Monday, February 1, 2010

DULANG ANTIK

Salam sejahtera semua...
Untuk tidak menjadikan blog saya macam kedai apek atau ML, so, sy buat lah n3 jugak..heheee...
Cuti Thaipusam sabtu lepas memberi peluang kepada saya untuk menghunting di rumah pusaka nenek dan datuk saya sebelah ayah yang kini telah menjadi "rumah keliwon" akibat tidak dihuni hampir 20 tahun..hahahaa...apepun, rumah tu lah yang banyak berjasa kepada saya untuk menceburi dunia antik ni...heheee
Banyak jugaklah harta karun yang saya dapat dan ada jugak yang tak dapat saya ambil sebab kesuntukan masa dan masalah habuk yang terlalu banyak. maklumlah rumah tinggal kan... Jadi, harini saya nak kongsi salah satu barang yang saya dapat dalam rumah tu iaitu dulang atau orang perak panggil 'talam'. Pertama kali saya lihat dulang tu memang tak menarik perhatian saya sebab nampak buruk dek kerana habuk kot..ibu saya yang kutip dan bawak balik...bila dah dicuci ibu, nampak lawa dan cun kerana bersinar-sinar dan corak bunganya yang timbul pada bahagian bawah dulang...ada 3 warna semua dulang ni iaitu warna hijau, biru dan coklat dan mempunyai corak yang berlainan...saya pun ape lagi, terus amik dan letak set pinggan mangkuk...memang menyerlah lagi klasik..huhu ok jom layan gambar...





No comments:

Post a Comment