Saturday, June 26, 2010

Hadiah EG

Assalamualaikum dan salam sehahtera...
Hari rabu yang lepas saya menerima bungkusan daripada Kak Ca daripada Casaoma Antique selaku pasangan EG saya yang di anjurkan oleh Kak Eija. Sampinya bungkusan tersebut membuatkan hati saya berdebar kerana kotak yang diterima kemek teruk, dalam hati saya berkata, janganlah ada yang pecah. Tapi bila buka je kotak 2 biji gelas hancur berkecai...kecewanya saya masa tu...tapi apa boleh buat, sapa-sapa pun tak boleh dipersalahkan dalam hal ni. Mungkin juga sebab kotak yang dibungkus agak nipis dan tiada alas yang tebal pada atas kotak. Pihak Pos Malaysia pun bukan tahu barang yang didalamnya sensitif atau tidak, jadi dorang main campak dan hempap je la ape yang ada. Tapi tak apa lah, mungkin rezeki saya tiada, yang penting 'tangan yang memberi dan tangan yang menerima sama-sama ikhlas'.....betul tak?? Lagipun yang penting tujuan EG ni dianjurkan supaya dapat lagi mengeratkan silaturrahim sesama blogger....

Bungkusan kotak yang diterima.

Keadaan kotak yang sangat kemek.

Hadiah yang saya dapat....2 biji pinggan dan 3 biji gelas, tapi 2 biji gelas pecah.

2 biji gelas yang pecah.

Hadiah yang terselamat....2 biji pinggan dan sebiji gelas...apepun saya bersyukur dengan setiap pemberian yang diberikan, asalkan ikhlas memberi dan ikhlas menerima.

ok selamat menjamu mata....jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment