Monday, June 21, 2010

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah - Siri I - Melaka Di Waktu Siang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...hari ni tak da cerita mengenai pinggan mangkuk antik, cuma apa yang saya nak kongsikan adalah percutian saya sekeluarga di Melaka pada hujung minggu lepas.
Seperti yang semua tahu, Melaka merupakan sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai 1001 sejarah di mana bermulanya era Kesultanan Melayu di sini dan berbagai peristiwa bersejarah telah berlaku di negeri Melaka berabad-abadnya. Melaka merupakan negeri di Malaysia yang paling saya suka lawati kerana keindahan negeri Melaka yang cukup bersih dah penuh dengan sejarah sesuai dengan diri saya yang amat menggemari sejarah. Selain itu apa yang saya perhatikan penduduk di Melaka begitu menitik berat soal kebersihan kerana di sepanjang perjalanan saya di sekitar bandar Melaka dan kawasan rumah di Melaka begitu bersih dah cantik sekali. Kepada warga Melaka saya ucapkan tahniah kepada anda semua.

Sampainya saya bersama keluarga di Melaka saya dan keluarga terus masuk ke hotel penginapan kami terlebih dahulu seterusnya kami melawat di sekitar bandaraya melaka melawat tempat-tempat yang bersejarah.

Salah satu bangunan Stadhuys' atau bangunan merah di bandar Melaka. Di bangunan ini terletaknya muzium yang menyimpan beribu artifak yang bernilai.

Saya bersama ibu, adik2 perempuan, kakak, dan anak buah bergambar di tangga bangunan merah. Di belakang tu bibik saya menyorok kerana malu bergambar, yang nampak tangan je...hehehehe
Gereja Chirist Melaka yang dibina pada tahun 1753, yang usianya telah melebihi 200 tahun.

Gerai jualan kraftangan yang terdapat di tepi-tepi bangunan merah. Pelbagai barangan kraftangan ada dijual di sini untuk kenang-kenangan di Melaka.
Pemandangan lanskap yang sungguh cantik.

Saya bersama ibu dan 2 orang adik perempuan bergambar di menara jam.
Menara jam yang telah berusia ratusan tahun tetapi masih memberi khidmat sehingga kini..
Pemandangan di bangunan Stadhuys' atau bangunan merah. keseluruhan bangunan di cat merah.
Saya bersama adik2, kakak, ibu dan anak buah bergambar di replika kincir angin. Kincir angin tersebut di bina sebagai simbolik Belanda penah menawan Melaka suatu ketika dulu.
Pemandangan yang sungguh indah di sepanjang sungai Melaka pada waktu petang.
Antara bangunan yang menarik yang terdapat di tebing sungai Melaka.
Pemandangan indah di sekitar bangunan merah di tengah bandar Melaka.
Jalan Merdeka.....hehehe....
Saya bersama ibu dan adik bergambar di replika roda.

Setelah melawat sekitar bandar Melaka kami sempat singgah di rumah saudara yang juga terletak di bandar Melaka. Apa yang menarik perhatian saya adalah sebuah almari antik yang terdapat di dalam rumah beliau...sungguh cantik dan nampak klasik...saya pasti peminat antik mesti sukakannya juga kan...hehehe
Siapa sangka rumah yang serba moden menyimpan almari antik yang begitu bernilai....hehhee

Ok sampai disini saja coretan saya untuk siri I ini. Bersambung lagi pada siri II. Ada yang istimewa untuk peminat antik yang akan saya tunjukkan..tungguuuuuu

2 comments:

  1. wah..akak pun cuti2 malaysia kat melaka juga minggu lepas... 16-19 jun...tak terjumpa lak dengan Zany....bestkan melaka..

    ReplyDelete
  2. lah yeke kak....sy pg 17-19 jun tu....x terserempak pulak kite kan..hehehhe...yela pelawat yg dtg pun ramai kan..hehehe....ye, melaka mmg bes...x jemu dilawati..rasa nk pg je lg..hehehe

    ReplyDelete