Tuesday, July 27, 2010

Single Big Roses

Salam sejahtera semua...
Kini tibalah giliran si single big roses pula untuk menanyangkan diri. Set single big roses ni dah lama saya simpan, cuma tekonya saja baru saya miliki daripada eis antique. Dalam set ni yang saya ada sebiji teko bulat besar, sebiji teko mini, 6 set cawan mulut lebar, 1 set cawan bentuk biasa, 1 set cawan tangkai kerawang dan sebiji pinggan mungkum 8". Kesemuanya saya dapat di merata-rata tempat. Tekonya dah lama cari sampailah saya jumpa di blog abg eis dan harganya memang mampu milik...hehee...ok jom kita layan gambar tanpa membuang masa.


Antara set single big roses yang ada dalam simpanan saya.

2 biji teko, teko bulat besar dan teko mini.

Teko bulat bersaiz besar dari eis antique.

Teko mini dari Memory Lane@Loken

6 set cawan mulut lebar yang sangat cantik mata memandang.

Cawan mulut lebar fresh dari kedai nyonya.

Cawan mirip cawan bujang dari wan penang.

Cawan tangkai berlekuk dari wan penang.
Satu-satunya pinggan mungkum 8" dari kedai 2nd.

Sampai disini saja n3 single big roses, dah tak tau nak goreng apa lagi.
Selamat Menjamu Mata.

6 comments:

  1. salam ezany..cantik & berseri big roses diteratak ezany.

    ReplyDelete
  2. Salam Ezany...
    waaa...akak pun tengah menghimpun jugak ni selepas tengok orang lain menghimpun..hehehehe..tapi tak setaraf lagi dengan koleksi ezany dan yang lain..baru seciput ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. salam zany..
    tahniah dikkk..dapdt jugak teko eis tu..nampak cantekkkk sekali kalau ramai2 masuk posing..kena cari aladin..kalau dapat..hai doniaaa ana yang empunyaaa ooiiii..hehehe.. ;-)

    ReplyDelete
  4. to abg shariff
    wslm bro...hehehe....mmg berseri, menambah seri ruang rumah set ni, tambahan bunga rosnya yg besar lg segar...kikiki

    ReplyDelete
  5. to kak aida mn
    wslm kak..hehehe...x pe kak, akak kumpul sikit2, lama2 nanti akak jumpa la anak beranaknye lama2, penuh la set big roses ni kat teratak akak pulak..hihi...koleksi yg sy ada ni ape la sgtnye, klu nak dibandingkan dgn yg lain2 mmg jauh panggang dr api..hehee

    ReplyDelete
  6. to kak yatt
    wsalam kak...tq2....tocey2...hihi....tu la kak, akhirnya penantianku tercapai jgk dgn adanya teko dri eis tu..hihi...galakkan akak jgk suh rembat kat eis cpt2...hehehe.. betul kata akak, klu la dpt yg aladin mmg dunia bkn org lain punya, sy sorg yg punya...hahahhaa...

    ReplyDelete