Monday, January 11, 2010

Gelas Lentik

N3 ni ditujukan untuk kak yatt, kak nyna dan kak nannie yang suke gelas-gelas lama ni. Dah lama saya janji nak wat n3 gelas lama tapi tak da masa. To kak yatt, gelas lentik dulu ye, gelas lorek lepasni saya buat. Tak snap pic lagi..hehee..
Kesemua gelas lentik ni merupakan warisan keluarga saya iaitu kepunyaan arwah nenek dan arwah moyang. Yang arwah nenek punya tu baru je saya ambil kat rumah pusaka tu 2 minggu lepas setelah lebih 40 tahun si gelas lentik ni kesepian dalam rumah lama tu. Yang kepunyaan moyang pulah dah lama saya ambil kira-kira 13 tahun lepas ketika rumah itu dirobohkan. masa tu saya darjah 4. Kecik je lagi tapi time tu entah la, mungkin tuhan anugerahkan saya untuk mencintai benda2 lama ni kot sebab kecik2 lagi saya dah tau benda tu antik. Masa rumah tu di robohkan banyak barangan lama yang saya dapat dan masih saya simpan sampai sekarang.
Ok berbalik kepada gelas lentik ni, namanya diberi sebab bentuk gelas-gelas ni melentik ke atas. Memang fesyen dulu-dulu sekitar tahun 1950an dan 1960an kebanyakan gelas berbentuk lentik ke atas. Dalam koleksi gelas lentik ni saya mempunyai 6 jenis atau design yang berbeza. Ok jom tgk gambar.


Design 1 - Merpati 2 Sejoli
kalu perhatikan pada corak kat bibir gelas ni, ada gambar 2 ekor burung dan bunga. Pasal tu la saya panggil merpati 2 sejoli.
Gelas ni ada 6 biji dan perhatikan bentuk die yang melentik ke atas.


Design 2 - Bunga Daun putih
Yang ni pun lawa jugak saya tak pasti bunga ke daun gambar pada bibir gelas ni. Saiz gelas ni lebih kecil daripada merpati 2 sejoli. Ada 4 biji, 2 biji lagi dah selamat..huhuhu


Design 3 - Orchid
Yang ni memang lawa, saya suka gambar bunga orkid pada gelas ni. Saiz gelas ni pun lebih kecik dari yang kat atas. Tinggal 5 biji je. Sebiji lagi mungkin pecah kot.

Design 4 - Bunga Raya
Yang ni lagi cun, sbb ada lingkaran kat kaki gelas ni dan bunganya pun lawa. Bunga Raya. Tinggal 3 biji je yang lain pecah jugak kot. Tapi gelas bunga raya ni tinggi sikit berbanding gelas lentik yang saya ada.

Desingn 5 - Bunga Lorek
Yang ni merupakan moyang saya punya. Mungkin di beli sekitar 1940an. Dulu2 time ayah kecik2 banyak cawan ni tapi dah tinggal sebiji je. Yang ni saya ambil masa saya umur 10tahun time tu rumah moyang nak dirobohkan. Bunganya dilorekkan atas gelas tu. Kacanya memang nipis.
Design 6 - Pengantin
Gelas ni mempunyai cerita tersendiri dan juga saya ambil di rumah moyang. Perhatikan pada bibir gelas ni ada tulisan jawi yang bermaksud 'selamat pengantin baru'. Menurut ayah gelas ni atok sedara saya yang dapat ketika perkahwinan anak Sultan Perak, ketika itu Sultan Yussuf, berkahwin kerana atok sedara saya merupakan orang besar istana. Memang menyimpan sejarahlah gelas ni..hehee
Ok, sampai sini je cerita gelas lentik saya, kalau ada koleksi terbaru saya n3 nanti.

1 comment:

  1. salam ezany..
    ini rupanya gelas lentik..yg nie akak tak sure ada tak kat kampung..nanti akak balik nak tgk gak..hehe..tapi kalau ada pun akak kena pilih..dah tak muat nak simpan..apapun ezany memang untung..byk dapat dr moyang & nenek..
    tergelak baca citer zany..10 tahun dh minat semua nie..dulu mana akak pandang..sungguh awal minat berputik..syabass dik..

    ReplyDelete