Thursday, March 11, 2010

Orange Flower Tureen

Nampak gayanya virus tureen dari kak yatt dah berjangkit pada saya...entah macam mana, saya pun dah berminat pulak nak mengumpul tureen..hehe..bagi saya tureen ni merupakan salah satu kaum kerabat pinggan mangkuk yang begitu bernilai...bentuknya juga menawan dan motif coraknya yang pelbagai..
Hari ini saya nak kongsikan orange flower tureen ni dengan rakan2 semua. Actually, tureen ni serupa dengan seorang blogger kerana kami membelinya di tempat dan pada orang yang sama iaitu di negeri Darul ridzuan juga...dan dengan hasil pertolongan dia juga saya dapat memperolehi tureen ini...kalau nak tahu sapa, kita tunggu je n3 dari blogger tersebut, supriseeeeeee...hehhehehee.
Pada amatan saya tureen ni begitu cantik dek kerana motif coraknya yang penuh dan berwarna oren. Jarang sekali kita lihat motif pada pinggan mangkuk berwarna oren kan. Ok lah tanpa membuang masa jom sama2 kita layan gambar di bawah..


Pandangan tepi tureen ini...saiz mangkuk lebih kurang 9" manakala tutupnya 10" dan berbentuk bujur.

Motif pada badan dan tutupnya...mempunyai bunga berwarna kelabu dan daun serta tangkai berwarna oren..warna oren menjadi penaik seri tureen ini.


Pandangan atas...motif corak tureen memenuhi ruang pada tutupnya.




Ok, selamat menjamu mata. Jumpa lagi di n3 akan datang...byeeeee

1 comment:

  1. salam zany..
    amboihhhh..bestnya dapat tengok tureen tu depan mata..penuh bunganya..puas menatap & berbaloi2 beli..hehehe.. ;)

    ReplyDelete