Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan blog dan pembaca sekalian. Sebagai pembuka n3 untuk 2010 ini, saya abadikan dengan didahului dengan n3 mengenai arwah nenek saya di mana lebih sebahagian daripada koleksi pinggan mangkuk antik saya ini adalah diwarisi daripada allahyarhamah. Secara tak langsung dengan harta peniggalan arwah inilah memberi dorongan saya meminati dan mengumpul pinggan mangkuk antik ini.
Bercerita mengenai arwah nenek iaitu Allahyarhamah Sawiyah binti Hj Salleh, beliau dilahirkan pada tahun 1925 di Kg Gunong mesah Hilir, Gopeng, Perak. Berketurunan Rawa disebelah ibunya dan Jawa disebelah bapanya. Beliau merupakan ibu kepada ayahanda saya yang merupakan anak bongsu beliau daripada 5 beradik. Ketika hayatnya beliau aktif didalam arena politik Perak di mana beliau merupakan bendahari UMNO (ketika itu Parti Perikatan) dan mewakili kaum ibu di kawasan gopeng pada tahun 1950an dan 1960an.
Menurut ayah, nenek amat gemar menyimpan pinggan mangkuk ketika hayatnya dan nenek juga banyak mewarisi pinggan mangkuk daripada moyang. Kata ayah sewaktu hendak membeli almari untuk mempamerkan semua koleksinya beliau amat cerewet sekali untuk membeli almari dimana setiap kedai perabot yang dikunjunginya tidak menepati kehendaknya. Beliau mahukan almari yang besar dan mempunyai cermin dikeliling almari, sehinggalah beliau menjumpai almari yang dihajatkannya. Almari tersebut masih ada lagi tersimpan di rumah pusaka lama itu dan bakal berpindah milik kepada saya. Setelah memiliki almari hiasan, beliau sering merenung almari tersebut untuk menambah apa-apa yang masih tidak cukup. Sedikit demi sedikit beliau beli sampailah jumlah pinggan mangkuknya bertambah banyak. Dan menurut ayah, kedai pinggan mangkuk yang sering dikunjungi nenek pada tahun 1950an itu adalah di Kampar di mana masih lagi terdapat kedai tersebut yang diwarisi generasi taukeh kedai tersebut. Bayangkan sudah berapa lama usia kedai tersebut, semenjak nenek saya lagi pelanggan kedai tersebut sampailah saya juga pelanggannya. Arwah akan menyimpan pinggan mangkuk set demi set dan pasal itulah sehingga sekarang banyak peninggalannya yang boleh dikatakan kesemuanya diwarisi oleh saya kerana adik beradik ayah atau cucu-cucu nenek yang lain memang tidak meminati barang-barang lama ini.
Namun, langit tak selalu cerah, pada 22 Julai 1967, nenek menghembuskan nafas yang terakhir disisi datuk dan anak-anaknya setelah bertarung nyawa akibat kanser tulang. Nenek meninggal dunia pada usia yang begitu muda iaitu pada usia 42 tahun. Ianya amat memberi kesan yang mendalam pada ayah saya yang merupakan anak manja kepadanya dan datuk. Selama lebih 20 tahun datuk tidak henti mengunjungi pusara nenek sehinggalah datuk pulang kerahmatullah pada tahun 1989. Pada tahun 2010 ini, genaplah 43 tahun kembalinya kerahmatullah nenek.
Walaupun saya tidak pernah menatap wajah nenek, namun saya tetap sayangkannya kerana tanpa beliau mungkin saya tidak meminati hobi ini dan beliau telah meninggalkan harta yang amat bernilai kepada cucunya ini. Al-Fatihah buat nenek dan semoga roh nenek dicucuri rahmat oleh-Nya. Terima Kasih nenek, diatas segala peninggalan nenek untuk saya....
Nenek, Allahyarhamah Sawiyah Hj Salleh
Arwah datuk, Ismail Jaafar
Nenek ketika hayatnya...empat dari kanan...selepas menghadiri satu mesyuarat UMNO (Parti Perikatan) pada tahun 1950an. Perhatikan di sebelah kanan gambar. Cuba perhatikan cawan yang digunakan. Kalau tak silap merupakan cawan meakin.
Nenek menerima piala penghargaan atas penglibatannya didalam Umno (Parti perikatan).
Gambar nenek dan budak perempuan disebelahnya itu merupakan ibu saya yang merupakan anak angkat beliau, kemana pergi, nenek akan membawa ibu bersama. Gambar ini di ambil ketika satu majlis di mana menghargai kaum wanita UMNO (Parti Perikatan) di Gopeng, Perak.
Sekian saja cerita mengenai nenek saya. Terima kasih kerana sudi membaca coretan yang panjang lebar ini.
salam ezany...nasib baik ada gak cucu yg minat.kalau tak sayang peninggalan nenek terbiar.entah2 susah dia nak mendapatkannya dulu.yelah..org dulu bukan senang duit ringgit mcm kita sekarang ni.
ReplyDeletesalam ezany..very touchy story...kalau nenek ezany masih ada tentu dia bangga kerana ada cucu yg boleh mewarisi pinggan mangkuk dan brg2 lama....
ReplyDeleteto kak shas
ReplyDeletehehe tu la nsb baik ada cucunya yg sorg ni yg tahu mghargai..klu x, xtau la nasib pinggan mgkuk tu, mgkin terbuang cmtu je, xpun dah kene jual kat ML...hahhaaa
to antie azah
ReplyDeletewslm anty, mmg sedih klu nak diiingatkan...tu la, nsb baik ada jgk cucu cam sy ni..sekurangnye dpt sy menjaga brg2 pusaka tu..
wah....cerita lama yg cukup lengkap...suka akak baca...akak suka tengok gambar2 klasik macam tu...nenek zany org terkenal juga rupanya..betuah dpt warisi peninggalan nenek..
ReplyDelete