Thursday, January 13, 2011

The Red Chrysanthemum

(gambar ihsan wikipedia)

Bunga Kekwa atau dalam bahasa Inggerisnya chrysanthemum merupakan sejenis genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesis tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae dan berasal dari Asia dan Eropah Timur Laut. Untuk lebih lanjut mengenai bunga kekwa, boleh klik disini.

Bunga Kekwa juga telah diabadikan pada pinggan mangkuk lama iaitu terdapat bunga kekwa merah, kekwa hitam, kekwa biru dan kekwa kuning. Motif bunga kekwa merah menjadi kegilaan ramai peminat pinggan mangkuk lama. Kak Yatt dalam n3 nya yang lepas (boleh klik disini) telah mengklasifikasikan motif kekwa merah ini kepada beberapa jenis iaitu :


Type 1

Type 2

Type 3

Dan yang ini merupakan motif kekwa merah yang saya jumpa pada salah satu teko koleksi kekwa merah saya. Jika perhatikan, ianya berlainan dari 3 jenis bunga kekwa merah di atas.
Oleh itu, bolehlah dikelaskan kepada Type 4.


Apa yang ingin saya kongsikan adalah koleksi kekwa merah saya yang sudah hampir bertahun2 saya kumpul, inilah saja yang mampu dan saya jumpai. Yang terbaru adalah teko aladdinnya yang memang susah nak jumpa. Walaupun harga yang saya perolehi amat tinggi tetapi ianya memberi kepuasan pada diri saya sendiri. Biar mahal asalkan puas hati. Walaubagaimanapun, masih tercari-dari sugar pot dan creamer jarnya....



Teko aladdin yang baru dimiliki...setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat juga. Memang puas hati, jika diperhatikan motif bunga kekwanya adalah dari type 2...Ada ke aladdin type 1,3 dan 4??

Teko bulat 4 beradik dari type 1 bersaiz besar, type 4 bersaiz medium dan type 2 bersaiz mini.

Cawan bulat 3 set...motif bunga kekwa merah yang lain dari yang lain...mungkin boleh dikelaskan kepada type 5??

Cawan bulat motif bunga kekwa lain dari yang lain.

Hanya 4 set cawan mulut lebar yang berjaya dimiliki....masih tercari2 untuk penambahan koleksi.

Cawan ML bunga kekwa type 1.

Cawan ML bunga kekwa type 2.

Dan sebiji cawan bujang, juga motif kekwa merah lain dari yang lain.

Tureen ini pun bermotifkan gabungan bunga kekwa dan bunga ros. Saya pernah n3 sebelum ini.

Koleksi pinggan mangkuk bunga kekwa merah.

Koleksi oval platter.

Oval platter kekwa merah type 2 bersaiz 14.5" dan 12". Yang 14.5" merupakan hasil barter dengan acik hanis hanishaimi antik.

Oval platter kekwa merah type 3 bersaiz 12" dan 10".

Piring leper bersaiz 6",7" dan 8".

Piring kuih 6" type 1 dan 2.

Mangkuk sambal saiz 6".

Mangkuk nasi tambah saiz 9" type 1.


Disebelah kiri pinggan kuah type2 saiz 9" dan kanan pinggan makan type 1 saiz 9".

Sekian saja untuk tatapan kali ini...diharap dapat memberi serba sedikit ilmu kepada collector2 pinggan mangkuk lama. Jumpa lagi di lain n3.

2 comments:

  1. Salam Ezany,
    lama dah auntie tak singgah sini..seperti yg Ezany maklum, anak auntie ditimpa musibah beberapa minggu lepas..mungkin Ezany ada baca... sebab tu auntie terlampau sibuk ..pulak tu dah start tahun baru, anak2 lain nak naik sekolah, nak masuk U lagi... mcm2 hal... tak menang tangan dibuatnya...sambil berulang-alik ke hospital,...
    sekarang anak antie dah keluar hospital...recovering..tapi belum lagi 100% ..masih lagi di bawah pengawasan...namun memory dia ALhamdulilah sedikit demi sedikit sudah pulih kembali...

    cantik lah bunga Kekwa Merah ni kan... auntie punya pun dah semakin bertambah... tapi teko Aladdin nya belum sampai lagi ke rumah auntie... hehehe..rasanya kita beli dari orang yg sama...harga memang melambung tinggi kan, tapi itulah pejam mata aje..sebab kalau tak beli entah bilalah pulak nak jumpakan...

    nampaknya ramai bloggers dah bertukar ke FB pulak..!

    ReplyDelete
  2. salam zany..
    sama ler akak ngan kak azzah..bz memanjang sejak masuk keje..nak say hi2 pun sangat limited..tahniah dikkk..sanak saudara adik beradik kekwa pink yang dah beranak pinak..yg type 5 pun cun kan..jarang nak jumpe..akak pun masih mencari sugar creamer..sekarang semua main ratus2 dah..nak jumpe pun satu hal kan..

    ReplyDelete