Friday, April 16, 2010

Teko Mini Japan

Salam sejahtera semua...
Tengah rajin buat n3 ni, buatlah seberapa banyak yang boleh, lagipun kerja kat ofis pun semakin kurang dek kerana projek pun dah nak siap, tunggu final account je, so kesempatan ni, dapat la saya luangkan masa untuk buat n3.
Hari ni cuma n3 yang serba ringkas iaitu Teko Mini Japan di mana saya cuma ada 3 biji saja. Mungkin ramai yang tak minat dengan teko ni, mungkin kerana motif coraknya yang tidak menarik tapi bagi saya, ianya amat menarik.
Menurut En. Taj dari Pinggan Mangkuk Cawan Teko, teko jenis ini dikeluarkan dari tahun 1900 hinga 1940 dan merupakan keluaran negara Jepun. Bermakna usia teko ini diantara 70-110 tahun. Untuk keterangan lebih lanjut boleh lihat di blog En.Taj dan klik disini.
Ok jom sama-sama kita lihat gambar-gambar di bawah...


Teko mini 3 beradik yang ada dalam simpanan saya.

Teko berbentuk seakan-akan buah pear bermotifkan geometri dan flora dengan warna emas. Tingginya cuma 4" saja. Hasil rembatan dari Yop Man Kampar. Terima kasih bebanyak le yop..dapat juge teman tekoi rope ini..hehehee
Yang ini pula teko berbentuk labu yang juga bermotifkan flora dengan warna emas yang agak pudar, sepadan dengan usianya. Hasil pembelian dengan Makcik Zaitun. Ianya lebih kecil dengan tinggi yang tidak sampai 3.5".

Dan yang ini juga teko menyerupai bentuk buah pear. Lebih kecil dari teko yang pertama tadi. Tingginya tidak sampai 3.5". Bermotifkan flora dan fauna. Terdapat gambar gajah pada teko ini. Ini juga merupakan pembelian dengan Yop Man Kampar.

Sekian saja mengenai teko mini japan saya. Di harap dapatlah saya mengumpul teko sebegini lagi kalau2 ada terjual di mana..Selamat menjamu mata.....byee

2 comments:

  1. Salam Perkenalan....cantiks ur teko...akak ada juga yang macam tu. I've been following ur blog quite sometimes...moga sudi terima jadi rakan blog yang sama minat kumpul brg antik. My blog erisahanthiques.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam ezany...teko yg tengah kak ada...tak tau sejarah nya yg lama usia ek...teko tu kak beli ngan SAIDAH...kecik n comel ajer

    ReplyDelete