Sedih, pilu, hiba, hancur luluh, remuk hati saya bila peristiwa yang tak mungkin terjangkau di akal fikiran saya berlaku di dalam diri saya ini. Pada hari ahad yang lepas, 22 mac merupakan sejarah hitam dalam kehidupan hobi saya di mana almari yang menyimpan segala koleksi-koleksi antik kesayangan saya iaitu koleksi pinggan mangkuk kolonial atau meakin England musnah dengan hanya sekelip mata.
Ianya berlaku ketika tiada seorang pun ahli keluarga di rumah. Ibu, abah dan adik saya keluar berjalan-jalan manakala saya seperti biasa dengan aktiviti hujung minggu saya, menghunting di Memory Lane (loken). Apabila sampainya saya dirumah, buka sahaja pintu pandangan pertama saya adalah almari tersebut kerana almari itu letaknya betul-betul dihadapan pintu masuk utama rumah saya. Jantung saya berdegup kencang apabila saya lihat barang-barang di rak yang kedua dan ketiga kosong dan pintu almari terbuka. Sangkaan saya ada pencuri telah masuk rumah dan mencuri semua barang-barang yang ada di dalam almari.
Seterusnya saya pergi betul-betul di hadapan almari dan sebaik saja saya melihat di atas lantai, alangkah terkejutnya saya, luluhnya hati saya apabila saya melihat set kesayangan saya iaitu set Royal Sunshine hancur musnah di atas lantai bersama-sama set celeste, rosa dan beberapa koleksi yang lain. Tetapi, yang betul-betul tidak dapat diselamatkan ialah set sunshine yang mana hanya sekeping pinggan bujur sahaja yang selamat. Yang lain hancur musnah menjadi kaca. Sepertimana hancurnya set sunhine itu, begitulah hancurnya hati saya kerana set itu merupakan set kesayangan saya kerana saya tidak terjangka akak miliki set itu di dalam keadaan yang serba lengkap iaitu sebiji teko, 6 pasang cawan, creamer jug, tureen dan pinggan mangkuk. Buat n3 mengenai set itu pun belum ada kesempatan saya, membuatkan saya betul-betul terkilan.
Semuanya akibat almari yang tidak begitu tahan untuk menampung set tersebut. Hanya clip yang kecil untuk menampung shelf di dalam almari.
Begini lah keadaannya apabila kesemua set bermula dari rak kedua dan rak ketiga jatuh ke lantai. Kesemuanya tidak dapat diselamatkan. Hanya sebiji pinggan bujur yang betul-betul terselamat. Yang lainnya hancur musnah.


Set celeste dan rosa yang jatuh berhempap. Set celeste jatuh menindih set rosa. Beberapa item set celeste dan rosa hancur pecah terbelah. Namun tureen terselamat cuma tureen rosa cinderella sahaja tutupnya terbelah dua.

Antara barang-barang yang terselamat, nasib baiklah tureen ros berkaki itu terselamat, namun beberapa biji teko mini yang disimpan di dalam almari tersebut musnah.

Beginilah keadaan almari tersebut. Rak kedua jatuh rebah menindih rak ketiga dan seterusnya ke bahagian paling bawah. Inilah sejarah buruk pernah berlaku dalam kehidupan hobi saya.

Rak kedua yang menempatkan set sunshine jatuh terkeluar dari dalam almari manakala rak ketiga menghempap bahagian paling bawah sekali, seterusnya memusnahkan beberapa barang di bawahnya.

Antara barang-barang di rak pertama. Kesemuanya terselamat.

Rak pertama yang menempatkat set germany, beberapa gelas lama dan bekas kuih yang kesemuanya warisan keluarga yang terselamat.

Set germany warisan nenek yang terselamat.

Inilah clip yang patah yang menanggung beban pada rak. Hanya clip yang kecil diperbuat daripada besi gentian saja yang menampung beban. Almari fesyen terkini yang sungguh tidak berkualiti.

Inilah dia sebahagian sedulang barang-barang kesayangan saya yang bertukar menjadi kaca yang remuk. Macam mana hancurnya barang tersebut, begitulah hancurnya hati dan perasaan saya melihatnya.

Kesemua barang-barang yang terselamat diletakkan di atas meja. Namun tidak semua terselamat dengan baik, ada antaranya retak dan sumbing.


Jug antik yang baru dibeli di Taiping bersama kak nannie juga hancur musnah.

Cawan dan piring rosa juga musnah.

Rak almari daripada kaca hancur menjadi kaca-kaca kecil.

Begitulah dugaan yang terpaksa saya tempuhi apabila koleksi kesayangan saya hancur musnah. Nak menangis pun tidak berair mata. Seperti kata-kata ibu saya, alangkan manusia mati, inikan pula harta dunia yang tidak kekal. Betul kata ibu itu, mungkin itu semua pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati dan mungkin ada hikmah yang lebih baik disebalik yang berlaku. Kejadian yang berlaku ini juga menjadi iktibar kepada rakan-rakan semua supaya lebih berhati-hati meletakkan barang-barang didalam almari hiasan. Jangan terlalu sarat meletakkan barang-barang di dalam almari sehingga almari tersebut tidak dapat menampung beban. Periksalah almari anda sama ada ianya selamat atau tidak untuk menampung koleksi anda. Pesanan dari saya, almari antik yang di buat puluhan tahun dahulu 10 kali lebih baik berbanding dengan almari keluaran baru yang ada di pasaran kini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kak shas dan rakan-rakan di Memory Lane yang memberi kata-kata semangat buat saya. Saya akan buang barang-barang yang musnah tersebut jauh-jauh dan menganggapnya tidak pernah wujud dalam hidup saya.
Akhir kata, semoga kejadian buruk yang menimpa saya ini menjadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati terhadap almari perhiasan anda.