Tuesday, May 24, 2011

Almari Cinonet Kaki Pensil

Salam sejahtera...bertemu lagi kita di hari selasa ini. Hari ni cuma nak kongsi hasil tangan saya yang mana, dah lama tertangguh nak membaikpulih almari cinonet berkaki pensil ni. Dapatnya kira2 awal tahun ni tapi asik tertangguh saja, sehingga malam semalam baru saya dapat siap kan. Seperti yang saya katakan dalam n3 yang lepas2, kerja2 sebegini sememangnya memberi kepuasan dan ketenangan dalam diri saya. Almari ni kecik je, comel, bersaiz 27" lebar, 27.5" tinggi dan 9.3" lebar sisi. Almari ni sesuai untuk display teko ataupun koleksi pelita. Materialnya daripada katu yang keras dan mempunyai urat kayu yang cantik. Oleh kerana masalah penempatan dirumah saya nak letgo almari ni dengan harga RM200 termasuk pos penghantaran menggunakan kurier. Berminat bolehlah hubungi atau sms saya di 0175606196. Jom kita lihat gambar2 sebelum dan selepas di bawah.

SOLD



Inilah keadaan asal almari cinonet ni, penuh calar balar dan warna berbelak.



yang ni dalam proses baikpulih, buang syelek lama, gosok dgn kertas pasir dan sebagainya.


Dan ini hasilnya bila dah siap...kalau berminat boleh hubungi atau sms saya ye.

1 comment: