Friday, March 26, 2010

Sekalung Penghargaan

Salam Sejahtera semua...
Di atas musibah yang menimpa saya lalu, ramai reaksi dan ucapan simpati dan kata-kata semangat daripada pembaca-pembaca blog saya iaitu rakan-rakan blogger dan juga silent reader. Di atas kata-kata semangat anda semua, membangunkan semangat saya untuk terus mengumpul pinggan mangkuk antik ini. Dan ada juga ucapan yang diterima mengguris perasaan saya seperti "beli je baru...ape susah". Ya, memang betul, boleh beli baru, akan tetapi jika kita ada duit sejumlah 1 juta pun tetapi barang yang di cari tiada, tak da guna pun kan...bagi yang mereka tidak mengerti, kata-kata begitu memang mudah tetapi bagi saya dan rakan-rakan yang sama-sama minat mereka akan memahami. Apa pun yang terjadi saya redha dan mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Saya memohon beribu kemaafan andai kata saya mengguris perasaan. Saya abadikan nama-nama mereka iaitu blogger dan silent reader di bawah ini sebagai mengenang budi kalian yang banyak memberi semangat kepada saya.... Mereka adalah Auntie azzah8, kak shima, abang aris, maklang azie, acik rohana hussein, kak izanmanjung, kak halina, kak NJ, abang taj, kak shimah dan abang zul, abang isa dan kak nyna, kak haniss, kak sity, acik nor64, kak hani, kak maria, kak eija, kak aida putrajaya, kak nur, kak melur, acik leeza, kak rodziah, kak sanmawia, kak sali, kak nor aziah, kak ju, kak chah, auntie azah sabah, kak yah, kak HAR, kak yatt, kak chempaqa, kak shas, kak rohas, abang mat gebu, kak ryana, kak juli, abang mutalib, kak ina k.l, kak khaty penang, kak ca, mummy za, abang shariff64, acik hanis, kak aton, auntie yati puchong, kak gee my little persona, acik ina kota tinggi, kak zuraida ariffin, kak aida kuala kangsar, kak laily, kak liza dan tak lupa rakan-rakan di memory lane....thanks for everything...Jika ada nama-nama yang tertinggal maafkan saya..segala jasa dan budi kali hanya Allah yang dapat membalasnya....Saya doakan semoga anda semua sentiasa berada di dalam kesejahteraan...amin....

4 comments:

  1. salam zany,
    mmg betul tu zany,klu ada duit rm1 juta pun,tak kan sama dgn yg telah kita himpunkan selama ni,dan belum tentu kita leh dpt sama macam apa yg kita ada sebelum ni,klu org yg tak faham atau tak minat dgn koleksi antik ni,mmg senang cakapkan..?bukan duit punya pasal,tapi kenangan,pahit manis dan sebak pilu tuan punya badan tu Tuhan je yg tau kan..?acik percaya yg zany masih lom boleh lupakan peristiwa tu,tapi berbanyak sabar ye..?redha ye..?mudah2an zany tetap tenang..

    ReplyDelete
  2. salam ezany...sabar je lah..org yg tak minat koleksi brg2 lama memang tak akan faham..dia ingat petik je brg2 tu dah ada depan mata..auntie tau bagaimana hancurnya hati kalau kehilangan sesuatu yg kita sayang..mcm kosong je kat dalam hatikan? tapi tak apa mudah2 apa yg menimpa ezany dan auntie baru2 ni ada hikmahnya.....

    ReplyDelete
  3. to kak yah
    betul tu kak...nasib baik akak faham, sbb akak minat sama dgn sy...entah la kak....biasa lah tu..mulut org x blh ditutup, di cili je eloknye..hehhee..thanks ye kak...

    ReplyDelete
  4. to auntie azah
    emm, tu la auntie, sy buat x tau je ape org nak kata, mgkin org yg berkata2 tu x faham kot atau dah mmg mulut tu sntiasa je nak menggatal...kene cili baru tau..hahhaha...
    apepun thanks ye...

    ReplyDelete