Thursday, October 6, 2011

Award Dari Kak Shima




1-Lama rasanye tak terima award macam ni dari rakan2 blogger. Kalau awal2 saya berblog dulu, tahun2 2009, 2010, meriah blogger bagi award macam ni. Tapi sekarang sunyi sepi je. Terharu rasanya dapat award ni dari Kak Shima Qaseh Creation. Thanks Kak Shima kerana sudi bagi kat saya.


2-Lepas tu ada pulak syaratnya, yang ke 2 kene cerita pasal diri sendiri...ape nak cerita pun tak tau lah...bantai la labu ape yg terlintas...huhu.

i) seperti yang semua tahu saya amat meminati barang2 lama/antik. tak kiralah apepun asalkan yang lama kalau berpeluang saya sapu je..hehe. tapi yang paling minat mestilah porcelain antik/lama atau perabot2 lama.

ii) meminati barang2 lama sejak dari kecil lagi..seingat saya dari darjah 4 lagi saya dah menunjukkan minat pada barang lama, semuanya dorongan ibu bapa saya yang juga pencinta barang lama.

iii) mula mengumpul porcelain lama pada usia 13 tahun, masa tu hanya warisi apa saja pinggan mangkuk lama warisan keluarga, dan juga ada kutip2 kat loken (harga murah lagi masa tu). tahun 2008 pula adalah tahun dimana saya menjadi tegar mengumpul pinggan mangkuk lama ni.

iv) saya pula jenis pendiam sebenarnye, kalau tak kenal kata saya sombong tapi bila dah dapat berborak, riuh jadinye...huhu

v) saya dan keluarga amat mencintai kucing. kat umah ada 11 ekor kucing...hehehe..arnab pun ada jugak.

vi) dari dulu bercita2 nak ada rumah kayu rekabentuk rumah lama...apepun nak jugak buat nanti...huhu

vii) dalam sebulan mesti peruntukkan utk membeli PML, kalau tak, tak sah...huhu.,.duit pun makin kurang..haha

3- dansyarat seterusnya kena tag kepada 15 kawan..tapi saya tak tag lah kot, saya panjangkan kepada semua kawan2 blog yang ada link blog saya. sape2 yang sudi silakan amik award ni ye. ...

dan sekian saje untuk kali ini...ribuan terima kasih buat kak Shima atas ingatan.

No comments:

Post a Comment