Wednesday, February 3, 2010

TEKAT KUNING - BAHAGIAN 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2 sekalian..
Harini lari tajuk skit dan bukan n3 mengenai pinggan mangkuk tapi masih dalam kategori antik lagi iaitu saya nak cerita skit tentang warisan turun menurun keluarga saya di sebelah ibu iaitu "tekat".
Saya pasti ramai dah tau yang seni tekad ni memang terkenal di negeri perak dan menjadi salah satu identiti negeri perak selain daripada labu sayong.. menurut cerita, tekat ni di gunakan sejak sekian lama lagi di negeri perak yang saya tak tahu tahun bila wujudnya dan menjadi kebanggaan kerabat di-raja perak dan golongan bangsawan di negeri perak memilikinya terutamanya ketika majlis perkahwinan ataupun upacara di-raja. Menurut ibu saya, satu masa dahulu tekat ni hanyalah khas untuk kerabat dan keluarga di-raja perak sahaja dan selepas itu barulah rakyat terdiri daripada golongan yang berkemampuan memilikinya. Di perak, seni membuat Tekad ni terkenal di Kuala Kangsar dimana masih terdapat penenun tekat yang diwarisi turun temurun dari generasi ke generasi sehingga sekarang.

Berbalik kepada koleksi tekad yang ada ini merupakan salah satu warisan keluarga saya iaitu sejak dari perkahwinan moyang saya lagi turun ke adik beradik nenek, adik beradik mak, kakak2 dan sepupu sepapat saya. Malam tadi saya saja pergi melawat rumah nenek di kampung oleh kerana nenek saya duduk di rumah makcik di shah alam sekarang dan saya pergi bertujuan untuk melihat keselamatan rumah tu, jika dibiarkan kosong takut pulak benda2 tak elok terjadi kan...Jadi semasa berada di dalam rumah nenek saya teringatkan satu peti kayu yang sudah semestinya antik dan lama dalam simpanan nenek dan saya membukanya. Barulah saya teringat kandungan peti kayu tersebut adalah set tekat yang dipakai oleh ahli keluarga saya ketika majlis perkahwinan sejak dari moyang lagi...Didalam simpanan nenek terdapat 4 set warna tekad iaitu kuning raja, biru pekat, merah hati dan hijau gelap...semuanya masih berkeadaan baik dan ada sesetengah tu dah dimakan oleh lipas benang emasnya..nanti saya buat n3 satu persatu koleksi tekat ini ye. Sekarang ni saya buat n3 mengenai tekat kuning ni dulu. Set tekat kuning ini ditempah khas oleh nenek untuk majlis perkahwinan ibu saya pada tahun 1975. Ianya di tempah daripada seorang penenun tekat di kuala kangsar dimana pihak istana keluarga di-raja perak pun menempah tekat di situ sejak sekian lama lagi..dan merupakan tempat di mana peralatan perkahwinan raja muda perak ditempah ketika perkahwinannya. set tekat kuning ni di tempah oleh nenek dengan lengkap sekali iaitu set cadar bilik tidur, tudung tingkap, kepala katil, chior (tilam dan bantal tempat duduk ketika majlis akad nikah) dan set pelamin. Tetapi yang dapat saya tunjukkan hanya set bilik tidur dan kepala katil sahaja kerana yang lain2 nya disimpan oleh nenek di dalam bilik yang berkunci..tak dapat saya nak ambil untuk buat tayangan..hehehe.. set tekat kuning ni juga telah dipakai ketika majlis perkahwinan adik ibu saya, kakak saya dan ahli keluarga yang lain. Ok jom layan gambar...


Set bilik tidur..katil di bilik tetamu rumah nenek menjadi model..hehhee...tu pun saya main bantai je masukkan bantal...tapi tekat ni amat sensitif, kene berhati2 masukkan bantal kerana kalau tidak batang pada corak benang emas akan patah. Set bilik tidur ni terdiri daripada 4 sarung bantal satu sarung bantal golek, cadar dan kepala katil.

Motif bungaan pada corak set bilik tidut tekat kuning ini.

Sarung bantal..memang cun habis...

Set bilik tidur...kalau panjang umur, majlis perkahwinan saya nanti saya nak guna set ni jugak...hehehee saya pilih yang kaler kuning ni...warna kegemaran..

Bantal golek....

set bilik tidur tekat kuning ini setelah disusun rapat2...lawa kan..hehehe

pandangan didalam sarung bantal..sungguh halus buatan orang dulu2..


Set tekat yang sudah ditanggal bantalnye...



Dan yang ini merupakan kepala katil...dulu2 majlis perkahwinan menggunakan katil besi bertiang....so, adalah kepala katil ni...katil besi tu pun dah berpindah ke rumah saya..nanti saya buat n3 ye...hehee

Oklah sampai sini je n3 tekad kuning ni..nanti saya buat n3 tekat yang lain pulak iaitu tekad ketika perkahwinan moyang dan nenek saya dulu....ok...selamat menjamu mata...

5 comments:

  1. salam zany..
    wahhhhh..begitu xcited akak tengok tekat benang emas nie..cantekk kaler kuning kan..simpan elok2 tu..hehe..dulu2 akak merasa tengok sepupu akak buat sendiri tekat untuk set bilik tidur dia..kaler merah lagi..sepupu akak tu orang padang rengas..memang cantekkk..nanti akak tgk ada lagi tak kat kg akak..
    bagus tu zany..dah simpan angan2 nak guna utk pengantin baru..cayaalahhh zany..mengembalikan kenangan zaman silam..hehehe..

    ReplyDelete
  2. salam.
    boleh tumpang tanya, kt mane nak cari tekat ni? :)
    ade tmpt yg recommended tak?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum nenek saye pon pndai dlm seni tekat ni. tak sangka pulak yg seni tekat ni khas untuk raja-raja zman dlu2 rse brtuah pulak sbb mneruskn sni tekat ni.

    ReplyDelete
  4. wsalam yana..
    tekat2 ni boleh di tempah di kuala kangsar, perak...ada pembuatnye....di kg changkat lembah, belakang istana iskandariah....cube la cari

    ReplyDelete
  5. wsalam...
    nenk masih menekat lg ke skng? ye seni tekat ni utk org2 bangsawan dulu2 je, pastu bru org kebanyakan cube pakai...tp biasanye warna selain kuning, mcm merah utk org biasa...

    ReplyDelete