini juga, saya kongsikan sebiji hasil rembatan pertama saya di tahun 2011 iaitu sebiji tureen yang pada saya bentuknya amat menarik. Tureen ni saya beli pada 1.1.2011 lalu. Sebelum ni Kak Yatt ada n3 tureen yang sama bentuk macam ini, kalau nak tengok boleh n3 disini.


Bentuk yang menarik perhatian saya, harganya pun mampu milik walau telan air liur juga.


Kombinasi warna biru, merah jambu, kuning dan hijau pada motif bunga-bungaan.


Pandangan dari atas.


Apabila dibuka.


Sekian saja untuk tatapan kali ini. Selamat menjamu mata.

2 comments:

  1. salam zany, untungnya zany..selalu dpt tureen cantik2 ya..Kali ni tampak cantik sekali..tentu berbaloi ya..

    ReplyDelete
  2. tahniah zany. Memang cantik tureen ni. Semoga sumenya berjalan ngan baik tuk dik zany sepanjang tahun 2011 ni.

    ReplyDelete