Friday, January 7, 2011

Sehari Di Kelly's Castle

Assalamualakum dan salam sejahtera semua....kali ni tak da cerita2 atau jualan2 pasal antik. Tak sempat nak ambil gambar, so n3 je la ape2 gambar yang ada kat dalam folder pc ni. Abaikan saja seorang model yang terdapat dalam gambar2 dibawah....Hari ni nak cerita lah sikit pasal Kelly's Castle atau Istana Kelly yang terletak di Jalan Gopeng - Batu Gajah, Perak, secara tak langsung boleh lah promote tempat2 yang boleh dilawati kat negeri Perak....hehehe...dari rumah saya Kelly's Castle ni hanya 15 minit perjalanan saja.

Menyorot sejarah Kelly's Castle ini, ia telah dibina oleh seorang saudagar berbangsa Scotland iaitu William Kellie Smith yang datang ke Malaya pada tahun 1890 tanpa sebarang harta dan datang meneroka hutan2 kira2 seluas 360 hektar disekitar Lembah Kinta terutama sekitar Batu Gajah, Perak. Seterusnya Kellie Smith membuka perniagaan getah dan bijih timah dan merupakan pemilik syarikat Kinta Kellas Estate dan Kinta Kellas Tin Dredging Company, seterusnya menjadi seorang saudagar yang kaya raya di Lembah Kinta pada masa itu, memandangkan ketika itu, aktiviti perlombongan bijih timah amat rancak disekitar Lembah Kinta. Setelah kaya raya, Kellie kembali semula ke tanah airnya dan mengahwini perempuan Scotland yang bernama Agnes pada tahun 1903. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Helen dan seorang anak lelaki bernama Anthony.

Kellie berhasrat membina sebuah mahligai yang ingin dihadiahkan kepada isterinya tanda cinta dan sayangnya kepada isteri dan anak-anaknya. Maka, proses membina Kelly's Castle dijalankan dan beratus2 pekerja dari Madras,India dibawa untuk membina Kelly's Castle kerana Kellie berhasrat membina istananya berkonsepkan senibina Madras dan barang2 pembinaan juga diimport dari India. Tidak lama selepas itu, beratus-ratus pekerja yang membina istana tersebut mati akibat sejenis virus dan pembinaannya berhenti seketika.

Setelah kerja-kerja pembinaan dihentikan akibat ramai buruh yang mati, pembinaanya terpaksa diberhentikan buat sementara. Kellie kembali semula ke Scotland pada tahun 1926 untuk melawat isteri dan anak-anaknya. Malangnya Kellie meninggal dunia di tanah airnya akibat penyakit pneumonia. Selepas itu, Isteri Kellie tidak berhasrat menyambung semula kerja2 pembinaan istana tersebut dan segala harta Kellie di Malaya dijual isterinya. Bermula dari itu, Kelly's Castle hanya dibiarkan begitu saja sehingga Jabatan Pelancongan Perak mengambil inisiatif untuk dijadikan tempat pelancongan.


Pandangan hadapan Kelly's Castle yang tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Dipercayai, jika bangunan ini siap sepenuhnya, ianya lebih indah dari Taj Mahal. Ia juga terletak di hadapan Sungai Kinta yang mengalir dihadapan Istana Kellie ini.


Kelly's Castle yang mempunyai lebih dari 10 buah billik, rumah pekerja dan orang gaji, court tennis, dan tempat mengadakan parti bagi meraikan tetamu2 yang hadir. Di Istana Kelly ini juga terdapat terowong bawah tanah yang menghubungkan Kelly's Castle ini dengan kuih Hindu yang terletak beberapa kilometer dari Kelly's Castle ini.


Tingkat 3 Kelly's Castle...walaupun gayat sempat lagi berposing....hehee


Dari tingkat paling atas Kelly's Castle nampak pandangan jalanraya Gopeng-Batu Gajah. Tiada sebarang penghadang pada tingkat ini...dipercayai cadangan tempat untuk mengadakan parti bagi meraikan tetamu2 yang datang.


Tangga untuk naik ke atas. Juga terdapat menara lif, iaitu cadangn Kellie yang ingin membina lif di istananya, dan jika siap, ia merupakan lif pertama yang dibina di Malaya ketika itu.


Sebuah koridor di tingkat bawah...terletak dibelakang istana kellie.....ada pihak yang mendakwa pernah terlihat lembaga dan kelibat Tuan Kellie lalu lalang di koridor ini....maklum lah, bangunan ni burpuluh2 tahun tinggal begitu saja sebelum dijadikan pusat pelancongan.




Bangunan bercat kuning itu merupakan bangunan yang menempatkan dapur, rumah orang gaji dan tukang kebun, bagaimanapun, ia tidak sempat disiapkan sepenuhnya.



Gambar dari luar bahagian dapur Kelly's Castle.


Tangga yang terdapat di bahagian bangunan dapur.



Pandangan belakang Kelly's Castle.


Dibelakang tu merupakan menara lif Kelly's Castle ini...menara setinggi 5 tingkat.


Pokok mati yang terdapat di kawasan halaman Kelly's Castle ini....dipanggil 'pokok beruang' kerana terdapat bentuk yang menyerupai muka seekor beruang pada batang pokok tersebut.


Seingat saya ketika kecil, bangunan Kelly's Castle ini memang dibiarkan tinggal semak samun dan dipenuhi hutan belantara. Sesiapa saja yang melaluinya pasti berasa seram dan takot, sehinggalah sekitar pertengahan tahun 1990an ianya dijadikan kawasan pelancongan. Jika hendak ke UiTM kampus Seri Iskandar, dari Selatan atau Utara tanah air, keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan, pasti akan melalui Kelly's Castle ni. Jika ada yang berhasrat, bolehlah datang berkunjung ke sini.....Jumpa lagi....

5 comments:

  1. salam zany..
    bukan akak tgk sangat pic kelly's castle tu..tgk tuan yg posing..hensem anak teruna nihhh..kikiki..ikhlas akak cakap.. ;-)

    ReplyDelete
  2. Tu la,, setuju sangat dengan Yatt, akak pun tak tengok iistana..asyik terpana dengan model sambilan die.. Bleh jadi icon kelly's castle ni..hehehee.. yatt, akak confirm takleh jadikan die menantu..akak sume serombongan hero. hahaha..

    ReplyDelete
  3. wsalam kak yatt....
    hahahhaa...tgk orgnye ye kak...orgnye bese2 je...selekeh je ropenye....hehehe....nak cari gmbr yg betul2 xda model x da pulak, so upload je la gmbr sy skali...hahaha...thnks very much...=)

    ReplyDelete
  4. kak aida....tgk org ye...hahahha...n3 ni nak mempromote istana tp terpromete modelnya pulak...hehehe...tu la kak, nak buat menantu mmg x blh....semuanya hero2 belaka ye...ehee

    ReplyDelete
  5. salam zany... tengok gambar2 dan baca cerita zany tu buat akak teringin nak melawat tmpat tu..
    terimakasih berkongsi cerita... akak suka benda2 sejarah ni....heheh

    ReplyDelete