Saturday, March 13, 2010

Hitam Si Tampuk Manggis

Hitam-hitam si tampuk manggis,Walaupun hitam rasanya manis. Hitam itu menawan. Begitulah perumpamaan yang biasanya digunakan masyarakat kita untuk menggambarkan walaupun buruknya sesuatu benda/orang itu tetapi ada disebalik buruk itu keistimewaannya. Teringat kata-kata ibu dan nenek saya, biar hitam legam kulit, tapi jangan hitam legam hati...begitulah yang selalu dinasihatkan ibu dan nenek saya, walaupun hodoh macam mana rupa paras kita, tetapi yang penting hati kita mestilah bersih suci dan tiada sebarang perasaan dan perkara berunsur negatif.
Sempena mengingati perkataan hitam ini, saya abadikannya di dalam koleksi ros hitam saya. Dimana walupun bunganya sekadar ros yang berwarna hitam atau kelabu tetapi apabila dipandang ianya tetap cantik dan menawan.
Koleksi ros hitam ini merupakan hasil hunting saya sana sini dah ada diantaranya merupakan set peninggalan arwah nenek saya. Alhamdulillah berkat mencari akhirnya apa yang saya nak pada ros hitam tercapai juga. Ok jom sama-sam kita layan gambar.


Set Ros hitam yang saya ada, 6 jenis teko 2 jenis cawan dan pelbagai jenis pinggan dan mangkuk.

Set cawan shape A saya gandingkan bersama teko tinggi lampai ini.

Set teko aladin dan cawan mulut lebar. set ini merupakan peninggalan arwah nenda saya.
Digunakan keluarga abah untuk minum teh di waktu pagi.

Teko jenis aladin merupakan peninggalan arwah nenda saya.

Teko jenis tinggi daripada kak khaty penang.

Teko ala-ala aladin dari kedai antik...

Teko jenis 3 segi atau teko jenis kuat menyiku dari kak aton...saya akan simpan teko ini sebagai lambang persahabatan saya dngan kak aton.

Teko jenis bulat, teko mini dan saiz besar. Yang besar hasil barter dengan kak nannie dan yang mini hasil hunting saya di apek.

Cawan jenis mulut lebar juga merupakan peninggalan nenda saya.


Cawan jenis shape A hasil hunting di apek.


Pelbagai koleksi pinggan dan mangkuk ros hitam saya..

Pinggan bujur saiz 18"

2 biji mangkuk jeluk mini dan saiz sederhana.



Sekian saja mengenai koleksi ros hitam saya...selamat menjamu mata.

4 comments:

  1. salam zany..
    betul2 akak menjamu mata petang nie..bila dikumpul2kan banyak2..cantekkkk sekali..
    mata akak tertarik ngan teko mini bulat & mangkuk tu..cunnnnnn!!!

    ReplyDelete
  2. wslm..
    hehehe..thanks kak kerana menjamu mata..
    betul tu set ni walupun hitam klu kita kumpulkan byk2 mmg nampk cantik skali...
    betu tu teko mini dan mangkuk tu mmg cun kan..sy pun suke..hehhee

    ReplyDelete
  3. tayang la dik oii saja bikin org jeles :P thanks kak yatt for the teko.. nanti saya ambik weekend ni ye :D

    ReplyDelete
  4. to kak baiti
    kihkih kih..
    jgn jeles u.....hahhaha
    alah kan dah dpt teko dr kak yatt..puas le hati..hehhehee
    xpe nanti sy cari lg kaum kerabat ros hitam utk memenuhi impian akak..hehee

    ReplyDelete