Thursday, September 2, 2010

Al-Fatihah Buat Pensyarahku....

(Allahyarham disebelah kiri, berbaju putih)

Tengahari tadi baru mendapat khabar berita pensyarah saya ketika menuntut di Politeknik Kota Bharu, Kelantan, En. Faerauz meningggal dunia kerana terbabit dengan kemalangan di Selinsing, Pasir Puteh, Kelantan pada jam 11.00 pagi tadi. Pemergiaannya memang tidak disangka-sangka kerana beliau pergi pada usia yang muda iaitu awal 30an. Semasa saya menuntut di Politeknik Kota Bharu pada tahun 2008 beliau baru saja mendirikan rumahtangga. Beliau mengajar saya subjek Undang-undang Binaan Bangunan dan sepanjang beliau mengajar, beliau seorang yang sentiasa ceria, tidak kedekut markah dan rajin mencurahkan ilmu. Jasa beliau pada saya amat besar sehingga saya memperoleh diploma dengan kepujian kelas pertama. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang soleh....Al-fatihah buat En. Faerauz, semoga tenang di sana....amin...

2 comments:

  1. salam ezany...al-Fatihah buat En Faerauz..smoga rohnya dicucuri rahmatNya. Semua yang hidup pasti akan mati...hanya bila ? kita tak tau...

    ReplyDelete
  2. wsalam..ye, al-fatihah buat arwah..kita semua pasti akan kembali pada pencipta-Nya, cuma bila kita tak tahu, semuanya urusan Maha Pencipta kita....

    ReplyDelete