Thursday, September 2, 2010

Set Katak Puru

Salam sejahtera semua...semoga sihat dan tabah di bulan Ramadan yang mulia ni...
Dengar tajuk kat atas tu pun mesti ada yang geli geleman, pelik dan terkejut kot...hehhee...
Jangan risau, hanya pada nama, saya panggil set ni set katak puru sebab teksturnya luarannya yang mengerekut dan tidak rata ibarat seekor katak, warnanya pun hijau....hehehe...mengarut la pulak.
Set jug ni antara set kegemaran saya, bila saya tengok, saya rasa happy dan ceria. Baru saja saya dapat di Memory Lane Ipoh minggu lepas....bentuk jugnya yang bulat juga menawan hati, manakala gelasnya memang besar dan tinggi. Set ni terdiri dari 1 jug dan 6 biji gelas. Ianya mungkin dikeluarkan pada tahun 1960an atau 1970an. To kak shas, inilah set jug yang saya katakan dapat minggu lepas tu...hehehe. Ok jom kita lihat gambar di bawah...


Set katak puru, sebiji jug dan 6 biji gelas.

Bentuk jugnya yang bulat, menawan hati yang melihatnya.

6 biji gelas yang tinggi.


Tekstur luaran pada gelas juga mengerekut, cantik kan? lain dari yang lain..hehehe


Ok sampai di sini saja, sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi, saya akan buat n3 mengenai set2 lama/antik yang sesuai dihidangkan pada lebaran nanti..nantikan ye...tata

2 comments:

  1. amboi..hijaunya pak ngah.nak pakai raya ke?set mcm ni rasanya kaler biru dgn coklat pun adakan.ingat2 mcm penah tgk.

    ReplyDelete
  2. hehehe...cadangnye nak pakai raya la tp x tau lg kak...tgk keadaan...hehehe.....rasanya hijau dan biru mmg ada tp mungkin patern lain skit kot..stgh tu ada yg berkotak2...

    ReplyDelete