Friday, March 5, 2010

BEKAS BASUH TANGAN

Sudah menjadi lumrah adat kita orang Melayu menggunakan tangan untuk menjamah makanan dan sebelum menyentuh makanan juga sudah semestinya kita membasuh tangan terlebih dahulu agar kita dapat menjamah makanan dengan tangan yang bersih.
Itulah yang ingin saya ceritakan dalam n3 kali ini iaitu bekas basuh tangan. Gambar di atas merupakan 2 jenis bekas basuh tangan yang digunakan keluarga di sebelah bapa saya sejak tahun 1950-an lagi. Kedua-dua bekas ini saya ambil dari rumah pusaka keluarga bapa saya dan menurut bapa kedua-dua bekas basuh tangan itu digunakan keluarganya untuk menjamu makanan untuk dipakai hari-hari, manakala bekas basuh tangan untuk tetamu yang datang akan saya n3 akan datang. Ok jom sama-kita layan gambar terlebih dahulu.



Bekas ini saya tak tahu nak panggil apa, ada sesetengah masyarakat menggunakannya sebagai piring wajik/dodol dan juga bekas basuh tangan. Tetapi keluarga bapa saya menggunakannya sebagai bekas basuh tangan sejak sekian lama lebih 50 tahun yang lalu.
Bekas ini apabila dipisahkan....piring leper dan mangkuk.

Dan yang kedua, juga merupakan bekas basuh tangan yang digunakan keluarga bapa saya sebelum menjamu makanan...ianya mempunyai kaki yang berwarna jernih dan bahagian mangkuk yang berwarna putih dan mempunyai lingkaran merah jambu. Bekas yang serupa macam ini juga digunakan keluarga bapa saya untuk tetamu yang datang tetapi mempunyai lekuk-lekuk, berbiku-biku pada bahagian bibirnya.(nanti saya akan n3).



Itu saja cerita saya kali ni..jumpa lagi..bye2....

P/S : Harini tak taulah kenape nak gunakan bahasa formal....hahaha. Em, lagi satu, saya dah beransur sihat, sape2 yang ada beli barang saya akan pos esok ya...

2 comments:

  1. ezan suka tgk bekas basuh tangan nie....kalau org utara kat kedah nun...biasa depa panggil "jeluk basuh tangan".....expecially yg berkaki mcm dlm pic ezan tu.....

    ReplyDelete
  2. salam zany..wahhh..yg berkaki tu yg mahal tu..hehehe..akak tunggu yg berlekuk2 tu pulak..
    pssstt taj..panggey jeluk ka?awat ceq tak tau..hehehe..

    ReplyDelete