Thursday, December 31, 2009
Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya. Diam tak diam kita sekarang ini akan melangkah ke tahun baru 2010. Hanya tak kurang beberapa jam lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru dan meninggalkan tahun 2009 yang cukup bermakna dalam kehidupan saya dan tak kurang juga anda semua.
Menyorot rentetan pada tahun 2009 banyak perkara bermakna berlaku di dalam kehidupan saya. Banyak memori kenangan suka dan duka pada tahun 2009 ini. Pada tahun 2009 ni jugalah peristiwa sedih menyelubungi saya dan seluruh ahli keluarga saya pada petang Sabtu 11 April 2009 dimana datuk saya yang tercinta Allahyarham Li bin Ismail menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 82 tahun di Hospital Ampang, Selangor. Seluruh ahli keluarga berdukacita atas kembalinya kerahmatullah atok yang tercinta terutamanya memberi kesan dalam sejarah hidup saya kerana dari kecil sehingga saya berumur 21 tahun saya tinggal bersama datuk dan arwahlah yang banyak membimbing saya sehinggalah saya menjadi "manusia". Banyak kenangan bersamanya dan tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila, dan walaupun atok tiada lagi di dunia ini tetapi memori bersamanya selama lebih 21 tahun sentiasa terpahat dalam jiwa saya selamanya. Semoga atok tenang di sana dan ditempatkan bersama hamba-Nya yang soleh. Begitulah peristiwa sedih yang menyelubungi saya sekeluarga pada tahun 2009 dan tak lupa juga peristiwa sedih yang lain yang tak dapat saya luahkan didalam ini.
2009 ini juga memberi makna dan kesan terutamanya kenangan manis dalam hidup saya di mana saya berjaya menamatkan pengajian di dalam jurusan Diploma Ukur Bahan pada Mei 2009. Akhirnya setelah selama 3 tahun berhempas pulas memerah tenaga fikiran, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian pada peringkat diploma dengan keputusan yang agak cemerlang. Terima kasih juga kepada ibubapa saya yang memberi peluang kepada saya untuk menyambung pengajian. Tanpa mereka siapalah saya.
Tahun 2009 ini juga memberi makna kepada saya terutamanya di dalam dunia hobi antik ini. Saya dapat menambah ramai rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama didalam mengumpul barang-barang antik ini.
2010 akan menjelma, usia saya pun akan beranjak 23 tahun dan sudah tentulah setiap insan termasuk saya memiliki impian dan azam yang baru. Azam saya pada tahun baru 2010 ini ingin menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dan ingin menumpukan kerjaya saya. Impian saya tahun 2010 ini mengharapkan agar saya memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda jika diizinkan oleh-Nya. Kadang-kadang impian dan azam ini boleh tercapai dan terlaksana, kadangkala ianya hanya tinggal omong-omong kosong saja. Samaada ianya boleh terlaksana atau tidak, pucuk pangkalnya pada diri sendiri. Renung-renungkanlah...
Akhir kata dari saya selamat menyambut tahun baru 2010 dan segala kenangan dan peristiwa suka duka 2009 sama-samalah kita sematkan didalam memori kite.. Selamat tahun baru 2010....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
slmt tahun baru 2010 Felix....moga kita menjadi lebih baik dari 2009....
ReplyDeleteto acik nor64
ReplyDeleteya acik..thnks..sama2 lah kite ye..