Monday, December 28, 2009

Bulan Dah Jatuh Ke Riba

Bulan dah jatuh ke riba...ungkapan itu saja yang dapat saya katakan apabila hati seronok tak terkata bila barang yang di harap2kan tibe2 dapat dengan tak disangka2. Begini ceritanye, tak sampai pun beberape jam saya buat n3 baru mengenai set 2 roses di mana saya mengatakan ingin mencari cawan2 nya dan tak lama kemudian saya menjumpainya di kedai second hand. Memang gembira tak terkata. Macam tau2 je..
Waktu lunch tadi, sebelum makan saya sempat menyinggah ke kedai second hand yang biasa saya pegi tu di jalan pasir puteh, ipoh. Pada mulanya setelah ronda2 di tepi kedai dan di dalam kedai, saya tak jumpa ape2 dan menghampakan.. Sejurus tu, saya pun pergi lah ke belakang kedai dimana tempat memunggah barang2 dari atas lori yang baru didapati hasil ronda2 pekerja kedai tersebut di merata2 rumah. saya pun ternampaklah 3 buah kotak yang mengandungi pinggan mangkuk. Pada mulanya saya membuka kotak pertama dan tak ada apepun cume pinggan mangkuk baru dan begitu juga dengan kotak kedua. Dan akhirnya saya membuka kotak ketiga dan alangkah terkejutnya saya didalamnye penuh dengan cawan2 lama dan kesemuanya merupakan jenis mulut besar atau mulut jahat. Saya pun membelek2 kandungan kotak tu dan paling mengejutkan saya ialah terdapat cawan mulut jahat bunga 2 roses..saya terkejet sebab beberapa jam sebelum tu baru saja saya buat n3 mengenai 2 roses ni dan hasrat saya mencarinya, tak lama lepas tu dan hanya selang sejam dua saya dapat menjumpainya dan malangnya semua cawan tu tak da piring. Tapi saya tak kesahlah sebab piring boleh di cari, cawan tu memang susah nak cari kan. Kesemuanya ada 4 jenis corak bunga iaitu bungak kangkung, 2 roses, buluh emas dan ros merah (kak yatt ada). Ok kat bawah ni saya tunjuk contoh cawan 2 roses tu, sori ye kak yatt saya pinjam gambar..hehee...nanti dah siap basuh saya buat n3 cawan tu.


Macam nilah rupe bunga cawan yang saya dapat tu, cuma cawan tu jenis mulut jahat. Agak2 bila la nak dapat teko die. Kalau ada sesapa terjumpe,ternampak atau nak jual teko dan piring macam cawan ni contact lah saya ye. Oklah nanti saya buat n3 cawan2 tu bile dah dicuci ye.

3 comments:

  1. tahniah ezzany kerana dapat apa yg dihajatkan walaupun tk sepenuhnya lengkap.

    barangan ezany dan saidah insyallah kata org ipoh dia org nk dtg HQ 31 Dis ni. dah 2 kali acik hantar sms pd saidah tk berjawab..ntah idup lagi ek tak makcik tuuu...hehehe.. kalau tak dapat kontek saidah nanti ezany tolong pergi state opis acik di ipoh yer ambik barang2 tuu di jalan hospital...tq
    hanishaimigaleryantik.

    ReplyDelete
  2. salam ezzany...
    Tuuu diaa, rezeki....betul tak kata saya, tuah manusia ni sapa lah tau, ayam yg ada taji pun belum tau bertuah ke tak....hehehe

    ReplyDelete
  3. salam ezany..
    wowwwww malam nie gak buat n3 yer..akak menunggu penuh sabar..hehe..btw..tahniah ye dik..akak kalau camtu time2 tu gak akak melompat2.. ;)

    ReplyDelete