Tuesday, August 24, 2010

Join GA Kak Nyna

Salam sejahtera semua...semoga sihat di bulan ramadhan yang mulia ni. Harini tak da n3 koleksi pinggan mangkuk, tak sempat nak snap gambar....hehehe...so, saya nak buat n3 untuk join GA kak nyna yang dah lama tertangguh ni. Kang duk tangguh2 tarikh tutup pun dah tamat...so kesempatan yang ada ni saya buat lah n3 GA kak nyna sempena anniversary nya....hadiah die memang lumayan, 2 biji tureen seperti gambar kat bawah ni. so, apa lagi, kalau berminat jom kita join ramai2 di blognya dengan klik disini. tarikh tutup nak dekat, 31 ogos ni tau... seperti biasa, kalau nak join mestilah ada syarat2nya, kat bawah ni syarat2 dan soalan yang perlu dijawab....ok....





soalan yang perlu dijawab :


1. Beri cadangan 2 nama baby & maknanyer (1 boy..1 gal)
ok nama baby boy saya cadangkan Niyaz Rafiqi yang bermaksud Doa, Harapan dan Pendampingku manakala baby gurl pulak saya cadangkan Mahirah Kiranah yang bermaksud Yang Cekap dan Mahir, Kembali, Pulang.

2. Resepi simple dlm pantang yg berkhasiat & lazat @ petua2 yg berfaedah bg org pantang.
bab resipi lepas pantang ni saya tak lah berapa pakar, namun hasil maklumat, bolehlah ikut petua ni :

a- Minum rebusan akar kayu. Rebusan air akar kayu ni dapat membantu membersihkan darah, mengeluarkan angin kotor, membersihkan sistem perkumuhan serta tingkatkan fungsi hati.

b-Minuman sejuk, bergas atau tajam perlu dielak untuk menjauhkan dari masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi, iaitu penyakit artritis dan reumatisme.

c- Ulam-ulaman sesuai untuk dimakan kerana sifatnya yang antioksidan dan mengandungi fiber, mineral dan pelbagai vitamin. Ulaman adalah termasuk daun dan ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun pegaga, ulam raja, daun lemuni dan daun kaduk.

d- Untuk sumber protein boleh diperolehi daripada ayam hitam, ayam didik , burung merpati dan burung puyuh.

e- Ikan pula, pastikan ikan yang segar, tidak berbisa dan mengandungi merkuri. Ikan yang perlu dielak adalah ikan bawal hitam, terubuk, pari parang, kembung, tamban dan cecaru. Makanan laut seperti udang, sotong, kerang perlu dielakkan sama sekali.

f- Ibu juga perlu menjaga tidak minum minuman berkafein dan bercokelat untuk elak bayi kembung.

g- Perlu elak makan bawang besar, bawang putih dan makanan pedas kerana ini menjejaskan kualiti susu.


dan syarat-syaratnya :

1) Sesaper yg dok kat Malaysia jer, x kira jd follower ker tak. Saper yg xder blog tu kena email nyna (anakmanjaabah@gmail.com)
memang duk malaysia pun dan dah lama jadi follower...hehehe

2) Pd yg ader blog, buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog na skali (http://anakmanjaabah.blogspot.com/).
dah buat dah...

3) Jangan lupa tinggalkan jejak kat shoutbox ker, email ker utk bgtau nyna yg anda join GA ni..bg link skali ek.
ok dah...

4) Tarikh mula penyertaan~ ari ni dah bole setat dah. Tutup 31 ogos 2010.
sempat lagi..hehhe

5) Peserta yang bertuah akan dipilih secara serius oleh my beloved hubby & maksu cos maksu na yg nak bersalin bulan 8 ni...dan peserta bertuah hanya 2org ajo..hadiah 1 bjk tureen setiap sorg.
hehehe...harap2 nasib saya lah...

No comments:

Post a Comment