Monday, September 6, 2010

Bekas Kuih Raya Oren

Salam sejahtera semua...
Mesti ramai dah cuti dan tak sabar2 nak balik kampung untuk sambut raya kan. Bagi saya sejak ayah bertukar kerja dari Johor Bahru, dan buat rumah dan menetap kat Gopeng, Ipoh tak da erti balik kampung pun sebab kampung saya dengan rumah, 7 minit dah sampai...hehehe....lagipun ibu dan abah saya berasal dari kampung yang sama. Sebelah menyebelah je rumah mereka...hehehe....

Yang saya nak kongsikan hari ni adalah set bekas kuih raya yang amat saya suka ni. Bekas kuih raya ni dah lama saya dapat, awal tahun ni di kedai nyonya (kira kedai apek lah tu, cuma kalau kat tempat saya, taukeynya nyonya...hehehe). Lagipun dah lama janji dengan kak shas nak tunjuk bekas kuih ni. Masa mula2 dapat, masih dalam kotak asal, habuk punya la tebal, nyonya tu cakap dah berpuluh tahun tersimpan dalam kedai, nyonya tu duk kemas2 stor dia yang kat atas loteng baru die terjumpa. Kata nyonya tu, barang2 yang kat dalam stor atas tu semuanya barang2 tahun 1950an, 1960an dan 1970an yang tak laku, manakala stor lagi 1 adalah barang2 tahun 1980an sehingga kini. Makanya bekas kuih raya ni mungkin dah 40-50 tahun macam tu la, berdasarkan apa yang dikatakan nyonya tu. Balik rumah, saya basuh2,bila dah basuh nampak tersangatlah cantik dan berkilat. Semuanya ada 7 biji, yang sebiji tak da tutup, nyonya tu bagi free je....tapi harga jangan tanya, memang mahal nyonya tu jual, saya yang minat nak tak nak, rembat je lah....ok jom kita tengok gambar kat bawah....


Kesemua 7 biji bekas kuih raya lama ni...yang sebiji tak da tutup....



Dari tepi bekas kuih raya ni...memang sangat cantik pada pandangan saya, ditambah dengan motif ukiran bunga pada kacanya.

Bunga pada kaca bekas kuih raya ni. Diukir pada permukaan kaca bekas kuih ni.

Bekas kuih raya apabila dibuka.

Beginilah rupa keadaan kotak asal bekas kuih raya ni, penuh habuk dan dimakan anai2. cara ikatannya pun menggunakan tali jut yang nipis.


Ok sampai di sini saja, jumpa lagi....

5 comments:

  1. mmg untung dapat set kaca oren nie, set kaca ni amat fames pada penghujung tahun 60an sehingga awal 70an....set ni amat nipis kaca nya dan menyebab kan ia amat rapuh jadi x lama d pasaran kerana pembeli mula beralih kepada set dari amerika buatan kaca dengan hiasan potongan permata.......

    ReplyDelete
  2. salam zany..
    waduhhhh..cantik sekali dikk..akak suka!...

    ReplyDelete
  3. to mukhreez
    trima kasih abg taj atas info yg diberikan..barulah sy tau set ni bila dikeluarkan....thanks again...

    ReplyDelete
  4. to kak yatt
    hehehe....thanks kak.....

    ReplyDelete
  5. Cantiknya..sis duk area mana ya

    ReplyDelete