Monday, April 12, 2010

Setahun Pemergianmu.....Al-Fatihah Untukmu....

Semalam, 11 April 2010 genaplah setahun pemergian datuk saya Allahyarham Ku Li @ Lee bin Ku Ismail ke rahmatullah ta'ala. Diam tak diam sudah setahun atok pergi menyahut seruan ilahi mengadap penciptanya. Namun bagi saya, pemergian atok terasa baru semalam. Sepanjang hidup saya, saya hanya mengenali beliau seorang saja sebagai datuk saya kerana datuk di sebelah bapa meninggal dunia sewaktu saya masih kecil. Saya juga tinggal bersama datuk sejak usia saya 3 tahun sehinggalah saya dewasa, jadi memang saya terlalu merasa kehilangnya, kerana sejak kecil saya tinggal bersamanya, ke mana2 pergi pasti saya akan mengikutinya.

Menyorot kisah kehidupan datuk, beliau lebih di kenali sebagai Ku Bulat, dilahirkan pada tahun 1927 di Jeram, Kuala Dipang, Kampar, Perak. Merupakan cahayamata ke 4 kepada pasangan Ku Ismail bin Imam Diraja Ku Muhammad dan Maya Binti Kulop Abdul Raffar. Beliau juga merupakan cucunda kepada Orang Kaya Imam Paduka Tuan, Imam Diraja Muhammad ketika era pemerintahan Sultan Abdul Aziz.

Sepanjang hayatnya, datuk memang tidak pernah mengalami apa-apa penyakit kronik sehinggalah pada awal tahun 2009 datuk sering tidak sihat dan sentiasa berada dalam keadaan lemah. Jangkaan kami sekeluarga hanya sakit biasa orang tua, maklumlah datuk pun sudah lanjut usianya ketika itu. Sehinggalah pada 26 March 2009 datuk di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan kerana keadaanya yang semakin lemah.
Tidak sampai sehari datuk di Hospital Ipoh, atas kata sepakat makcik-makcik dan pakcik-pakcik saya, datuk di bawa ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur kerana anak-anak dan cucu-cucunya ramai yang bermaustatin di sana dan mudah untuk melawatnya. Sepanjang datuk di hospital itu juga, saya berulang - alik seminggu 3 kali dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur menziarahinya di hospital demi atok yang tercinta. Ketika itu saya masih menuntut di Kelantan. Nasib baiklah ada pengangkutan udara, tidaklah terasa terlalu letih berulang-alik. Setelah pemeriksaan di buat, doktor mengesahkan datuk menghidap kanser paru-paru, alangkah terkejutnya kami sekeluarga kerana pada usia 82 tahun datuk mendapat penyakit seperti itu dan datuk juga bukanlah seorang perokok. Mungkin ujian dari Tuhan dan penyakit tidak mengenal sesiapa pun...kita sebagai hamba-Nya mestilah redha dengan ketentuan-Nya.

Pada 6 March 2009 datuk koma dan tidak sedarkan diri sehinggalah pada 8 march 2009 datuk kembali sedar tetapi dalam keadaan yang amat lemah. Akhirnya pada petang Sabtu 11 April 2009 datuk menghembuskan nafas terakhir di sisi nenek, anak-anak serta cucunya di Hospital Ampang pada usia 82 tahun. Jenazah datuk di bawa balik ke kampung halaman kami untuk di semadikan. Terasa bagaikan dunia ini terlalu gelap, pemergian datuk satu kehilangan yang amat besar buat saya...beliaulah yang banyak mengajar saya menjadi seorang yang bergelar manusia. Tiada lagi gurau senda dan nasihat yang dapat saya dengar. Hampir setiap hari saya pasti akan teringatkan datuk, apakan daya saya sebagai seorang hamba yang lemah, hanya doa dan menziarahi pusaranya sahaja yang dapat saya berikan untuknya. Memori bersama datuk sentiasa akan terpahat dalam diri saya. Semoga roh atok dicucuri rahmat dan tenanglah atok di sana....Setahun pemergianmu bagaikan sehari....Al-Fatihah untukmu....

8 comments:

  1. bila kita teringatkan org yang telah pergi....sedekah kan dgn surah al fatihah.....semoga rohnya di cucuri rahmat Allah....amin

    ReplyDelete
  2. salam zany..ALFATIHAH untuk arwah atuk zany..mmg susah nak menghadapi pemergian org tersayang..semua orang akan menghadpi saat kematian..AMIN..

    ReplyDelete
  3. salam ezany..Al Fatihah buat arwah Ku Li@Lee B. Ku Ismail. Mudahan dicucuri rahmat & ditempatkan digolongan org2 beriman. Amin

    ReplyDelete
  4. salam zany..
    al-fatihah buat arwah atuk zany..begitu kasihnya datuk & nenek pada cucu membuatkan kita rasa kehilangan setelah mereka pergi..akak pun sama cam zany..terlalu rapat dgn tok..so akak paham perasaannya bila insan yg amat2 kita sayangi pergi meninggalkan kita..panjatkan doa yg tak penah putus buat mereka..moga ditempatkan di kalangan org yang beriman..aminnn..

    ReplyDelete
  5. to mukhreez
    ye, betul tu hanya al-fatihah dan bacaan surah al-quran yg dapat kite sedekahkan buat mereka yg telah pergi...

    ReplyDelete
  6. to kak chemp
    betul tu kak....menerima kenyataan org yg tersayang pergi buat selamanya adalah perkara yg paling berat utk kite trima...
    tetapi, kita kene redha, kerana setiap yg idup pasti akan mati...
    thanks ye akak sedekahkan al-fatihah buat atok sy.

    ReplyDelete
  7. to shariff64
    trima kasih banyak2 bro atas sedekah al-fatihah buat datuk sy...sy hargainya...

    ReplyDelete
  8. to kak yatt
    wslm kak...
    betul tu kak...akak mungkin lbh memahami sbb akak juga rapat dan tinggal dengan tok akak...
    mmg susah utk kite terima org yg kita sayang pergi buat selamanya...paling x dpt dilupakan saat2 manis suka duka bersamanya...
    tap pe lah kak, sama2 kita doakan buat tok2, nenek2, atok dan semua insan yg kite sayang yg telah pergi menyahut seruan ilahi..al-fatihah...

    ReplyDelete