Friday, October 14, 2011

Koleksi Bunga Sakura - Edisi Ke II

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya. Petang Jumaat ini, jom kita cuci2 mata dengan koleksi bunga sakura saya. Boleh dikatakan n3 ulang tayang, sebelum ni saya ada buat n3 sakura ni, boleh klik disini, cuma ada beberapa item penambahan. Ianya antara motif bunga pada PML yang saya suka. Mula mengumpul set sakura ni pada hujung tahun 2009, sedikit demi sedikit membiak. Ini saja yang ada. Yang ada extra semua saya dah letgo...hehe

Kesemua set sakura yang ada dalam simpanan saya...ada lagi item2 yang tak dapat saya satukan disebabkan tak tahu letak mana, cari2 tak jumpa.

Yang ini teaset untuk aladdin. cukup 1 biji teko aladdin, sugar pot, creamer jar, 8 pasang cawan dan 5 biji piring kuih, sebiji dah pecah.

Teko aladdin, antara yang awal saya dapat. teko aladdin sakura ni seingat saya, memang saya selalu jumpa, yang saya ingat dah lebih 10 biji saya jumpa, yang lebih saya letgo. yang dalam simpanan saya cuma ada 2 biji saja, itu pun hasil barter dengan Kak Yatt dan Kak Nyna, masa diawal2 perkenalan kami.

Creamer jar sakura..agak susah untuk mendapatkannya, alhamdulillah rezeki saya 3 tahun lepas.

Sugar pot sakura, juga agak susah untuk mendapatinya.

2 biji teko bulat bersaiz mini, yang saiz bessar belum ada lagi.

cawan mulut lebar...ada 8 pasang dalam simpanan.

cawan A shape yang baru2 saya dapat. ada 6 pasang.

cawan jenis mini pemberian seorang kakak.

cawan maharani..

cawan bentuk loceng.

piring kuih 7"...tepi jenis rata..

mangkuk nasi tambah saiz 9". mangkuk nasi tambah sakura ni agak sukar juga nak jumpa sekarang.


mangkuk jeluk (panggilan orang perak). ada 3 saiz. impian saya nak dapatkan tureen bunga sakura ni macam di blog Wafiyah Collection....hehee...entah dapat entah tidak.


ini saja untuk tatapan kali ini, jutaan terima kasih kepada kakak2 yang banyak membantu dalam penambahan set sakura ini. jumpa lagi di lain n3.

1 comment:

  1. salam zany...

    cawan ML sakura ada 8 kan...jual la kat akak 2 pasang...:)

    ReplyDelete