Tuesday, April 13, 2010

Pink Yellow Roses Part II

N3 kali ni merupakan kesinambungan n3 saya yang lepas iaitu set Pink and Yellow Roses ni. Ia merupakan sedikit penambahan kepada koleksi Pink & Yellow Roses. Anda boleh klik disini untuk melihat n3 koleksi pink & yellow roses saya yang lepas. Apa yang nak saya kongsikan kali ni adalah teko shape yang agak tirus ke bawah Antara blogger yang ada teko serupa ini ialah Kak Shas dan Kak Yatt. Dan yang terbaru, Kak Rohas berjaya membida teko yang serupa daripada saya..hehe..Selain itu saya juga telah berjaya untuk memburu set cawan mulut lebar dan 2 biji mangkuk jeluk kecil. Ok jom sama-sama kita layan gambar....


Teko shape tirus ke bawah bersama set cawan mulut lebar..

Pandangan lebih jelas lagi teko ini...bentuknya yang montok dan tirus ke bawah...saiznya juga amat besar. Sesuai untuk menjamu 6 orang minum.

6 set cawan mulut lebar yang saya beli dari abang k-rol dan 1 set daripada mak cik zaiton. Walaupun dalam kategori mulut lebar tetapi bentuknya agak berlainan sedikit dengan yang saya beli dari mak cik zaiton.

2 set cawan mulut lebar yang berlainan bentuk...cuba perhatikan...di sebelah kiri saya beli dengan cik tun manakala sebelah kanan dari abang k-rol.
Jenis pertama

Jenis kedua

2 biji mangkuk jeluk yang amat kecil. Saiznya hanya 2.5".
Perbezaan saiz mangkuk dan cawan...

Akhirnya bersatulah kesemua koleksi Pink & Yellow Roses saya. Selamat menjamu mata..

5 comments:

  1. salam zany..tq 4 the get well wishes..btw..mmg cun yellow & pink roses..akak seketoi pon x der lagi..huhuuu

    ReplyDelete
  2. Salam PErkenalan....semoga dapt menjadi teman bloggers yang sama minat kumpul antik.

    ReplyDelete
  3. to kak chemp
    wslm kak..sama2...
    hehe...set ni mmg cun kak...tambah2 lg klu kite kumpulkan die dgn kaum kerabatnye..xpe kak..ada rezeki akak tu nanti dpt la akak sebeban..hehhee

    ReplyDelete
  4. to erishaanthiques
    salam perkenalan juga dari sy..nanti sy dtg melawat blog awak ye...sy mmg suke berkenalan dgn mereka2 yg sama minat dgn sy..nanti rajin2 lah kunjung blog sy ye..ada masa calling2 sy...

    ReplyDelete
  5. salam zany...akak ni silent reader...tp bila tgk koleksi ni....ada satu soklan...nak jual tak???hehehehe...sangat la comel..

    ReplyDelete