Wednesday, July 21, 2010

Penangan Twin Roses

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni tak da lagi jualan amal. Tokey nak duduk berehat...hehehe....malam tadi duk packing barang2 sampai kul 3 pagi tau, lepas abis packing snap pulak gambar twin roses ni. Udahnye tido pukul 4 pagi....pagi2 pergi keje selamba je dengan muka mengantuk....sampaikan nak pergi lawat site pun malas...hehehe.
Memang tidak disangka-sangka rupanya ramai yang minat teko aladin twin roses tu. Saya minta maaf jika ada yang tak dapat nak beli, insyaallah kalau ada rezeki lagi saya akan hubungi anda kepada mereka didalam senarai menunggu. Tujuan saya menjual bukanlah semata-mata untuk mengaut keuntungan tetapi niat saya agar barangan rare seperti teko aladin twin roses tu dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang sealiran. Isshh dah start mengarut pulak saya...

Sempena jualan amal teko aladin twin roses, saya nak buat n3 koleksi twin roses yang ada. Seperti yang kita tahu, set twin roses ni adalah antara set yang mendapat tempat dikalangan collector pinggan mangkuk antik. Disebab itulah harganya pun makin hari makin tinggi. Apa yang ada didalam koleksi saya tidaklah begitu banyak tetapi cukuplah sebagai kepuasan untuk diri sendiri. Koleksi twin roses ni saya dapat di pelbagai tempat di kedai apek/nyonya, Memory Lane, hasil barter dan juga kedai antik. Kak Shas pun dah buat n3 twin roses ni semalam, hari ni saya ingin menyusul.


Antara koleksi twin roses yang ada dalam simpanan saya. Ada beberapa item yang saya sendiri lupa simpan dimana.

Gandingan set teko aladin....memang sungguh menawan.

Teko aladin hasil buruan terbaru saya....memang saya berasa amat gembira tak terkata bila dapat teko aladin twin roses ini, tambah pula saya dapat dalam kuantiti yang tidak disangka-sangka.

Sugar pot dari mak cik zaiton (kak tun) di Memory Lane.

Deretan 4 biji teko bulat yang pelbagai saiz. Dari yang saiz kecil sampailah yang saiz besar.

2 set cawan mulut lebar....saya mempunyai 8 set cawan mulut lebar ini tetapi lagi 6 set saya sendiri tak tahu kat mana saya letak. Dah banyak sangat kotak macam ni lah, sampai terlupa...hehee

Cawan mulut lebar yang amat cantik skali.

2 set cawan mini hasil barter dengan kak nannie my passion...thanks kak.

Saiz cawan ni amatlah kecil, anda boleh membuat perbandingan dengan cawan mulut lebar disebelahnya. Kecik je kan?? hehee

2 biji mangkuk bubur/mangkuk nasi yang berlainan bentuk.

Antara pinggan-pinggan twin roses yang ada dalam simpanan saya...

Platter bersaiz 16".

Ok sampai disini saya cerita koleksi twin roses saya. Jumpa lagi di n3 akan datang.
Selamat Menjamu Mata.

4 comments:

  1. salam ezany..tak tergapai oleh tangan..tak lepas dari mata hitam..tak dpt bicara dari bibir mulut.Hanya salam tahniah mengiring kecantikan twin roses ezany.

    ReplyDelete
  2. salam zany..
    cantekkkk sekali bila posing ramai2..akak ternanti2 kot2 terjumpa tureennya pulak kan..mesti lagi meletopssssssss... ;-)

    ReplyDelete
  3. to abg shariff
    wslm...hehehe...trima kasih bang....

    ReplyDelete
  4. to kak yatt
    wsalam...hehehe...klu diposing dgn sedare mare nye mmg nmpk cantik skali..
    tu la sy pun terbayang2 jgk mcm mane la rupe tureennye...harap2 1 hari nti terjatuh le dr langit.hehhee

    ReplyDelete