Saturday, May 5, 2012

Dedikasi Buat Opah Zaharah

Sejak di bangku sekolah lagi saya memang minat dan suka melihat rumah-rumah lama, rumah tradisional di kampung-kampung.  Antara rumah-rumah tradisional yang saya suka rumah tradisional negeri Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Mungkin kerana ciri-cirinya yang unik dan cantik pada mata saya.
Bulan yang lalu, kebetulan saya ada kerja luar ditapak bina di Seri Manjung, balik tu agak awal lagi, jadi saya masuk ke jalan lama dari Bota Kanan ke Parit. Beberapa kilometer dari simpang Bota Kanan mata saya terus melihat rumah ini dan hati tergerak untuk berhenti. Sebenarnya dah beberapa kali saya lalu di hadapan rumah ni dan ingin berhenti menagkap gambar tapi perasaan malu mengatasi segalanya...kali ini saya tekad untuk berhenti. Rumah lama ini terletak ditepi jalan besar di Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan, Bota, Perak.

Sampai saja saya terus ke rumah sebelah, kerana sangkaan saya rumah ini tidak berpenghuni. Maka saya pun minta izin dari tuan dari rumah sebelah untuk mengambil gambar dan melihat sekeliling rumah ni. Orang rumah tersebut pun membenarkan dan mengatakan bahawa rumah ini masih berpenghuni dan dihuni oleh seorang nenek tua dan hanya dihuni ditingkat bawah saja memandangkannya telah uzur. Dan mereka mempunyai talian persaudaraan.

Sedang saya mengambil gambar tiba-tiba keluar seorang nenek tua dimuka pintu rumah dengan kerusi rodanya. Saya pun pergi menyapa untuk meminta izin dan hati saya seronok bila nenek tersebut yang saya panggil opah sangat mesra dan rajin bersembang, saya pun bersembang dengannya dan dia menceritakan segalanya.

Rumah ini dihuni oleh opah Zaharah binti Yeop Jalil. beliau mewarisi rumah ini dari ibu dan bapanya iaitu Allahyarham Yeop Jalil dan Allahyarhamah Long Kamariah dimana ianya didirikan diatas tanah pusaka yang merupakan dahulunya tapak rumah datuk kepada opah Zaharah iaitu Kulup Derais. Opah Zaharah dilahirkan pada tahun 1917 dan kini berusia 95 tahun dan mendiami rumah ini seorang diri. Jika dilihat dari segi fizikal opah zaharah yang berkerusi roda siapa sangka wanita ini mampu duduk seorang diri membuat kerja-kerja rumah dan akan menyangka beliau lumpuh kerana berkerusi roda. Sangkaan saya salah sebaik saja opah Zaharah berdiri dan boleh berjalan dengan baik. Menurutnya dia berkerusi roda hanypada satu-satu masa saja jika berasa keletihan. Anjung rumah yang berbentuk separa hexagon. Ciri-ciri kolonial dan melayu

Menurut opah Zaharah beliau mendapat pendidikan di salah sebuah sekolah di Kuala Kangsar yang terletak kira-kira 70-80km dari rumah beliau. Menurut beliau ketika itu di Bota Kanan, Parit, atau pun pekan-pekan yang berdekatan masih lagi tidak mempunyai sekolah dan beliau bersekolah di kuala Kangsar dan tinggal bersama ibu saudaranya. Apabila berkahwin opah Zaharah telah merantau ke beberapa negeri mengikut suaminya yang bekerja diluar kawasan, antaranya opah Zaharah pernah tinggal di Seremban, Kuantan dan ada lagi yang saya kurang pasti. Fikiran dan ingatan opah Zaharah sangat baik dan beliau beliau boleh mengingati peristiwa-peristiwa di zaman muda remaja beliau dan beliau juga masih mengingati liku-liku sejarah negara.


Opah Zaharah mempunya 3 adik beradik iaitu beliau mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki dimana mereka semua telah kembali kerahmatulllah terlebih dahulu, beliau adik beradik sememangnya dibesarkan disini. dan menurut opah Zaharah beliau bukanlah dari sebuah keluarga yang kaya raya tetapi apabila zaman britisih dimana getah mula-mula dibawa masuk, tanah milik keluarganya terlibat untuk ditanam getah oleh British dimana getah tersebut dieksport ke London. Dari situ keluarga beliau mendapat komisyen. Maka rumah ini mula didirikan....menurut opah Zaharah, rumah ini siap sepenuhnya pada tahun 1932 dimana papan rumah ini daripada sebatang kayu balak besar yang diproses disini juga iaitu dari kayu cengal. Terdapat juga papan dinding daripada rumah lama arwah datuknya Kulup Derais. Belakang rumah ini letaknya sungai perak dan menurut opah Zaharah batu bata untuk membina rumah ini dibuat di tepi sungai tersebut.


Opah Zaharah hanya mempunyai 2 orang anak kandung, seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala dia mengambil 3 orang sebagai anak angkatnya. Anak kandungnya yang lelaki telah lama meninggal dunia di Australia, dan anak sulungnya, perempuan, kini tinggal di Petaling Jaya dimana usianya hampir 80tahun. Menurut opah Zaharah beliau telahpun mempunyai beberapa orang piut. Anak-anak angkat opah Zaharah tinggal dikawasan berdekatan dan menurutnya, anak-anak angkat dan cucu-cucu angkatnyalah yang akan datang menziarahnya jika kelapangan.

Menurutnya rumah ini telah beberapa kali dijadikan lokasi penggambaran filem, drama dan pengiklanan. Antaranya filem Jimi Asmara juga membuat penggambaran disini.
Bahagian tangga yang terdapat di belah kiri rumah. terdapat 2 buat tangga diluar rumah dan 2 buah tangga didalam rumah. Rumah ini mempunyai 3 bilik di atas dan 2 bilik di bawah.

Senibina tangga yang unik dan terdapat ukiran pada tepi atap rumah
. Tingkat atas rumah jarang sekali dijejaki.


Ini merupakan rumah yang terdapat disebelah rumah opah Zaharah, dimana rumah yang mula-mula saya bertanya untuk meminta izin mengambil gambar. Tidak kurang cantiknya rumah ini...rumah ni agak besar juga dan senibinanya juga sangat cantik. Ini merupakan rumah pusaka arwah datuknya selepas rumah asal dirobohkan dan rumah ini dibina lebih awal dari rumah opah Zaharah iaitu sekitar awal 1920an.
Bahagian belakang rumah sebelah. besar dan panjang.

Bahagian anjung rumah yang menarik perhatian saya...separa hexagon. Opah Zaharah mempelawa saya untuk naik ke bahagian atas rumahnya tapi saya menolak dengan baik kerana tiada ahli keluarga opah Zaharah mengekori, risau jika berlaku apa-apa tanpa ada waris tuan rumah mengiringi. Tak lama lepas tu datanglah jiran tetangga opah Zaharah untuk bersembang...hehehe

Bahagian kanan rumah, sangat cantik, rumput hijau melatari halaman rumah yang luas. Dan saya diberitahu, opah Zaharah masih mampu merumput dan menyapu halaman rumahnya...opah Zaharah juga banyak bercucuk tanam di belakang rumah.

Bahagian tepi kanan rumah...sangat klasik.

Ruang belakang rumah yang terdapat tangga beserta beranda....yang akan terus menuju ke perigi. Dulu-dulu kata opah Zaharah, mereka semua akan mandi di perigi tersebut.

Perigi lama...sehingga kini masih memberi khidmatnya.....masih boleh digunapakai...

Ukiran batu pada tepi rumah.
 

Dan sedang saya mengambil gambar mata saya tertumpu pada sebuah bilik diruang bawah bahagian belakang rumah. terdapat sebuah katil besi lama yang sangat cantik, lain dari yang lain...bersalut crome warna perak. Puas minta beli dari opah Zaharah tapi beliau tak nak jual..hehehe, dalam rumah ni juga terdapat banyak set pinggan mangkuk lama keluaran England.

Dan.......inilah dia opah Zaharah, seorang wanita yang sangat cekal. Sekali imbas pasti ramai yang menyangka beliau terlalu uzur tetapi tidak, masih kuat dan mampu berjalan, masih boleh membuat kerja-kerja rumah dan mempunyai daya ingatan yang baik pada usia menjangkau 95 tahun. Saya sangat selesa bersembang dengannya yang tidak sombong pada saya serta ramah dan meminta saya agar datang lagi ke rumahnya jika ada kelapangan, insyaAllah saya akan ke sini juga Jika ada umur yang panjang. Doa saya agar opah Zaharah sentiasa mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik dan sentiasa dilimpahi rezeki dan rah mat dari Allah...amin...sehingga berjumpa lagi....


24 comments:

  1. penulisan yang sangat bagus. Penuh ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih bang...sekadar berkongsi ape yg mampu je..hehe

      Delete
  2. alhamdullillah mak cik zaharah masih sihat...dan rumahnya dijaga dengan bersih dan rapi...cara zany tulis pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak shima...die mmg masih sihat walafiat lg...semua kerja2 rumah didalm mahupun luar rumah die sorg2 yg buat...hehe sy tulis biasa2 ye, ape info yg teringt opah ni cter sy tulis =)

      Delete
  3. kalau ada kelapangan, ezany pergilah melawat opah zaharah lagi. tentu dia seronok ada orang datang menjenguk dia. sungguh cerita ini menyentuh hati.

    ReplyDelete
  4. selang 3 atau 5 kampung...sampai lah kampung saya...depan masjid....kampung warna hijau....

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya alamat kampung ini kurang tepat. Sebenarnya Kampung Padang Tenggala bukan di Bota Kiri, Tapi Bota Kanan.

    Dikawasan ini juga terdapat banyak rumah lama yang cantik, tapi sayangnya tidak dijaga oleh waris. Kalau saudari pergi KeKampung Senin Layang Layang Kanan, saudari boleh singgah dirumah saya. Asalnya rumah Kutai Perak,tapi telah diubah suai sedikit untuk keselesaan.

    Tentang keluarga Opah Zaharah dalam tulisan saudari ini, menurut cerita orang tua tua, mereka adalah keluarga terkaya di Parit. Hingga terdapat lagenda yang mengatakan ayah/datuk opah Zaharah menjemur duit di halaman rumah dan beliau menunggu jemuran duit tersebut dengan senapang kerana takut dicuri orang! Mungkin ini adalah lagenda untuk menunjukkan betapa kayanya keluarga tersebut!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye maaf saya baru perasan saya tulis bota kiri sepatutnya bota kanan...terima kasih ye. inshaallah ada rezeki saya singgah rumah tuan

      Delete
  6. Assalam...saya ialah cicit kepada kulop derais. Tuannpunya rumah ygbdisebelah rumah opah teh zaharah..nama saya zulkarnain.Arwah datuk saya ialah hj hasnat b. Kulop derais

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..terima ksih atas respon...tuan duduk di mana ye?

      Delete
  7. Assalam...saya ialah cicit kepada kulop derais. Tuannpunya rumah ygbdisebelah rumah opah teh zaharah..nama saya zulkarnain.Arwah datuk saya ialah hj hasnat b. Kulop derais

    ReplyDelete
  8. BOTA KANAN OKAY , BUKAN BOTA KIRI !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas teguran...maaf atas kesilapan saya, tp kan lebih moleh kalau saudara menegur dengar cara dan nadar yang rendah dan sopan... =)

      Delete
  9. BOTA KANAN OKAY , BUKAN BOTA KIRI !!!!

    ReplyDelete
  10. Saya suka penulisan ini.. Saya juga minat rumah rumah melayu lama mcm ni... Nanti ada masa nk pi juga tngkap gmbar.. Hari tu ada perasan satu rumah batu rekabentuk rumah lama ada kereta voksegen lama sebiji... Rumah warna hijau tak silap... Cntik sgt... Tmbah tmbah time raya nmpk meriah kat daerah sana

    ReplyDelete
  11. Dekat kampung bini teman ini ....Telok Bakong ,Bota kanan.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas penulisan mengenai opah saya. Opah telah pulang ke ramatullah pada tahun 2018 pada umur 103.

    Emak mengambil keputusan untuk tinggal dan menjaga opah pada penghujung tahun tahun 2013 setelah ayah meninggal dunia.

    Kenangan indah bersama opah bila lihat opah makan dengan selera. Hanya dua orang sahaja yang opah selalu minta tolong guntingkan rambut dan kepit kukunya, iaitu saya dan sepupu saya.

    Ketika hidupnya walaupun telah berusia, matanya memang tajam dan terang dan pendengarannya juga baik.

    Opah telah dikebumikan di perkuburan keluarga di bahagian depan kawasan Mesjid Padang Tenggala. Disitulah bersemadinya arwah. Semoga Allah swt mencucuri dan merahmati arwah opah bersama moyang,onyit dan saudaramara yang terlebih dahulu menemuai Allah maha pencipta.

    Oh ya, rumah tu dah bercat warna lain. Opah telah minta cicitnya, Alia anak abang saya untuk pilihkan warnanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bersedara, saya cucu arwah Tok Aji Hasnat

      Delete
  13. Siapakah gerangan yang reply ni. Rindu sangat kat opah. Teringat gulai kegemaran- pajeri terung. Sempat opah merasa sy masak. Paling tak boleh lupa bila opah kata "cun, tolong kotap kan kuku opah" baca: kotap tu ketipkan. Allahuakbar, semoga opah ditemptkan dikalangan para syuhada dan rohnya dilimpahi rahmat. Opah meninggal dunia selepas asar, tak silap saya pd hari rabu. Perginya mudah, urusan pun mudah. Hanya mengadu berat nafas & penat. Sempat mengadu pd sy & adik, katanya dada terasa berat dan kami memang menunggunya sepnjang haritu. Lebihkurng menghampiri jam 6ptg, opah menghembuskannafas terakhir. Kenangan bersama opah takkan hilang.

    ReplyDelete
  14. Semoga opah Zaraharah dikumpulkan bersama orang-orang yang solleh dan syurgalah tempatnya

    ReplyDelete
  15. Arwah opah zaharah ialah saudara saya...mak opah Zaharah ialah adik beradik kepada moyang saya, Kulop Derais yang rumah warna purple di sebelah rumah arwah opah Zaharah. Dari segi umur rumah opah Teh Zaharah, ianya dibina setelah rumah moyang saya yang warna purple tu dibina (tak tau tahun berapa). Buktinya ialah...kedudukan dapur. kalau tengok rumah opah Teh Zaharah, dapurnya di belakang (kalau menghadap dari jalan besar), tapi rumah moyang saya, dapur nya nampak dari jalan. Manakala anjung rumah moyang saya dibelakang , menghadap sungai. Sebab zaman duu, sungai ialah jalan utama (masa tu tak ada jalan raya lagi, kira sungai tu highway la kan) design rumah opah teh zaharah dikhabarkan diambil dari sebuah rumah bungalow di Simpang Pulai, berdekatan dengan tol Simpang Pulai (mengikut apa yang diberitahu kepada saya oleh pakcik saya). Utk keterangan lanjut leh pm saya 019-4558110

    ReplyDelete