Wednesday, July 28, 2010

Koleksi Mug Antik

Salam sejahtera semua.
Hari ni saya nak kongsi pula koleksi mug bertutup lama yang ada dalam simpanan saya. Sebelum ni kak yatt, kak aton pun pernah buat n3 khas untuk mug bertutup antik/lama ni dan ada juga blogger lain yang pernah buat n3 mengenai mug bertutup ini. Dalam koleksi saya tak ada lah banyak sangat, yang ada cumalah 6 biji mug bertutup yang berlainan corak dan bunga. Saya dapat di merata-rata tempat, kedai antik, barter, kedai 2nd, dan memory lane, dari yang semurah-murah harga sampailah yang semahal-mahal harga. hehee
ok jom sama-sama kita layan gambar kat bawah.....

Barisan kehormat koleksi mug bertutup antik saya. Mug VCR, Wild Roses, Bunga Kangkung, Buluh Emas, dan White Sakura yang mempunyai corak berbeza.

Mug Wild Roses hasil barter saya dengan kak yatt. Bentuknya memang cantik.

Yang ni merupakan mug yang paling saya suka. Mug VCR yang saya dapat tergolek di kedai recycle@kedai 2nd. Harganya pun RM1 je....jangan terkejut...klu RM1 nak beli kacang putih pun tak lepas kan....hahahhaa. tapi itu dulu, kalau sekarang pergi di kedai recycle@kedai 2nd tu lagi, pinggan mangkuk antik, jangan tanya harga, memang melambung tinggi. Dorang pun dah tau nilainya.

Mug Bunga Kangkung yang paling mahal saya dapat iaitu di kedai antik. Masa tu dah excited sangat, tanpa fikir panjang terus beli. Lepas dari tu saya tengok kat Memory Lane, Blog dan kedai antik yang lain, memang jauh lebih murah....rasa nyesal lak..hehee...tapi apepun yang penting hati tetap puas milikinya....

Yang special nya mug bunga kangkung ni adalah pada penutupnya terdapat juga corak bunga kangkung....susah nak dapat penutup yang mempunyai bunga diatasnya.

Ini pula mug buluh emas yang saya dapat di Memory Lane baru-baru ini. Harga yang ditawarkan pun mampu milik, apa lagi, rembat je la....

Dan yang ini, 2 biji mug white sakura yang mempunyai corak bunga sakura yang berbeza antara satu sama lain. Cuba perhatikan, pasti akan jumpa perbezaan corak keduanya walau sekali imbas nampak sama.

Juga terdapat corak bunga pada kedua penutupnya. Corak pada penutup juga berbeza antara satu sama lain.

1st mug...bunga sakura putih yang amat cantik pada mata saya.

2nd mug...coraknya bunganya lebih sarat berbanding di atas.


Sekian saja n3 saya pada kali ini. Jumpa lagi di n3 akan datang.
Selamat Menjamu Mata

8 comments:

  1. Hepsi birbirinden güzel. Çok beğendim.

    Saygılar.

    ReplyDelete
  2. salam zany..
    akak suka kesemuanya..lovely!!..hehe..yg mug VCR tu kan..akak ada satu set cawan..hadiah dari bro shariff..bentuk dia hexagon kan..unik sekali..sakura putih tu pun cun..akak belum ada..akak buat n3 sequel boleh??..hehehe..dah lama tak follow memfollow.. ;-)

    ReplyDelete
  3. to fuat gencal
    thanks to view my blog....nice knowing u.... :-)

    ReplyDelete
  4. to kak yatt
    wsalam kak....hehehe...mmg di alu-alukan utk akak wat n3 sequal....buat la kak....kasi meriah skit dunia blog pinggan mgkuk antik ni...hehehe...
    ye kak yg mug VCR tu mmg bentuk hexagon...mmg pndai akak...hihi....mst cantik kan cwan yg bro shariff kasi tu...nti akak n3 la ye....
    oh ye, akak xda lg ye yg mug white sakura tu...nti sy tgk kat kdai antik tu klu ada lg la....

    ReplyDelete
  5. salam zany..sume memang cantik. Mudahan dpt collect banyak lg.

    ReplyDelete
  6. Salam Zany,
    kalau ada jumpa mug sakura putih tu, gi tau auntie ya...teringin jugak...mahal tak?

    ReplyDelete
  7. to abg shariff
    wsalam bang....hehe....moga2 masin mulut abg, dpt lah sy kolek mug yg lain pulak..hihi

    ReplyDelete
  8. to auntie azzah
    wwsalam auntie...mug tu masa sy beli RM35 kat kedai antik...masa sy beli tu ada 2 biji lg tp tak tau la ada lg ke tak. kalau ada lg sy bgtau auntie ye....

    ReplyDelete