Tuesday, November 15, 2011

Pemberian Seorang Kakak

Sebelum ni, saya pernah n3 kan set J&G Meakin Celeste, teaset dan seangkatan dengannya, yang terlepas pandang boleh klik disini untuk n3 Meakin Celeste yang lepas. Kali ini pula saya kongsikan coffeset nya pula yang baru saja complete dengan adanya tekonya. Bercerita mengenai coffeset celeste ini, ianya merupakan pemberian yang tak ternilai bagi saya, iaitu pemberian daripada Kak Welly dari blog Sukajadi Corner. Kak Welly pun dah jarang berblog. Sepanjang perkenalan dengan Kak Welly dari tahun 2009 memang tak pernah bersua muka, tapi Kak Welly memang seorang yang pemurah dengan baik hatinya menghadiahkan 6 biji cawan kopi ni kepada saya awal tahun yang lalu. Sukanya memang tak terkata sebab lama dah minat. Terima kasih yang tak terhingga buat Kak Welly. Dan awal bulan ni barulah saya temui tekonya yang dah lama cari..gembira tak terhingga rasanya.


Coffee pot yang baru dapat awal bulan ni, tinggi dan besar saiznya...condition pun cantik sangat2...puas hati.

6 cawan daripada Kak Welly, saiz cawan ni nampak kecil tapi hakikatnya besar. Kuantiti air dalam cawan ni sama seperti kuantiti air dalam cawan bentuk biasa (teaset) meakin.

Dan perkara tak diingini berlaku semasa sesiap tangkap gambar...oval plate ni terjatuh atas lantai dan berkecai 4..apa boleh buat, dah tak ada rezeki..redha je, bagi tak nak ingat apa2, terus saya masuk dalam tong sampah, nasib baik ada lagi spare.

Sekian saja untuk tatapan kali ini. Selamat menjamu mata.

2 comments:

  1. Salam zany, alahai..cantiknya coffee set meakin celeste ni, berkenan pulak dah..Apa pun sayang yg pecah tu..

    ReplyDelete
  2. wsalam kak mas..mmg cantik lama dah cri...jom la kumpul same..hehee...mmg syg yg pecah tu, nak wat cmne kan..

    ReplyDelete