Wednesday, November 30, 2011

Pencarian Bunga Keembung

Selamat malam khamis semua pengunjung blog saya...hujan2 malam2 ni rasa lemau je, sesuai untuk beradu diri tapi macam awal je lagi kan..hehee....terasa bosan, saya pun macam nak update blog, rasa dah lama tak n3 koleksi peribadi, asik sebok nak menjual je. saya ni kalau dapat barang extra saya akan jual dulu sebab nak bagi ruang kat rumah kosong, tak nak simpan lama2 barang yang berlebih. Maka, set bunga keembung merah ni saya sajikan...cari2 balik dalam kotak cawan2 dia. Cawan2 tu dah lama saya dapat hasil hunting kat nyonya kedai pinggan mangkuk tapi piring ada 6 biji je...kalau ada yang berkenan kat cawan2 dia boleh roger2 saya ye.

Ini je la koleksi bunga keembung saya. cawan2 dah lama dapat, teko gemuk tu saya dapat pertengahan tahun ni dan teko bulat biasa tu baru je 2 hari lepas dapat di Negeri Sembilan. seronok sangat2 dapat lengkapkan set ni. cuma kalau ditemukan dengan piring2 kuih dia, sugar bowl, creamer memang nak sangat2, sesiapa ada terjumpa jual kat saya ye.

Hasil dari en.google, ni la gambar bunga keembung, cuba perhatikan, sama kan bunga pada set saya ni. Awal saya dapat cawan2 ni saya ingatkan bunga orkid tapi daunnya tak macam daun orkid. Tadi jenuh saya belek2 tenung2 kot bunga ape, macam penah tengok bunga macam ni, akhirnya baru dapat idea bunga keembung, google2 memang ia pun bunga keembung.

Nilah teko gemuk bunga keembung yang saya ada..teko ni dan cawan2 japan mari, teko bulat tu china..terima kasih tak terhingga buat Wan Penang kerana mendapatkan teko ni, saya ingatkan dah pupus teko ni..tapi tutup teko tak da, atas tu pinjam je...kalau sape2 ada tutup extra jual kat saya ye, tak kesah la ada bunga ke, tak da bunga ke, atau apa2 bunga pada tutup tu, saya nak..

Dan ini teko bulatnya pula. baru 2 hari dapat. terkejut saya tengok, ingatkan set bunga keembung ni bentuk set Japan je, tak sangka ada teko bulat jenis macam ni. berbaloi saya hunting jauh2...hehe

Cawan2 bunga keembung ni...saya ada lebih dari 6 biji, berpuluh2 ada dalam stor dah dipos ke umah opah..hehehe....piring je ada 6 biji...cawan banyak, kalau berminat roger2 saya

Bunga pada cawan penuh...cantik pada mata saya.
Impian di hati nak tambah lagi koleksi ni, sesiapa ada jumpa selain dari yang dalam gambar roger2 saya...sekian untuk tatapan kali ini, selamat menjamu mata, jumpa lagi dilain n3...

2 comments: