Monday, January 11, 2010

Gelas Lentik

N3 ni ditujukan untuk kak yatt, kak nyna dan kak nannie yang suke gelas-gelas lama ni. Dah lama saya janji nak wat n3 gelas lama tapi tak da masa. To kak yatt, gelas lentik dulu ye, gelas lorek lepasni saya buat. Tak snap pic lagi..hehee..
Kesemua gelas lentik ni merupakan warisan keluarga saya iaitu kepunyaan arwah nenek dan arwah moyang. Yang arwah nenek punya tu baru je saya ambil kat rumah pusaka tu 2 minggu lepas setelah lebih 40 tahun si gelas lentik ni kesepian dalam rumah lama tu. Yang kepunyaan moyang pulah dah lama saya ambil kira-kira 13 tahun lepas ketika rumah itu dirobohkan. masa tu saya darjah 4. Kecik je lagi tapi time tu entah la, mungkin tuhan anugerahkan saya untuk mencintai benda2 lama ni kot sebab kecik2 lagi saya dah tau benda tu antik. Masa rumah tu di robohkan banyak barangan lama yang saya dapat dan masih saya simpan sampai sekarang.
Ok berbalik kepada gelas lentik ni, namanya diberi sebab bentuk gelas-gelas ni melentik ke atas. Memang fesyen dulu-dulu sekitar tahun 1950an dan 1960an kebanyakan gelas berbentuk lentik ke atas. Dalam koleksi gelas lentik ni saya mempunyai 6 jenis atau design yang berbeza. Ok jom tgk gambar.


Design 1 - Merpati 2 Sejoli
kalu perhatikan pada corak kat bibir gelas ni, ada gambar 2 ekor burung dan bunga. Pasal tu la saya panggil merpati 2 sejoli.
Gelas ni ada 6 biji dan perhatikan bentuk die yang melentik ke atas.


Design 2 - Bunga Daun putih
Yang ni pun lawa jugak saya tak pasti bunga ke daun gambar pada bibir gelas ni. Saiz gelas ni lebih kecil daripada merpati 2 sejoli. Ada 4 biji, 2 biji lagi dah selamat..huhuhu


Design 3 - Orchid
Yang ni memang lawa, saya suka gambar bunga orkid pada gelas ni. Saiz gelas ni pun lebih kecik dari yang kat atas. Tinggal 5 biji je. Sebiji lagi mungkin pecah kot.

Design 4 - Bunga Raya
Yang ni lagi cun, sbb ada lingkaran kat kaki gelas ni dan bunganya pun lawa. Bunga Raya. Tinggal 3 biji je yang lain pecah jugak kot. Tapi gelas bunga raya ni tinggi sikit berbanding gelas lentik yang saya ada.

Desingn 5 - Bunga Lorek
Yang ni merupakan moyang saya punya. Mungkin di beli sekitar 1940an. Dulu2 time ayah kecik2 banyak cawan ni tapi dah tinggal sebiji je. Yang ni saya ambil masa saya umur 10tahun time tu rumah moyang nak dirobohkan. Bunganya dilorekkan atas gelas tu. Kacanya memang nipis.
Design 6 - Pengantin
Gelas ni mempunyai cerita tersendiri dan juga saya ambil di rumah moyang. Perhatikan pada bibir gelas ni ada tulisan jawi yang bermaksud 'selamat pengantin baru'. Menurut ayah gelas ni atok sedara saya yang dapat ketika perkahwinan anak Sultan Perak, ketika itu Sultan Yussuf, berkahwin kerana atok sedara saya merupakan orang besar istana. Memang menyimpan sejarahlah gelas ni..hehee
Ok, sampai sini je cerita gelas lentik saya, kalau ada koleksi terbaru saya n3 nanti.

Teratai Layu Di Tasik Madu...


Hai, salam sejahtera semua...lama juga saya tak buat n3 pinggan mangkuk antik ni sebabnya line streamyx kat sini tak ok dan saya pun minggu lepas busy dengan kerja..banyak keluar site.
Atas permintaan ramai yang nak tau isi kandungan kotak tempohari, so hari ni saya buatlah n3 salah satu isi kandungan kotak tersebut. This n3 dedicated to kak ryana yang telah memenuhi impian saya...Ok yang ni mengenai set teratai ni. Ntah betul ke tak bunga teratai tapi seakan akan sama...so balun je lah..hehee... set ni cuma teko je yang terkandung dalam bungkusan kotak tempohari iaitu dari kak ryana.. time kasih ye kak..akhirnya dapat jugak saya teko tu setelah 6 tahun mencari. Cawan-cawan tu dah lama saya dapat di ML iaitu hampir 7 tahun lepas time tu pun saya masih sekolah lagi. Harga cawan tu pun saya dapat RM0.50 sebiji. Macam-macam jenis cawan saya dapat..seronok sgt time tu. Kalau tak silap dalam 40 biji cawan saya dapat tapi berlainan corak la. Cawan teratai ni pulak saya dapat 10 biji lagi 4 biji dah barter dengan kak ryana..hehe..Akhirnya tercapai jugak hasrat nak dapat teko ni. sebab teko ni juga lah saya dapat berkenalan dengan kak ryana. Pinggan tu pulak baru je saya beli di ML. Kebetulan ada sebiji je pun, saya pun beli la nak cantikkan set ni.. So dapatlah saya collect set ni dengan cantik..Ok jom layan gambar..

Teko teratai dari kak ryana hasil barter

Cawan-cawan teratai ni, saya ada 6 biji..dah cukup lah tu..


Pinggan mungkum teratai...


Ok lah, sampai sini je..kalau ada sesiape nampak teko aladin ke, cawan berlainan bentuk bunga teratai ni calling lah saya ye..saya berminat nak beli. ok thnks

For Sale

PIRING CAWAN UNTUK DIJUAL



SAKURA - PATEN A (TAPAK BESAR)
RM8 SEBIJI
ADA 5 BIJI


SAKURA - PATEN B (TAPAK KECIL)
RM8 SEBIJI
ADA 2 BIJI

SINGLE BIG ROSES - PATEN A (BUNGA BESAR)
RM8 SEBIJI
ADA 5 BIJI

SINGLE BIG ROSES - PATEN B (BUNGA KECIL SEDIKIT)
RM8 SEBIJI
ADA 4 BIJI

ROSE HITAM
RM6 SEBIJI
ADA 3 BIJI

BUNGA PADI
RM5 (SUMBING)
ADA SEBIJI SAJA

WET RED ROSE
RM8 SEBIJI
ADA SEBIJI
SOLD

TWIN ROSES
RM8
ADA SEBIJI
SOLD

2 TONNE ROSES
RM8
ADA SEBIJI

KEKWA MERAH
RM8 SEBIJI
ADA 5 BIJI



sebarang pertanyaan hubungi 0175606196

Thursday, January 7, 2010

Yang Dinanti telah Tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Semalam 6 january 2010, saya mendapat bungkusan daripada rakan2 blogger hasil pembelian online dan barter sebanyak 5 bungkusan iaitu 2 kotak dari kak ryana, masing2 sekotak dari tasha, kak aton dan kak nurmala.
Saya sendiri mengambilnya di pejabat pos 4 kotak dan sekotak di pejabat sure reach.
Mula2 saya tengok kotak2 yang saya terima dari pejabat pos, memang keadaan kotak tu menghampakan dan remuk teruk, dalam hati saya berkata memang tak da harapan la barang tu dapat dalam keadaan baik..apepun saya redha je la...
Tapi sangkaan saya meleset, apabila saya buka kesemua kotak, alangkah terkejutnya saya apabila kesemua keadaan barang2 di dalam kotak tu dalam keadaan baik dan hanya sebiji sudu sahaja yang pecah dua. Tak mengapalah, sudu tu boleh gam balik. Saya rase bersyukur sangat dan gembira dengan apa yang saya dapat semalam. Nanti saya buat n3 ye. To kak ryana, tasha, kak ataon and kak nurmala, thnks a lot ye...

Wednesday, January 6, 2010

For Sale - Part II


SET TEH CINA BUNGA KANGKUNG
SET BARU, BELUM DIPAKAI
RM80 SATU SET
SEBIJI TEKO DAN 6 BIJI MANGKUK TEH
HANYA ADA SATU SET SAHAJA
SOLD

Tuesday, January 5, 2010

Set Germany - Part II

Ok yang ni kesinambungan n3 Set Germany yang lepas. Cuma nak di ceritakan kat sini coraknya saja yang berlainan. Kalau n3 Part I coraknya berbelang tetapi yang ini coraknya petak-petak dan mempunyai dot-dot di antara persilangan petak2 itu. Kalu ada sesiapa nampak ke jumpa ke kat mana-mana dijual set Germany ni, calling saya ye. Saya berminat nak beli. Ok jom layan gambar...


Family Set Germany ini..perhatikan corak pada badan gelas dan jug.



Gelasnya....tinggi dan langsing...


Bentuk jug yang memang cun habis.


Corak pada badan jug.

Ok sampai sini je n3 Set Germany ni.. kalau ada pertambahan saya buat n3 lagi..

Germany Set - Part I

Salam sejahtera...
Rase lama pulak tak buat n3 pasal pinggan mangkuk antik ni..hehhee...
Harini mengenai set jug Germany pulak. Kite biasa tengok teapot antik saja kan, orang dulu-dulu pun ada minum ais jugak...so harini saya nak buat n3 set untuk minuman berais antik pulak.
Seperti biasa, set ni juga merupakan peningggalan nenek saya di mana usia set Germany ni telah melebihi 50 tahun berdasarkan cerita daripada abah. Abah cerita, set Germany ni dibeli oleh nenek pada usia die 7 atau 8 tahun di antara tahun 1958 atau 1959. Oh lupe pulak, set ni saya panggil set Germany sebab di bawah bontot jug dan gelas die ada cop Made in Germany..hehee...
Abah cakap set ni memang mahal dulu dijual. Abah cakap set ni dipakai untuk menghidangkan kepada tetamu sahaja. Nenek ada 2 set, set Germany ini yang berlainan corak. Yang ni merupakan corak berbelang. Yang menjadikannya nampak lawa dan mewah adalah kilauan emas pada bibir jug dan gelas dan juga kakinya. Set ni dah lama terbiar dalam rumah pusaka tu, so daripada hilang atau pecah macam tu je, saya mengambil inisiatif untuk menjaganya..hehehe..kalau tak silap saya pernah namapak set macam ni jugak kat blog 'Memory Antiques'. Ok jom layan gambar


Keluarga set Germany ni..Perhatikan gelas dan jugnya...memang cun..



Gelas Set Germany ini..Perhatikan corak pada badannya. Kilauan emas menambah kemewahan pada set ini.


Jug Set Germany ini..bentuknya yang tinggi dan langsing.

Ok set Germany ni bersambung ke part II ye...

Monday, January 4, 2010

Untuk Di Jual

Berikut ada beberapa item yang di minta rakan saya untuk menjualnya.



SET CAWAN JADE HIJAU
RM12 SEPASANG
ADA 6 PASANG. BELI 6 PASANG RM60


SET CAWAN BULUH EMAS
RM13 SEPASANG
ADA 4 PASANG. BELI 4 PASANG RM50
SOLD



TEKO NAGA ANTIK
RM60
ADA SEBIJI SAHAJA


TEKO BUNGA PADI GEMUK
RM65
TIADA TUTUP
SOLD



PIRING WAJIK
RM10 SEBIJI
ADA BEBERAPA BIJI. WARNA HIJAU ADA 8 BIJI. BIRU ADA 2 BIJI SAHAJA


SET CAWAN MIRIP CELESTE BIRU
RM25 UNTUK 2 PASANG
HANYA ADA 2 PASANG SAHAJA. PIRING CELESTE, CAWAN TIADA COP


MANGKUK BUBUR OC MERAH
RM10 SEBIJI
ADA 2 BIJI SAHAJA
SOLD

TEKO MINI BULUH
RM20 SEBIJI
ADA BEBERAPA BIJI. TIADA TUTUP


GELAS RETRO
RM40 UNTUK KESEMUA DIATAS
ADA 5
BIJI


PINGGAN MUNGKUM OC MERAH SAIZ 7 INCI
RM10 SEBIJI
ADA 2 BIJI SAHAJA
SOLD

PINGGAN MUNGKUM WARNA WARNI
RM10 SEBIJI
ADA BEBERAPA BIJI. SAIZ BESAR, PINGGAN MAKAN


PIRING KUIH ROS HITAM SAIZ 7 INCI
RM8 SEBIJI
ADA BEBERAPA BIJI


TUREEN BELANG GEOMETRI
RM65 SEBIJI
ADA 2 BIJI





SEBARANG PERTANYAAN/PEMBELIAN SILA HUBUNGI SAYA 017-5606196 (ZANY)

Friday, January 1, 2010

Al-Fatihah Buat Nenek....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan blog dan pembaca sekalian. Sebagai pembuka n3 untuk 2010 ini, saya abadikan dengan didahului dengan n3 mengenai arwah nenek saya di mana lebih sebahagian daripada koleksi pinggan mangkuk antik saya ini adalah diwarisi daripada allahyarhamah. Secara tak langsung dengan harta peniggalan arwah inilah memberi dorongan saya meminati dan mengumpul pinggan mangkuk antik ini.

Bercerita mengenai arwah nenek iaitu Allahyarhamah Sawiyah binti Hj Salleh, beliau dilahirkan pada tahun 1925 di Kg Gunong mesah Hilir, Gopeng, Perak. Berketurunan Rawa disebelah ibunya dan Jawa disebelah bapanya. Beliau merupakan ibu kepada ayahanda saya yang merupakan anak bongsu beliau daripada 5 beradik. Ketika hayatnya beliau aktif didalam arena politik Perak di mana beliau merupakan bendahari UMNO (ketika itu Parti Perikatan) dan mewakili kaum ibu di kawasan gopeng pada tahun 1950an dan 1960an.

Menurut ayah, nenek amat gemar menyimpan pinggan mangkuk ketika hayatnya dan nenek juga banyak mewarisi pinggan mangkuk daripada moyang. Kata ayah sewaktu hendak membeli almari untuk mempamerkan semua koleksinya beliau amat cerewet sekali untuk membeli almari dimana setiap kedai perabot yang dikunjunginya tidak menepati kehendaknya. Beliau mahukan almari yang besar dan mempunyai cermin dikeliling almari, sehinggalah beliau menjumpai almari yang dihajatkannya. Almari tersebut masih ada lagi tersimpan di rumah pusaka lama itu dan bakal berpindah milik kepada saya. Setelah memiliki almari hiasan, beliau sering merenung almari tersebut untuk menambah apa-apa yang masih tidak cukup. Sedikit demi sedikit beliau beli sampailah jumlah pinggan mangkuknya bertambah banyak. Dan menurut ayah, kedai pinggan mangkuk yang sering dikunjungi nenek pada tahun 1950an itu adalah di Kampar di mana masih lagi terdapat kedai tersebut yang diwarisi generasi taukeh kedai tersebut. Bayangkan sudah berapa lama usia kedai tersebut, semenjak nenek saya lagi pelanggan kedai tersebut sampailah saya juga pelanggannya. Arwah akan menyimpan pinggan mangkuk set demi set dan pasal itulah sehingga sekarang banyak peninggalannya yang boleh dikatakan kesemuanya diwarisi oleh saya kerana adik beradik ayah atau cucu-cucu nenek yang lain memang tidak meminati barang-barang lama ini.

Namun, langit tak selalu cerah, pada 22 Julai 1967, nenek menghembuskan nafas yang terakhir disisi datuk dan anak-anaknya setelah bertarung nyawa akibat kanser tulang. Nenek meninggal dunia pada usia yang begitu muda iaitu pada usia 42 tahun. Ianya amat memberi kesan yang mendalam pada ayah saya yang merupakan anak manja kepadanya dan datuk. Selama lebih 20 tahun datuk tidak henti mengunjungi pusara nenek sehinggalah datuk pulang kerahmatullah pada tahun 1989. Pada tahun 2010 ini, genaplah 43 tahun kembalinya kerahmatullah nenek.

Walaupun saya tidak pernah menatap wajah nenek, namun saya tetap sayangkannya kerana tanpa beliau mungkin saya tidak meminati hobi ini dan beliau telah meninggalkan harta yang amat bernilai kepada cucunya ini. Al-Fatihah buat nenek dan semoga roh nenek dicucuri rahmat oleh-Nya. Terima Kasih nenek, diatas segala peninggalan nenek untuk saya....

Nenek, Allahyarhamah Sawiyah Hj Salleh
Arwah datuk, Ismail Jaafar


Nenek ketika hayatnya...empat dari kanan...selepas menghadiri satu mesyuarat UMNO (Parti Perikatan) pada tahun 1950an. Perhatikan di sebelah kanan gambar. Cuba perhatikan cawan yang digunakan. Kalau tak silap merupakan cawan meakin.


Nenek menerima piala penghargaan atas penglibatannya didalam Umno (Parti perikatan).



Gambar nenek dan budak perempuan disebelahnya itu merupakan ibu saya yang merupakan anak angkat beliau, kemana pergi, nenek akan membawa ibu bersama. Gambar ini di ambil ketika satu majlis di mana menghargai kaum wanita UMNO (Parti Perikatan) di Gopeng, Perak.

Sekian saja cerita mengenai nenek saya. Terima kasih kerana sudi membaca coretan yang panjang lebar ini.