Wednesday, June 23, 2010

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah - Siri III - Villa Sentosa, Kg. Morten



Salam sejahtera semua.....masih lagi dalam sambungan cuti-cuti ke Melaka. N3 kali ni mesti semua peminat-peminat antik suka, kerana banyak yang antik ingin saya kongsikan..hehehe
Seterusnya, saya meneruskan lawatan ke Kg. Morten yang terletak berhampiran dengan Sungai Melaka. Kg. Morten merupakan perkampungan Melayu yang masih terpulihara keasliannya di mana kesemua rumah yang terdapat di Kg. Morten merupakan rumah tradisional bersenibinakan rumah Melayu Melaka yang masih kekal asli dalam keadaan asal. Salah satu rumah yang boleh dilawati di Kg. Morten ini adalah "Villa Sentosa" yang merupakan milik seorang bangsawan suatu ketika dulu. Usia Villa Sentosa ini hampir 100 tahun, di mana waris pemilik asalnye menjadikan rumah warisan keluarganya ini sebagai sebuah muzium yang mempamerkan pelbagai barangan milik tuan asal rumah tersebut. Senibinanya juga amat menarik. Tibanya saya di Villa Sentosa ini, kami disambut oleh En. Abd Rahim yang merupakan salah seorang anak kepada pemilik asal rumah/villa sentosa ini. Beliau telah menerangkan bermacam-macam maklumat mengenai rumah dan isi yang terdapat di dalam rumah tersebut, layanan yang diberikan beliau amat memuaskan dek kerana beliau yang ramah. Ok jom kita sama-sama lihat apa yang ada di dalam rumah ini...


Saya sekeluarga sempat bergambar berlatarbelakangkan sebuah jambatan yang cantik merentangi Sungai Melaka. Jambatan ini terletak betul-betul di hadapan Villa Sentosa.

Walaupun panas terik, gambar tetap diambil.....hehehee

Papan Tanda Villa Sentosa

Antara barangan lama yang terdapat didalam Villa Sentosa ini. Almari yang ditepi tu cantik kan...hehehe

Serambi yang terletak di tengah-tengah rumah. Uniknya senibina Melayu dahulu.

Meja makan, almari antik dan pelbagai busana lama yang terdapat didalam Villa Sentosa. Kesemuanya adalah peninggalan tuan asal villa sentosa ini.

Almari antik yang menyimpan pinggan mangkuk daripada England dan Japan.

Potret pemilik asal Villa Sentosa.

Almari pakaian lama yang sungguh cantik.

Katil besi lama.

Kami sekeluarga bergambar di atas pelamin yang terdapat didalam rumah ini.

Ruang tamu yang sungguh klasik.


Abang ipar saya menulis didalam buku lawatan. di sebelah kiri adalah waris pemilik asal villa sentosa ini.

Bergambar bersama waris pemilik asal villa sentosa yang juga selaku pemandu pelancong didalam rumah ini.hehee

Tutup tureen yang banyak terdapat didalam Villa Sentosa. Cantik-cantik belaka kan..

Almari antik yang menyimpan pelbagai barangan aksesori perkahwinan dahulu.

Katil Kayu lama, yang paling saya suka.....dahulunya moyang saya mempunyai katil seperti ini, tapi arus peredaran zaman melenyapkannya.

Sajak/Puisi Rumah Melaka

Lagi almari yang menimpan pinggan mangkuk antik.



Yang ini paling saya suka.....tureen yang amat cantik..saya pasti collector semua pun mesti suka kan...hehehee


Kelengkapan set menghidang di meja makan.

Antara teko yang terdapat didalam almari.

Cuba perhatikan 2 biji almari dikiri dan kanan. Cantikkan? kat mana la nak cari almari camni...

Kerusi malas antik.

Katil besi lama bersaiz bujang.

Periuk belanga tembaga antik...saiznya amat besar....teringat pula saya di rumah moyang saya dulu ada periuk macam ni, tapi tak tau la ada lagi ke tak sekarang ni...entah-entah dah kene jual kat besi buruk..hehehee

Ok sampai di sini saja.....jumpa lagi di siri yang terakhir....

No comments:

Post a Comment